cooltext1867925879

~~ Mudahnya peluang usaha ~~

SUSU KAMBING ETAWA BUBUK 2015

E.A.P Teknologi BPTP YOGYAKARTA

header

1419847472700532415 ETAA  

Untuk itu awali tahun baru Anda dengan berwirausaha dan kembangkan bakat kewirausahaan Anda dengan bergabung bersama

header

~~SUSU KAMBING ETAWA BUBUK Ijin Edar LPPOM 12040002041209 E.A.P Teknologi BPTP YOGYAKARTA ~~

Halal MUI

Ibu Eri Sulistyowati Telp/sms 089651095115 Pin 28823f03

~~ PELUANG USAHA 2015 ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~

  1. Bisnis paling menjanjikan dengan laba 100% milik sendiri tentunya akan sangat menarik untuk dijalani. ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~
  2. sebuah usaha kemitraan yaitu ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~
  3. membuka sebuah penawaran paling hot di Awal tahun 2015 yaitu paket kerjasama kemitraan dengan anggaran biaya @20.000 /kotak' (partai ecer) Untuk grosir bisa MendapatkanHarga hingga @15.000 WOOOW dengan mendapatkan benefir semua kelengkapan usaha.
  4. Anda bisa langsung usaha ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~ dengan investasi yang ringan.
  5. Pada tahun 2015 banyak diprediksi bahwa usaha ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~ masih sangat menjanjikan.
  6. Disamping pangsa pasar yang luas jenis usaha ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~ juga banyak diminati. Konsumen yang tiada habisnya akan banyak menyedot perhatian bagi pemilik investasi.
  7. Untuk itu jangan buang kesempatan ini, mari segera bergabung bersama kami dan rasakan sendiri manfaat laba untuk Anda.

Tunggu apalagi, ambil telepon Anda dan hubungi kami melalui sms,bbm maupun email susukambingeta@gmail.com. Jika Anda masih ragu, konsultasikan dahulu dengan kami dan akan kami jelaskan mekanismenya. Proses yang sangat mudah dan tidak berbelit-belit akan memudahkan Anda dalam menjalani usaha ini. Kami tunggu Anda sekarang untuk bermitra bersama kami dan semoga kita biosa menjadi mitra bisnis yang saling menguntungkan. Koperasi Etawa Mulya didirikan pada 24 November 1999 Pada bulan Januari 2011 Koperasi Etawa Mulya berganti nama menjadi Etawa Agro Prima. Etawa Agro Prima terletak di Yogyakarta. Agro Prima merupakan pencetus usaha pengolahan susu yang pertama kali di Dusun Kemirikebo. Usaha dimulai dari perkumpulan ibu-ibu yang berjumlah 7 orang berawal dari binaan Balai Penelitian dan Teknologi Pangan (BPTP) Yogyakarta untuk mendirikan usaha pengolahan produk berbahan susu kambing. Sebelum didirikannya usaha pengolahan susu ini, mulanya kelompok ibu-ibu ini hanya memasok susu kambing keluar daerah. Tenaga kerja yang dimiliki kurang lebih berjumlah 35 orang yang sebagian besar adalah wanita. Etawa Agro Prima membantu perekonomian warga dengan mempekerjakan penduduk di Kemirikebo.

~~ Mudahnya peluang usaha ~~

SUSU KAMBING ETAWA BUBUK 2015

Ibu Eri Sulistyowati Telp/sms 089651095115 Pin 28823f03

~~ PELUANG USAHA 2015 ~~

~~SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~

cooltext1867925879
application apk free download: Oktober 2014

Jumat, 31 Oktober 2014

Tonton Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014)


Program komedi terhangat Maharaja Lawak Mega kembali bersiaran membariskan peserta dan kolaborasi terbaru. Sebanyak 10 kumpulan/solo layak secara automatik manakala 16 perlu melalui pentas kerusi panas. Berikut barisan pelawak yang bersaing :

10 barisan pelawak layak secara automatik di MLM2014:

1. Sepahtu – Jep, Shuib & Ilya
2. Shiro – Ajak & Shahrol
3. Bocey – Acey, Abam & Fad
4. Virus – Tauke, Yus & Zizan
5. Nabil
6. Comey – Suhaimi & Rophie
7. SYJ – Jihan Muse, Yassin & Yassin
8. Jalor – Along, Rahim & Joey
9. Sayot – Zam Jr (Skool Of Lawak), Filzah (Skool Of Lawak), One (Skool Of Lawak)
10. Kepoh – Izu, Pian & Kamal





