cooltext1867925879

~~ Mudahnya peluang usaha ~~

SUSU KAMBING ETAWA BUBUK 2015

E.A.P Teknologi BPTP YOGYAKARTA

header

1419847472700532415 ETAA  

Untuk itu awali tahun baru Anda dengan berwirausaha dan kembangkan bakat kewirausahaan Anda dengan bergabung bersama

header

~~SUSU KAMBING ETAWA BUBUK Ijin Edar LPPOM 12040002041209 E.A.P Teknologi BPTP YOGYAKARTA ~~

Halal MUI

Ibu Eri Sulistyowati Telp/sms 089651095115 Pin 28823f03

~~ PELUANG USAHA 2015 ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~

  1. Bisnis paling menjanjikan dengan laba 100% milik sendiri tentunya akan sangat menarik untuk dijalani. ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~
  2. sebuah usaha kemitraan yaitu ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~
  3. membuka sebuah penawaran paling hot di Awal tahun 2015 yaitu paket kerjasama kemitraan dengan anggaran biaya @20.000 /kotak' (partai ecer) Untuk grosir bisa MendapatkanHarga hingga @15.000 WOOOW dengan mendapatkan benefir semua kelengkapan usaha.
  4. Anda bisa langsung usaha ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~ dengan investasi yang ringan.
  5. Pada tahun 2015 banyak diprediksi bahwa usaha ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~ masih sangat menjanjikan.
  6. Disamping pangsa pasar yang luas jenis usaha ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~ juga banyak diminati. Konsumen yang tiada habisnya akan banyak menyedot perhatian bagi pemilik investasi.
  7. Untuk itu jangan buang kesempatan ini, mari segera bergabung bersama kami dan rasakan sendiri manfaat laba untuk Anda.

Tunggu apalagi, ambil telepon Anda dan hubungi kami melalui sms,bbm maupun email susukambingeta@gmail.com. Jika Anda masih ragu, konsultasikan dahulu dengan kami dan akan kami jelaskan mekanismenya. Proses yang sangat mudah dan tidak berbelit-belit akan memudahkan Anda dalam menjalani usaha ini. Kami tunggu Anda sekarang untuk bermitra bersama kami dan semoga kita biosa menjadi mitra bisnis yang saling menguntungkan. Koperasi Etawa Mulya didirikan pada 24 November 1999 Pada bulan Januari 2011 Koperasi Etawa Mulya berganti nama menjadi Etawa Agro Prima. Etawa Agro Prima terletak di Yogyakarta. Agro Prima merupakan pencetus usaha pengolahan susu yang pertama kali di Dusun Kemirikebo. Usaha dimulai dari perkumpulan ibu-ibu yang berjumlah 7 orang berawal dari binaan Balai Penelitian dan Teknologi Pangan (BPTP) Yogyakarta untuk mendirikan usaha pengolahan produk berbahan susu kambing. Sebelum didirikannya usaha pengolahan susu ini, mulanya kelompok ibu-ibu ini hanya memasok susu kambing keluar daerah. Tenaga kerja yang dimiliki kurang lebih berjumlah 35 orang yang sebagian besar adalah wanita. Etawa Agro Prima membantu perekonomian warga dengan mempekerjakan penduduk di Kemirikebo.

~~ Mudahnya peluang usaha ~~

SUSU KAMBING ETAWA BUBUK 2015

Ibu Eri Sulistyowati Telp/sms 089651095115 Pin 28823f03

~~ PELUANG USAHA 2015 ~~

~~SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~

cooltext1867925879
application apk free download: April 2014

Rabu, 30 April 2014

Drama Fajar Aiman (TV3)


Drama bersiri terbaharu berjudul Fajar Aiman akan mengisi slot Azalea TV3 megambil alih drama Janji Jaslina yang akan menamatkan siarannya tidak lama lagi. Drama terbitan Suhan Movies ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan skrip oleh Sharifah Abu Salim. Pelakon utamanya ialah Faralyna Idris dan Syarul Ridzwan. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini seperti Farah Ahmad, Fauzi Nawawi, Watie Sadali, dan Azhan Rani.

Saksikan drama FAJAR AIMAN bersiaran mulai 5 Mei 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang di Slot Azalea TV3. Drama ini juga boleh ditonton di www.tonton.com.my.

JUDUL : Fajar Aiman
EPISOD : 20 Episod
TARIKH : 5 Mei 2014
SIARAN : Slot Azalea TV3
SKRIP : Sharifah Abu Salim
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : Suhan Movies
PELAKON : Faralyna Idris, Syarul Ridzwan, Farah Ahmad, Fauzi Nawawi, Watie Sadali, dan Azhan Rani.

