![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiW-1FCBVP-_M6x1yKTs6leou6Ae2hh1hLHShfyKeo9Kdbvx-hjIl6N7ofFQZcwem7tO7REpEN2q2T4tVMKOL1TCH02qNCGQYnUAM3XmKYR33yKcNKXZsbQY_GfDps6uSAMej_gzV52oYup/s1600/Playboy+Itu+Suami+Aku+drama.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitmWn0LutkUu3jJvFZOoJUuHLQx99MMUfDCmSXVgNWLkCxvbRslB2F2J_Afisy7hyi40rs9mlR-oWAj3qvRg_6xvsC9cV3W-3C0uNXe7kMdTvEAu5RMUtSVCsjKV0hftNfgUI3wHWSg4f0/s1600/Playboy+Itu+Suami+Aku.png)
PLAYBOY ITU SUAMI AKU merupakan drama yang menggantikan LOVE YOU MR ARROGANT dalam drama Slot Akasia di TV3. Drama ini diapdatasikan dari novel "Playboy Itu Suami Aku?!" karya Suri Ryana (Kaki Novel). Drama 28 episod, terbitan Temenggung Pictures ini akan ditayangkan pada 11 November 2013 di Slot Akasia,TV3. Bagi yang terlepas boleh tonton setiap episod secara online di tonton.com.my
Nantikan kemunculan Drama PLAYBOY ITU SUAMI AKU di Slot Akasia setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 hingga 8 malam.
TAJUK MONTAGE : "PLAYBOY" ITU SUAMI AKU...
PENGARAH DRAMA : AZMI HATTA
PENGARAH MONTAGE : KAS ROSHAN
EPISOD : 28 EPISOD
SIARAN : ISNIN hingga KHAMIS
MASA : 7pm - 8pm
PELAKON : FATTAH AMIN, RISTEENA MUNIM, CHACHA MAEMBONG, PUTERI NAJUWA, WAN SHARMILA, AYANG ABBAS, NORALBANIAH, KHAIRIL ANWAR, DILLA AHMAD, HILAL AZMAN, BEN AMIR & AYU RUHAIZAH
LAGU TEMA : RINDUKANLAH
ARTIS : ENCIK MIMPI
LAGU & LIRIK : RUMHADI RUMNAN & NICO BERAHMANA
SKRIP : WAN MAHANI WAN HASSAN
PENERBIT : MOHD RUSLAN HAJI OSMAN & TENGKU NORAISHAH TENGKU HJ ABDUL AZIZ
DRAMA TERBITAN : TEMENGGONG PICTURES SDN BHD
SINOPSIS NOVEL PLAYBOY ITU SUAMI AKU
‘Playboy Itu Suami Aku’ mengisahkan Afina (Nur Risteena), seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Adrian (Fattah Amin), seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik kembar tidak seiras, Afisya (Cha Cha Maembong) ataupun Fisya yang suka bersosial dan merupakan salah seorang teman wanita kepada Adrian.
Pada awal perkenalan mereka, Afina disimbah dengan air lopak apabila Adrian membawa kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan sahaja tidak minta maaf malah dia tidak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja Adrian Benjamin ataupun ‘King’ (King of Crocodile) sering membuatkan Afina panas hati.
Suatu hari, Afina dan Syaf (Wan Sharmila) menghantar tempahan bunga untuk digubah di rumah Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) bersempena dengan majlis hari jadi cucunya. Puan Sri Zahida tertarik dengan penampilan Afina yang sopan dan tidak meninggalkan solat, maka dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan segera minta diri.
Puan Sri bertegas bahawa Adrian tetap akan berkahwin dengan Afina walaupun apa yang terjadi kerana dia yakin Afina bakal menjadi seorang isteri yang solehah dan jauh lebih bagus daripada teman-teman wanitanya. Bapanya juga meletakkan syarat yang Adrian perlu berkahwin dengan Afina jika dia mahu menjadi CEO kepada syarikat mereka, Kiara Emas.
Akhirnya Afina dan Adrian berkahwin kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri. Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Malah, Adrian membuat pengakuan di hadapan Afina bahawa dia tidak ingin mengahwini Afina tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya kerana mahu menjadi CEO syarikat. Adrian juga berkata dia tidak akan jatuh cinta dengan perempuan seperti Afina. Walaupun dibenci oleh Adrian, Afina bertekad untuk memikat hati Adrian dan menjadi isteri yang taat. Apakah faktor yang menyebabkan Afina bertukar fikiran untuk mengahwini seorang playboy? Oleh kerana cintanya tidak diterima oleh Adrian, Afina telah menulis isi hatinya dan disimpankan dalam botol sebelum ditanam di sebuah tempat rahsia.