16 buah kumpulan bersaing menempatkan diri ke pentas Maharaja Lawak Mega 2014 :

1. Ekzos – Jon LNJ, Raja Azri & Lie (Kumpulan Cuit)
2. Mamu – Ajo & Abu
3. Sakan – Jelut, Ash & Pakku
4. Samurai – Arin, Man (Raja Lawak) & Acong
5. Cak – Azmir & Ikhtiaruddin
6. Spark – Mail, Yus & Azmi (Kumpulan Ketampi)
7. Qtaro – Munir, Chot & Syed Ali
8. Token – Radhi OAG, Wira (Kumpulan Wili), Ezad Lazim
9. Chilok – Chiwan, Achok, Wan Lopez
10. Badboy – Aboy & Bard
11. Zero – Sahrif, Syaiful & Sharif
12. Glory – Aziz Kota, Elly & Sathia
13. Shake – Amirullah, Bell Ngasri & Haszmi
14. Gap2 – Azlan, Rohaizat, CT Chubby
15. JBOND – Che Mat & Pak Cu
16. Wala – Lopz & Wan



Kerusi Panas MLM yang akan disiarkan pada hari Jumaat, 31 Oktober & 7 November 2014 jam 10.00 malam. Hanya empat peserta akan dipilih oleh juri profesional untuk melengkapkan seramai 14 peserta Maharaja Lawak Mega 2014.

Maharaja Lawak Mega 2014 bersiaran secara langsung bermula pada 14 November 2014 pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna (Saluran 132) & Mustika HD (Saluran 134). Program ini juga boleh di tonton secara online/live streaming di laman Astro on-the-go.

Dato’ AC Mizal kekal sebagai pengacara untuk MLM2014.  Sistem pemarkahan pula 70% markah oleh juri tetap dan 30% daripada undian penonton. Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000. Info lanjut sila layari www.maharajalawakmega.com.my.


PROGRAM : MAHARAJALAWAK MEGA 2014
Siaran: Astro Warna & Mustika HD
Tema: Superhero Lawak
Tayangan: 14 November 2014
Masa: setiap Jumaat, 10.00 mlm
Jumlah Minggu: 13
Lawan Web : www.maharajalawakmega.com.my
Pengacara: AC Mizal
Juri Tetap: -

TONTON / MAHARAJALAWAK MEGA 2014
1. ZonLawak.com.my
2. GuaTv.com
3. Layanon9.net
4. Youtube AstroGempak

LIVESTEAM
1. Astro on-the-go
2. bazookapenaka.com/bptv/
3. streaming.pencurimovie.cc/
4. Layanon9.net


Kamis, 30 Oktober 2014

Drama Baby Ana Milik Siapa (TV3)


Nantikan kemunculan drama bersiri 'Baby Ana Milik Siapa' di slot Lestary saluran TV3. Drama terbitan Radius One Production dibawah arahan Shahrulezad Mohammeddin dan Nizam Zakaria. Dibintangi oleh Hairul Azreen, Cristina Stocktill, Hafidz Roshdi, Zika Ziandra, Ardell Ayana, dan adik Jelita Murni Kako. Drama bertemakan persahabatan dan percintaan ini dijangka akan bersiaran bermula pada 6 November 2014 di TV3.

JUDUL : BABY ANA MILIK SIAPA
EPISOD : 13 episod
TARIKH : 6 November 2014
SIARAN : Slot Lestary TV3 
PENGARAH : Shahrulezad Mohammeddin / Nizam Zakaria
TERBITAN : Radius One Productions
PELAKON : Hairul Azreen, Cristina Stocktill, Hafidz Roshdi, Zika Ziandra, Ardell Ayana, adik Jelita Murni Kako

SINOPSIS BABY ANA MILIK SIAPA

Drama tentang 5 sahabat berkawan dari zaman sekolah melalui kehidupan susah senang bersama. Kisah bermula dengan kehadiran seorang baby yang bernama Ana. Kehadiran baby Ana tersebut telah menimbulkan konflik antara 5 sahabat yang telah berkawan sejak sekolah menengah lagi. Sejak itu, pelbagai kejadian yang berlaku melibatkan ke lima-lima sahabat ini. Apakah yang sebenarnya berlaku? Kenapa dengan baby yang bernama Ana tersebut?