PELAKON DAN WATAK

Faralyna Idris sebagai Nur Fajar
Syarul Ridzwan sebagai Aiman
Farah Ahmad sebagai Erma
Fauzi Nawawi sebagai Suffian
Watie Sadali sebagai Najwa
Azhan Rani sebagai Shafie

SINOPSIS FAJAR AIMAN

Drma FAJAR AIMAN mengisahkan Erma yang bercinta dengan Suffian pada 20 tahun yang lalu. Namun, hubungan cinta mereka tercemar apabila Suffian gagal mengawal nafsu dan mereka berdua terlanjur. Erma telah hilang kepercayaan terhadap Suffian. Atas dasar cinta, Suffian mengaku kesilapannya dan berjanji akan mengahwini Erma. Akan tetapi, kakak Suffian, Mariah telah membantah dan mengaturkan perkahwinan Suffian dengan Najwa. Mariah enggan menerima Erma sebagai isteri Suffian malah menuduhnya bukan gadis baik-baik kerana sanggup menggadaikan maruahnya.

Sebenarnya, Najwa juga menyimpan sebuah rahsia hitam. Najwa menjalani kehidupan bebas yang amat bertentangan dengan cara kehidupan ibu bapanya yang mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya. Akhirnya, Najwa telah melahirkan seorang anak luar nikah, Aiman yang ditinggalkan di bawah jagaan bekas orang gaji keluarganya, Mak Som. Najwa tidak pernah mengambil tahu tentang Aiman selepas itu.

Selepas sebulan, Erma mendapati dirinya telah mengandung. Malangnya, Suffian enggan bertanggungjawab. Erma telah bersembunyi di rumah kawan baiknya, Mazni sehingga melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur Fajar. Namun, Erma tidak sanggup menjaga Nur Fajar bersendirian dan mahu meninggalkan anaknya di hadapan surau dengan harapan anaknya diambil oleh orang-orang yang alim.

Bagaimanapun, perbuatannya dilihat oleh Shafie, anak saudara kepada Mak Som. Shafie telah membawa Erma ke rumah Mak Som dan menawarkan perlindungan kepada Erma dan Nur Fajar. Selepas 5 tahun, Shafie melamar Erma. Mereka telah berkahwin dan sama-sama membesarkan Aiman dan Fajar.

Aiman dan Fajar yang sudah menginjak dewasa saling menyayangi. Perasaan cinta mereka semakin kuat apabila mereka tahu bahawa mereka berdua bukanlah adik beradik kandung. Namun disebabkan status anak luar nikah, Aiman tidak berani meluahkan perasaannya malah sengaja menjauhkan diri daripada Fajar. Begitu juga dengan Fajar yang khuatir dirinya akan dipandang rendah oleh Aiman.

Setelah sekian lama, Suffian dan Najwa hidup dalam sesalan. Akibat kesilapan lampau mereka, mereka kini tinggal berdua tanpa anak di sisi. Suffian mengenangkan anak Erma manakala Najwa mengenangkan Aiman. Apakah takdir bakal menemukan mereka kembali? Masih sempatkah Suffian dan Najwa membuat pembetulan dan menebus dosa mereka?


GAMBAR PELAKON FAJAR AIMAN












Secawan Kopi Sebungkus Roti (TV1)


Istimewa Panggung Khas saluran TV1 membawakan sebuah telemovie khas sempena hari pekerja berjudul "SECAWAN KOPI SEBUNGKUS ROTI" lakonan Esma Daniel, Marissa Yasmin, Daniel El- Arash, adik Puteri Syasya Mashitah dan Syasya Solero. Drama ini akan bersiaran pada 1 Mei 2014  (Khamis) pukul 3.05 petang di TV1.

JUDUL TELEFILEM : SECAWAN KOPI SEBUNGKUS ROTI
TARIKH : Khamis, 1 Mei 2014 (3.05 petang)
SIARAN : Slot Panggung Khas di TV1
KARYA : Faizal Dzasrik
PENGARAH : Zamani Ibrahim
PELAKON : Esma Daniel, Marissa Yasmin, Daniel El- Arash, adik Puteri Syasya Mashitah dan Syasya Solero

PELAKON DAN WATAK
Esma Daniel sebagai Hisham
Marissa Yasmin sebagai Maria
Syasya Solero sebagai Syasya
Daniel El-Arash sebagai Khairul
Puteri Syasya Mashitah sebagai Icha



Drama bertemakan kekeluargaan ini memaparkan kesibukan dialami suami isteri, Hisham dan Maria tidak boleh dijadikan alasan mengabai didikan terhadap anak-anak. Pada waktu sama bila disabotaj haruslah menanganinya secara rasional. 