Fisya menyimpan dendam terhadap Afina kerana berkahwin dengan teman lelakinya yang juga merupakan jejaka idaman dalam kalangan wanita. Fisya semakin tidak puas hati apabila Afina masih menjadi isteri yang sah dan kelihatan bahagia. Maka, Fisya telah menggoda Nazri (Jay Iswazir) dan memintanya melakukan sesuatu jika ingin memilikinya. Nazri hanya menuruti apa yang disuruh oleh Fisya.
Afina terlibat dalam sebuah kemalangan dan koma. Selepas dia sedar, dia hilang ingatan dan menjadi penghidap amnesia. Afina menjadi bingung kenapa dia boleh berkahwin dengan seorang playboy. Adrian pula mengingatkannya tentang janji mereka bahawa mereka akan terus menyamar sebagai pasangan yang bahagia di hadapan ibu bapanya sehingga Adrian dilantik sebagai CEO. Fisya pula meninggalkan Malaysia untuk menyambung pelajaran di luar negara.
Selepas sedar dari koma, Afina berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan berani melawan. Afina tidak lagi bersabar dengan karenah Adrian dan permintaan yang bukan-bukan daripadanya. Malah, Afina juga menuntut cerai. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Di saat Adrian bersedia membuka pintu hatinya dan mula mencintai Afina, Afina telah meninggalkan Adrian tanpa pesanan. Apakah kepulangan Fisya mengundang masalah dalam hidup Adrian dan Afina? Adakah Adrian masih sudi mempercayai cinta Afina dan mereka berdua akan kembali bersama?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipPbJbNw2lNvxJZHZpoB5WEMSZdv65t99tI-3iqDcMH9_sFvz8IRhbeqVx_t053HcSdP3-ndq9K87RZcVeg_QSoghCQODpEJEah0IQRitAMV-YVRB1uklah2qC2h0V_LvKObK1iV1XwdLk/s1600/Playboy+Itu+Suami+Aku+TV3.jpg)
Pada awal perkenalan mereka, Afina disimbah dengan air lopak apabila Adrian membawa kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan sahaja tidak minta maaf malah dia tidak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja Adrian Benjamin ataupun ‘King’ (King of Crocodile) sering membuatkan Afina panas hati.
Suatu hari, Afina dan Syaf (Wan Sharmila) menghantar tempahan bunga untuk digubah di rumah Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) bersempena dengan majlis hari jadi cucunya. Puan Sri Zahida tertarik dengan penampilan Afina yang sopan dan tidak meninggalkan solat, maka dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan segera minta diri.
Puan Sri bertegas bahawa Adrian tetap akan berkahwin dengan Afina walaupun apa yang terjadi kerana dia yakin Afina bakal menjadi seorang isteri yang solehah dan jauh lebih bagus daripada teman-teman wanitanya. Bapanya juga meletakkan syarat yang Adrian perlu berkahwin dengan Afina jika dia mahu menjadi CEO kepada syarikat mereka, Kiara Emas.
Akhirnya Afina dan Adrian berkahwin kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri. Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Malah, Adrian membuat pengakuan di hadapan Afina bahawa dia tidak ingin mengahwini Afina tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya kerana mahu menjadi CEO syarikat. Adrian juga berkata dia tidak akan jatuh cinta dengan perempuan seperti Afina. Walaupun dibenci oleh Adrian, Afina bertekad untuk memikat hati Adrian dan menjadi isteri yang taat. Apakah faktor yang menyebabkan Afina bertukar fikiran untuk mengahwini seorang playboy? Oleh kerana cintanya tidak diterima oleh Adrian, Afina telah menulis isi hatinya dan disimpankan dalam botol sebelum ditanam di sebuah tempat rahsia.
Fisya menyimpan dendam terhadap Afina kerana berkahwin dengan teman lelakinya yang juga merupakan jejaka idaman dalam kalangan wanita. Fisya semakin tidak puas hati apabila Afina masih menjadi isteri yang sah dan kelihatan bahagia. Maka, Fisya telah menggoda Nazri (Jay Iswazir) dan memintanya melakukan sesuatu jika ingin memilikinya. Nazri hanya menuruti apa yang disuruh oleh Fisya.