Selasa, 28 Oktober 2014

Drama Satu Hari (TV9)


Drama bersiri terbaharu berjudul 'Satu Hari' akan menemui penonton menerusi slot Ratu saluran TV9. Drama arahan Jamal Khan terbitan produksi Primeworks Studio Sdn. Bhd. Menggandingkan pasangan Remy Ishak dan Sara Ali sebagai hero dan heroin. Drama ini akan bersiaran pada 2 Disember ini selepas tamatnya drama Setitis Kasih Darmia. Bersiaran setiap hari Selasa dan Rabu pukul pukul 8.30 malam di TV9.

JUDUL : SATU HARI
EPISOD : 14 episod
TARIKH : 2 Disember 2014 ( Selasa & Rabu - 8.30 malam) 
SIARAN : Slot Ratu saluran TV9
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Primeworks Studio Sdn. Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Sara Ali, Rita Rudaini, Miller Khan

WATAK PELAKON
Remy Ishak sebagai Isfahan 
Sara Ali sebagai Sabrina
Rita Rudaini sebagai Lia
Miller Khan sebagai Moez

VIDEO PROMO






SINOPSIS SATU HARI

Mengisahkan Isfahan (Remy Ishak) yang membawa diri ke Sarajevo kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya, Lia (lakonan Rita Rudaini) curang dengan sahabat baiknya sendiri, Moez (Miller Khan) biarpun telah berkahwin selama sembilan tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Puteri. Isfahan kemudiannya bertemu Sabrina (Sara Ali) seorang penganalisa air mentah di Sarajevo. Dalam hati yang tidak keruan, tidak pernah sekali pun terdetik di hati kecil Remy bahawa dia akan bertemu cinta baharu di ibu negara Bosnia-Herzegovina itu. Keletah comel dan misteri sikap yang dimiliki si gadis, Sabrina akhirnya membuka pintu hati Isfahan untuk bercinta kembali, namun dia masih terikat dengan memori silam. Namun Isfahan terpaksa pulang semula ke tanah air gara-gara kematian Puteri. Selepas terpaksa pulang semula ke tanah air, kesetiaan hati Isfahan kemudian diduga apabila Lia kembali menagih cinta lama selepas diceraikan Moez. Adakah Remy kembali menyulam kenangan lalu atau kekal bersama cintanya bersama Sabrina yang ditinggalkan di Sarajevo? Apakah kesudahan kisah cinta mereka?

GAMBAR PELAKON
















Sabtu, 25 Oktober 2014

Mr Istikharah (Cerekarama TV3)


Saksikan telemovie khas sempena sambutan Maal Hijrah berjudul 'Mr Istikharah di slot Cerekarama TV3, menampilkan pelakon sepert Amar Asyraf, Cristina Suzanne, Amyra Rosli, Ashraf Muslim dan Fikhree Bakar. Telefilem ini bersiaran pada hari Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3.

JUDUL : Mr Istikharah
TARIKH : 25 Oktober 2014 (Sabtu, 9.00mlm)
SIARAN : Cerekarama TV3
PENGARAH : Shahrul Ezad
TERBITAN : Al Hidayah Production
PELAKON : Amyra Rosli, Amar Asyraf, Cristina Suzanne, Ashraf Muslim, Fikhree Bakar.

SINOPSIS MR ISTIKHARAH
Mengisahkan mengenai seorang ustaz (Amar Asyraf) yang menjadi idaman kepada gadis terutamanya rakan karib, Mastura (Cristina Suzanne) dan Aisyah (Amyra Rosli). Pelbagai cara yang dilakukan oleh mereka berdua untuk menarik perhatian ustaz itu. 




Sabtu, 18 Oktober 2014

Telemovie Penyabong (TV1)


Saksikan sebuah telemovie terbitan RTM , karya Siti Jasmina, arahan Wan Afzam dalam #PanggungSeri : PENYABONG, Sabtu 9.05 malam (18/10), lakonan Kamarul Hj Yusof (che man), Khir Rahman, Ellie Suriaty, Pekin Ibrahim, Nam Ron, Amerul Affendi, Fitri, Sobri Anuar dan Han Zalini di TV1