SINOPSIS  SECAWAN KOPI SEBUNGKUS ROTI

Secawan Kopi, Sebungkus Roti berkisarkan tentang keterujaan Maria, seorang ibu muda dan Hisham seorang lelaki bergelar bapa dalam memburu erti kebahagian. Kehidupan harian bermula seawal pagi hingga ke larut malam, namun setiap kejayaan yang diburu ada harganya. Bahagia terlalu senang diungkap tetapi penuh muslihat dan berperangkap.

Hisham percaya kedudukan ekonomi yang kukuh adalah pelengkap kepada segala keperluan dan keselesaan keluarga. Dari satu kerja ke satu kerja, Hisham tekun mengabdikan diri.

Maria terdesak dalam kehidupan moden yang menagihkan banyak wang. Bertitik tolak dengan niat untuk membantu si suami, Maria akhirnya terkandas dalam permainan wang. Berusaha segigihnya hingga berjaya sampai ke kemuncak, kejayaan yang diraih membuat ramai yang menjadi seteru dan sentiasa menunggu peluang untuk menjatuhkan Maria.

Ketiadaan Hisham dan Maria di rumah meninggalkan ruangkan kosong pada jiwa anak-anak mereka. Syasya, anak sulung, bahagia dan bebas. Tiada mata yang mengawal gerak geri, setiap langkah diatur sesuka hati. Khairul, anak kedua yang penuh misteri.

Menyimpan beban tak tertanggung dek kerana tiada tempat mengadu. Masa-masanya dirakam bersama Icha adik bongsu. Di mata Icha, hanya Khairul sebagai tempat bermanja.

Hingga suatu hari, beban yang ditanggung Khairul terletus, persoalan yang baru bermula terus terjawab, tetapi sudah terlambat. Hisham dan Maria tidak mungkin dapat berpatah semula, memutarkan balik masa-masa yang terlanjur berlalu.




Selasa, 29 April 2014

Drama Di Bawah Lindungan Kaabah


Drama bersiri Di Bawah Lindungan Kaabah adaptasi daripada novel karya Dr Hamka akan kembali menyatukan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose yang sebelum ini pernah bergandingan dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Selain mereka menurut penerbit Ziela Jalil, drama tersebut juga menampilkan pelakon-pelakon hebat lain seperti Keith Foo, Azlee Khairi dan Diana Danielle. Nantikan drama ini kelak, segala informasi terkini akan dikemaskini kelak.

JUDUL : Di Bawah Lindungan Kaabah
Penerbit : Ziela Jalil 
Terbitan : Pena Creative Pictures 
Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Keith Foo, Azlee Khairi dan juga Diana Danielle

SINOPSIS RINGKAS NOVEL DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH

Novel ini bercerita tentang cinta terpendam dan tidak bisa diungkapkan demi menjaga amanah dan pesan dari orang dihormati. Akibatnya dua insan yang sangat mencintai menderita zahir dan batin.

Drama Manjaku Manja (TV2)


Saksikan telemovie komedi berjudul Manjaku Manja pada malam ini, 29 April 2014 jam 10 malam di slot Citra saluran TV2. Drama arahan Wan Cromok ini dibintangi oleh Elly Mazlein, Azizan Nin, Zarina Zainoordin, Keena Mentor dan ramai lagi. 

JUDUL : Manjaku Manja
GENRE : Komedi
TARIKH : Selasa, 29 April 2014 (10 malam)
SIARAN : Slot Citra, TV2 (RTM)
PENGARAH : Wan Cromok
PELAKON : Elly Mazlein, Azizan Nin, Zarina Zainoordin, Keena Mentor, Malissa Mansor, Sharifah Shahora, Lydiawati,Kuna 
  
VIDEO PROMO


Harga Samsung Galaxy K Zoom


Samsung memperkenalkan telefon pintar terbarunya dikenali Galaxy K Zoom. Telefon yang lebih ditumpukan pada kameara ini dilengkapi dengan lensa kamera, zoom optical sehingga 10x dan sensor 20.7 megapixel pada bahagian belakang.  Ciri-rakaman lain termasuk Auto Focus/Auto Exposure Separation, Selfie Alarm, Pro Suggest dan lain-lain lagi. Kamera dengan sokongan telefon ini dijangka hadir ke pasaran Malaysia pada bulan Jun 2014 kelak. 