Afina terlibat dalam sebuah kemalangan dan koma. Selepas dia sedar, dia hilang ingatan dan menjadi penghidap amnesia. Afina menjadi bingung kenapa dia boleh berkahwin dengan seorang playboy. Adrian pula mengingatkannya tentang janji mereka bahawa mereka akan terus menyamar sebagai pasangan yang bahagia di hadapan ibu bapanya sehingga Adrian dilantik sebagai CEO. Fisya pula meninggalkan Malaysia untuk menyambung pelajaran di luar negara.
Selepas sedar dari koma, Afina berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan berani melawan. Afina tidak lagi bersabar dengan karenah Adrian dan permintaan yang bukan-bukan daripadanya. Malah, Afina juga menuntut cerai. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Di saat Adrian bersedia membuka pintu hatinya dan mula mencintai Afina, Afina telah meninggalkan Adrian tanpa pesanan. Apakah kepulangan Fisya mengundang masalah dalam hidup Adrian dan Afina? Adakah Adrian masih sudi mempercayai cinta Afina dan mereka berdua akan kembali bersama?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipPbJbNw2lNvxJZHZpoB5WEMSZdv65t99tI-3iqDcMH9_sFvz8IRhbeqVx_t053HcSdP3-ndq9K87RZcVeg_QSoghCQODpEJEah0IQRitAMV-YVRB1uklah2qC2h0V_LvKObK1iV1XwdLk/s1600/Playboy+Itu+Suami+Aku+TV3.jpg)
SINOPSIS SETIAP EPISOD DI TV3
Episode 1 - ISNIN, 11 NOVEMBER
Afina (24 tahun) terkocoh-kocoh berlari-lari anak ke stesen bus, sesekali dia melihat jam di tangan sudah pukul 8.45 pagi. Dia perlu berada di kedai bunga Cinta Florist pada jam 9 pagi. Ketika menunggu bus, sebuah kereta mewah telah melintasi di hadapannya dengan laju dan melanggar lopak air di tepi jalan. Akibatnya air itu terpercik ke baju Afina. Dalam hati, dia menyumpah seranah pemandu kereta mewah itu sebab langsung tak berhenti untuk minta maaf. Ketika Afina berkira-kira untuk balik ke rumah dan salin baju, Nazri datang menghampiri dengan motor kapcai. Afina tidak berapa kenal Nazri tetapi tahu yang Nazri dahulu belajar di kolej yang sama dengan dia dan Fisya. Fisya adalah kembar tidak seiras Afina namun sangat berlainan personaliti dan perwatakan. Fisya seorang playgirl yang sangat digilai ramai lelaki kerana kecantikkan dan keseksiannya. Manakala Afina lebih kekampungan dan bertudung serta bercermin mata. Afina di besarkan di kampung oleh nenek mereka.
Episode 2 - SELASA , 12 NOVEMBER
Syaf dan kak Faz adalah pekerja di Cinta Florist. Mereka berdua sangat baik dengan Afina. Syaf sebaya dengan Afina, mereka mula rapat sejak tinggal bersama dalam asrama. Kak Faz pula tua lima tahun dari mereka, seorang yang sangat pentingkan agama dan selalu sahaja Afina dengan Syaf kena tazkirah free oleh kak Faz. Sejak peristiwa Adrian datang order bunga tempoh hari, Afina sering sahaja tidak sedap hati. Dia memikirkan yang Fisya itu adalah adik kembarnya tetapi alamat yang di hantar tidak pula sama dengan alamat rumahnya. Afina cuba bertanya pada Kak Faz tentang Adrian kerana menurut Syaf Adrian adalah pelanggan tetap di situ. Tetapi kak Faz seorang yang tegas dan dia langsung tidak mahu buka mulut tentang Adrian. Pada kak Faz, mereka kena jujur dengan kerja, setiap kad yang pelanggan suruh tulis pun, mereka tidak dibenarkan mendedahkan isi kandungannya pada orang lain.