JUDUL : PENYABONG
TARIKH : 18 Oktober 2014 (9.05malam)
SIARAN : PanggungSeri TV3
PELAKON : Kamarul Hj Yusof (che man), Khir Rahman, Ellie Suriaty, Pekin Ibrahim, Nam Ron, Amerul Affendi, Fitri, Sobri Anuar, Han Zalini

Kamis, 16 Oktober 2014

Harga iPad Air 2 dan iPad Mini 3 di Malaysia



Apple akan memperkenalkan tablet terbaru iaitu iPad Air 2 and iPad mini 3. Beberapa ciri terbaru telahpun tersebar di media sosial. Antarayanya tablet baru ini mempunyai fungsi Touch ID fingerprint sensor, processor tinggi A8X, pilihan warna emas, penambahbaikkan kamera optik dan beberapa software baru. Harga akan dikemaskini kelak.

Rabu, 15 Oktober 2014

Harga Nexus 6 di Malaysia


Google memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka iaitu NEXUS 6. Nexus 6 dibangunkan oleh Motorola. Hadir bersama versi terbaru Android 5.0 Lolipop. Nexus 6 hadir dengan dua variasi memori 32GB dan 64GB akan ditawarkan pada penghujung Oktober ini dengan harga bermula $649. Nexus 6 di Malaysia belum diumumkan lagi berkemungkinan dijual dengan harga linkungan RM2300-RM2500. Berikut antara spesifikasi terbaru Nexus 6 :

SPESIFIKASI NEXUS 6
1. OS : Android 5.0 Lolipop
2. Saiz Skrin : 6-inci dengan paparan Quad HD
3. Kamera : belakang 13-megapixel bersama Optical Image Stabilization and HDR+
4. Dwi-speaker pada bahagian hadapan
5. Pilihan Warna : Midnight Blue or Cloud White  
6. Kapasiti bateri 3220 mAh dan fungsi Turbo Charger - pengecasan selama 15 minit untuk penggunaan selama 6 jam.




GAMBAR NEXUS 6






Selasa, 14 Oktober 2014

Drama Suamiku Encik Sotong


Drama adaptasi novel terbaru karya Syikin Zainal berjudul Suamiku Encik Sotong akan ditayangkan di kaca TV. Drama arahan Eoon Shuhaini ini mengandingkan pasangan Sharnaaz Ahmad dan Amyra Rosli sebagai pelakon utama. Saksikan drama ini bersiaran mulai 27 Oktober 2014, pada setiap hari Isnin jam 10.00 malam tayangan serentak di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135).

JUDUL : SUAMIKU ENCIK SOTONG
GENRE : Romantik-Komedi
EPISOD :  -
TARIKH :  27 Oktober 2014 (Setiap Isnin - 10.00malam)
SIARAN :  Astro Ria & Maya HD
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PENULIS NOVEL : Syikin Zainal
TERBITAN : Global Station 
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Amyra Rosli, Amar Baharin, Hanis Zalikha, Erry Putra, Roy Azman, Lydiawati, Syatila Melvin, Zaidi Omar, Rosnah Johari

WATAK PELAKON 
Sharnaaz Ahmad sebagai Farish
Amyra Rosli sebagai Erica Soffea
Amar Baharin sebagai Tengku Izhan
Hanis Zalikha sebagai Dhia
  

SINOPSIS DRAMA SUAMIKU ENCIK SOTONG

Mengisahkan hubungan Farish (Sharnaaz Ahmad) dan Erica (Amyra Rosli) yang punyai personaliti berbeza dan sering bertengkar ekoran paksaan keluarga untuk mereka berkahwin selama 3 tahun agar dapat mewarisi harta peninggalan arwah neneknya. Sepanjang perkahwinan, mereka tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri, malah Erica telah jatuh cinta kepada sepupunya, Izhan (lakonan Amar Baharin), manakala Farish terlah jatuh cinta dengan rakan kolejnya, Dhia (Hanis Zalikha). Plot perjalanan drama yang punyai unsur komedi, mesej yang ringan dan cermat ini diteruskan dengan babak penantian mereka agar kontrak perkahwinan tersebut dapat dihabiskan.


SINOPSIS NOVEL SUAMIKU ENCIK SOTONG

Suamiku Encik Sotong mengisahkan pasangan suami isteri yang berlainan sikap dan gaya. Suami lebih kepada jiwa kelembutan manakala si isteri agak rock sedikit jiwanya. Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding.

Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.

Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja.

Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macam mana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

GAMBAR PELAKON