Samsung masih belum lagi mengumumkan harga bagi Galaxy K Zoom, tetapi ramai menjanggkakan harganya dalam lingkungan RM2300-2400.

Spesifikasi Samsung Galaxy K Zoom
Processor : 1.3Ghz Quad Core 1.7Ghz Dwi-Teras
RAM : 2 GB
Muatan Dalaman : 8 GB
Kamera : 20.7MP BSI CMOS
Skrin : 4.8″ HD Super AMOLED
Bateri : 2430 mAh



Minggu, 27 April 2014

Jangan Tinggalkan Aku - Abstrak Hingga Ke Bulan


Abstrak Hingga Ke Bulan adalah sebuah kumpulan band dianggotai lima anak muda iaitu Deeba selaku vokalis utama, Ikmal (pemain dram), Fendy (gitar dan keyboard), Aretom (bass) dan Zarul. Dengarkan single terbaru mereka berjudul 'Jangan Tinggalkan Aku' yang juga menjadi lagu tema atau OST drama Anugerah Terindah yang bersiaran di TV3


LIRIK LAGU JANGAN TINGALKAN AKU - ABSTRAK HINGGA KE BULAN
(OST Anugerah Terindah)

Kutuliskan lagu ini untukmu
Agar kau mengerti perasaanku
Kupandang potretmu 
Kubaca suratmu 
Menitis airmataku

Kau menyuruh tuk melupakanmu 
Sehingga ku memaksa diriku
Semakin kucuba, semakin tak berdaya

Sesungguhnya jangan tinggalkanku
Sesungguhnya kau masih diriku
Sampai hati kau tinggalkanku 
Sendirian tanpa cintamu

Sesungguhnya jangan tinggalkanku
Sebahagian dirimu tetap diriku
Hancurnya hatiku
Luruhlah jantungku
Kehilangan kasih sayangmu

Mengapa cinta kita tak bersatu,
Sedangkan ku tahu kau menyayangiku
Mungkinkah takdirku tak bersama kamu
Mungkin kau bukan untukku

Kau memaksa tuk melupakanmu
Terdiam ku dengan diriku
Semakin tak berdaya
Makin tak percaya

Sabtu, 26 April 2014

Drama Pekerja Terbaik (TV9)


Telemovie Pekerja Terbaik akan bersiaran pada 28 April jam 8.30 malam di slot Skrin di 9 saluran TV9. Drama ini bersempena menyambut Hari Pekerja. Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Zahiril Adzim, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.

JUDUL : Pekerja Terbaik
TARIKH : Isnin, 28 April 2014
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
PELAKON : Zahiril Adzim, Sharifah Sakinah 

VIDEO PROMO


Kamis, 24 April 2014

Drama Cinta Di Gerai


Telemovie Cinta Di Gerai lakonan Azhar Azheal dan Erin Malek. Drama ini bersiaran pada hari Khamis, 24 April 2014 di Astro Ria dan Maya HD jam 10 malam.

JUDUL : Cinta Di Gerai
TARIKH : 24 April 2014
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Maya HD 135
PELAKON : Azhar Azheal dan Erin Malek

SINOPSIS CINTA DI GERAI

Selepas 20 tahun hanya memakan makanan yang terbaik dan paling mewah, Romi telah memantapkan dirinya sebagai pengkritik makanan yang sukar untuk menerima. Dia telah ditakdirkan berjiran dan berkawan dengan seorang gadis golongan bawahan yang akan mengubah pandangan beliau ke atas kehidupan.

Rabu, 23 April 2014

Pasar Karat - Azlan and The Typewriter


Kemunculan single terbaru kumpulan band Azlan and The Typewriter berjudul Pasar Karat. Lagu terbitan Darkliquids Music Production. Lagu ini akan dimuatkan dalam album terbaharu mereka berjudul Akuarium. 

Judul Lagu : Pasar Karat
Artis : Azlan & The Typewriter
Terbitan : Darkliquids Music Production 

MUSIC VIDEO PASAR KARAT


Lirik Lagu Pasar Karat - Azlan & The Typewriter

Potong kuku sampai habis baru tahu isinya
Belum baca lihat muka takkan ada maknanya

Sekarang zaman hilang budaya
Tersalah kata pistol jawabnya
Terlanjur langkah nak jadi kaya
Nanti buruk padahnya

Buka mata lihat hati renung dirimu
Takkan ada bangsa lain yang akhir di dunia

----- matanya
Dengar senang cemar sini
Jadi biasa sakit hati
Hilang nyawa banyak lagi

Sekarang zaman hilang budaya
Tersalah kata pistol jawabnya
Terlanjur langkah nak jadi kaya
Nanti buruk padahnya



Selasa, 22 April 2014

Drama Kusinero Cinta


Drama terbaru berjudul Kusinero Cinta akan menggantikan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang telah menamatkan siarannya. Menampilkan pelakon terkenal dari Filipina iaitu Jericho Rosales bergandingan bersama Aaron Aziz dan Tiz Zaqyah. Drama ini diarahkah oleh Feroz Kadir hasil terbitan Global Station. Saksikan drama 'Kusinero Cinta' ditayangkan mulai 26 Mei ini pada Setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam di saluran Astro Mustika HD (saluran 134) tayangan serentak di Astro Bella (saluran 133). Dua episode turut disiarkan di Astro Prima (saluran 105).

JUDUL : Kusinero Cinta
Tarikh : Mulai 26 Mei 2014 (Setiap Isnin - Rabu - 10 malam)
Episod : 60 episod
Siaran : Astro Mustika HD 134 / Astro Bella 133
Pengarah : Feroz Kadir
Terbitan : Global Station
Pelakon : Jericho Rosales, Aaron Aziz & Tiz Zaqyah
Bella Dally, Miera Liyana, Nadzriah Nadzri, Shakilla Khoriri, Jasmin hamid, Arash Mohamad, Nabila Daly, Wan Sharmila, Ziela Jalil, Shah Rezza, Datuk Jalaluddin Hassan

Lagu Tema / OST Kusinero Cinta
Judul : Takdir Cinta
Artis : Awi Rafael
Ciptaan : Adi Sixthsense

PELAKON DAN WATAK
Jericho Rosales sebagai Chef Fredo
Aaron Aziz sebagai Chef Izmir
Tiz Zaqyah sebagai Edrinna
Jasmin Hamid sebagai Datin Raudah
Arash Mohamad sebagai Datuk Mahadzir 
Nadzriah Nadzri - Mimi
Wan Sharmila - Dr.Riana

TAILER #KusineroCinta




SINOPSIS DRAMA KUSINERO CINTA

Fredo Rivera (Jericho Rosales) adalah seorang anak muda yang berasal dari Cebu, Filipina yang mengejar impian untuk menjadi chef yang berjaya.

Edrinna Mahadzir (Tiz Zaqyah) pula gadis yang datang ke Manila bersama ibunya, Datin Raudhah (Jasmin Hamid) untuk melawat kafe milik mereka yang beroperasi di sana.

Namun, takdir menemukan Fredo dan Edrinna di kafe berkenaan. Pada mulanya hubungan mereka kurang baik kerana kehadiran Hafizul Fitri yang meminati Edrinna.

Pada suatu hari, Edrinna hilang di Manila dan Fredo yang berjaya menyelamatkannya. Justeru, hubungan mereka juga semakin akrab semula.

Fredo yang tidak ada tempat tinggal dan pekerjaan juga diambil bekerja oleh Chef Rio yang memiliki restoran yang terkenal di Manila. Bermula sebagai pencuci pinggan, Fredo akhirnya berjaya menjadi pembantu chef kepada Chef Rio. Di La Secret, Fredo bertemu dengan Justina, anak perempuan Chef Rio yang turut bekerja di situ.

Sementara itu, Syed Izmir (Aaron Aziz) pula sangat meminati bidang masakan, tetapi terpaksa menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan kerana memenuhi hasrat bapanya yang kaya.

Dalam perjalanan ke Manila kerana urusan perniagaan bapanya, Syed Izmir bertemu dengan Edrinna. Pada masa sama, dia juga bertemu dengan Fredo dan berkawan baik dengannya. Mereka juga bertemu kembali ketika menyambung pengajian di Melbourne.


GAMBAR PELAKON KUSINERO CINTA






















Senin, 21 April 2014

Drama Qarin (RTM)


Drama bersiri Qarin mempunyai 13 episod bergenrekan seram. Drama ini diarahkan oleh Sham JR manakala penulis skrip oleh Adza Nasyaemie Adenan dan Adza Irdawati Adenan. Qarin diambil daripada perkataan Arab bermaksud teman atau rakan dan dari segi istilah membawa maksud roh-roh jahat dalam kalangan makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Drama ini akan bersiaran di saluran RTM tidak lama lagi.

JUDUL: Qarin
TERBITAN: PC Soft (M) Sdn Bhd
PENERBIT: Zulkifli Ahmad
SKRIP: Adza Nasyaemie Adenan dan Adza Irdawati Adenan 
PENGARAH: Sham JR 

PELAKON UTAMA
- Uqasha Senrose sebagai Dhiya
- Zain Hamid sebagai Muslim
- Fateha sebagai Aurelia
- Daniel sebagai Andika

PELAKON PEMBANTU
- Mell Yahya
- Ieka Zulkifli
- Oshin
- Ally Azman
- Farisha
- Nor Amisah Abdullah
- Qasehku Effa
- Siti Chubby

SINOPSIS DRAMA QARIN

Qarin mengisahkan Dhiya (Uqasha Senrose) yang sangat menyayangi keluarganya namun akibat leka sehingga mengabaikan perkara penting, akhirnya dia hidup dalam penyesalan.

Kisah bermula apabila perkahwinannya dengan anak orang berada, Muslim (Zain Hamid) mendapat tentangan ibu Muslim, Datin Zauyah kerana Dhiya datang dari keluarga susah.

Sebaik melahirkan anak mereka Aurelia (Fateha), Dhiya mengajak suaminya berpindah dari rumah Datin Zauyah dan akhirnya berjaya. 

Mereka sekeluarga kemudian berpindah ke sebuah banglo terpencil dan bermulalah kehidupan baru mereka.

Keceriaan pastinya paling dirasai anak mereka Aurelia yang ketika itu sudah berusia lapan tahu apabila dia bertemu teman barunya di rumah berkenaan.

Bagaimanapun, persoalan­nya hanya mereka bertiga menduduki rumah berkenaan tetapi anak kecil itu mula bercakap sendiri dengan sahabatnya yang dipanggil Andika.

Perkara itu benar-benar mengejutkan Dhiya dan Muslim dan bermulalah detik hitam dalam hidup mereka apabila terbukti ia bukan khayalan tapi entiti halus yang cuba mendampingi Aurelia.

Kesudahannya, Aurelia mula membenci bapanya manakala hubungan Dhiya dan Muslim pula semakin berantakan selepas kekasih lama suaminya itu hadir semula dalam hidup mereka.

Demi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut itu, seorang ustaz dipanggil dan terbongkarlah kebenaran di mana anak mereka sebenarnya sudah lama meninggal dunia.

Anak kecil yang mendampingi mereka selama ini terbukti qarin kepada Aurelia dan sebab itulah Andika suka berkawan dengannya kerana mereka serupa.

Minggu, 20 April 2014

Drama Lara Ameena (TV1)


Saksikan drama bersiri terbaru berjudul Lara Ameena sebuah karya Nurhalim Hj. Ismail akan bersiaran mulai 27 April 2014 iaitu setiap hari Sabtu dan Ahad jam 7.00 petang di TV1. Drama terbitan Nur TV Productions Sdn Bhd mengisahkan mempertembungkan yang haq dan batil juga pertembungkan kehidupan jahiliyah dan menegakkan hukum. Antara pelakon membintangi drama ini ialah Iqram Dinzly, Zarina Zainoordin, Zarynn Min, Zaidi Omar, Sheila Mambo, Nisha Dirr, Reen Rahim, Zamarul Hisham dan Ezany Nizarif.

TAJUK : Lara Ameena
TARIKH : 27 April 2014
SIARAN : Sabtu & Ahad jam 7.00 - TV1 (RTM)
PENGARAH : Nurhalim Hj. Ismail 
TERBITAN : Nur TV Productions
PELAKON : Iqram Dinzly, Zarina Zainoordin, Zarynn Min, Zaidi Omar, Sheila Mambo, Nisha Dirr, Reen Rahim, Zamarul Hisham dan Ezany Nizarif.

SINOPSIS LARA AMEENA

Kisah perjalanan hidup seorang eksekutif, Amena yang menuntut fasakh terhadap suaminya Fauzan. Amena sudah tidak sanggup lagi hidup bersama Fauzan yang suka mendera fizikal dan mental. Fauzan bukan saja tidak mahu insaf dari hidup yang terkeluar dari landasan islam malah menghalang niat Ameena untuk menjadi pengamal Islam yang ikhlas. Menyedari haknya dari segi syarak, Amena membuat tuntutan fasakh.