Episode 3 - RABU , 13 NOVEMBER
Rahim dan Azizah bengang kerana sampai ke pagi Fisya tidak juga pulang ke rumah. Rahim mengasak Afina supaya memberitahu siapa lelaki semalam dan akhirnya Afina pun menceritakan yang lelaki itu adalah buaya darat yang suka mempermainkan perempuan. Rahim berasa sangat marah dan ketika itu juga Fisya pulang. Rahim memarahi Fisya tetapi Fisya pula menuduh Afina sengaja mereka-reka cerita. Fisya mendakwa dia tidak pulang semalaman kerana tidur di rumah rakan perempuannya. Fisya cuba bertindak untuk menampar muka Afina sekali lagi tetapi sempat di halang oleh Rahim. Sepanjang hari itu Fisya asyik berkurung di dalam bilik. Kerisauan Azizah terhadap Fisya yang tidak mahu makan dan minum itu mengundang rasa bersalah pada Afina. Ketika itu dia terkenang kembali bagaimana dia dibesarkan dengan penuh kebahagian oleh arwah datuk dan neneknya di kampung. Afina ditinggalkan di kampung atas permintaan atuk dan nenek yang kesunyian.
Episode 4 - KHAMIS, 14 NOVEMBER
Afina kelihatan semakin gelabah buat kerja, berpeluh-peluh sampai Syaf pelik. Afina sangat takut kalau-kalau Adrian nampak dia. Afina juga asyik tanya dia bila mereka boleh pulang. Puan Sri pula sangat cerewet. Selepas dia bersembang dengan Adrian, dia menuju ke arah Syaf dengan Afina. Setiap kerja yang mereka buat ditelitinya satu persatu sampaikan Afina dan Syaf takut hendak angkat muka. Puan Sri mula perasan yang Afina agak kekok tentang bunga lantas dia bertanyakan bermacam soalan tentang penjagaan bunga. Afina tidak tahu menjawab, Syaf cuba membantu namun akhirnya dia pula di marahi oleh Puan Sri. Puan Sri sangat bengang apabila Cinta Florist menghantar pekerja yang tidak mahir untuk menggubah bunga-bunganya. Syaf di beri amaran, seandainya dia tidak berpuas hati dengan gubahan mereka nanti, dia tidak akan membayar satu sen pun pada mereka.
Episode 5 - ISNIN , 18 NOVEMBER
Adrian tidak setuju dengan pilihan Puan Sri. Bermacam-macam kutukan dia berikan pada Afina yang berdiri di sebelahnya. Puan Sri bertegas yang walau apapun yang terjadi, Adrian tetap kena berkahwin dengan Afina. Afina jauh lebih bagus dari semua teman wanita Adrian. Afina tidak tahan dengan semua itu lagi, dia segera minta diri dan terus turun ke bawah, di bawah pula Syaf kelihatan sangat gembira. Di tangannya sudah ada cek dari Puan Sri. Afina tidak peduli, dia terus kelam kabut tarik Syaf masuk ke dalam van. Dia ingin pulang segera. Sepanjang malam di rumah, Afina lebih banyak berkurung di dalam bilik. Dia teringatkan keputusan Puan Sri yang mahu dia berkahwin dengan Adrian. Syaf pula yang pelik dengan sikap Afina cuba menelefonnya berkali-kali namun tidak di jawab oleh Afina.
Episode 6 - SELASA , 19 NOVEMBER
Adrian menunggu Tan Sri di dalam bilik office sampai tertidur kerana Tan Sri bermesyuarat. Adrian cuba lagi memujuk Tan Sri tetapi tak jalan juga. Adrian memberitahu yang dia belum bersedia untuk memikul komitmen sebagai suami tambahan pula dengan perempuan nerd dan dia langsung tak kenal. Tan Sri berkata dia sudah memberi banyak peluang pada Adrian tetapi sikap Adrian yang playboy itu tidak pernah berubah. Bukan setakat playboy, PA Adrian juga sentiasa bertukar ganti kerana semua pilihannya adalah di kalangan yang seksi walaupun tidak mempunyai kelayakan yang setaraf. Apabila Adrian keluar dari office Tan Sri, dia kembali ke biliknya. PA Adrian, maya yang teramat seksi menunjukkan deretan jambangan bunga yang diterima Adrian. Semua bunga itu adalah daripada girlfriend-girlfriend Adrian yang berebut mahu menjadi yang terawal menghantar ucapan walaupun hakikatnya birthday Adrian adalah esok.
Episode 7 - RABU , 20 NOVEMBER
Suatu pagi, Fisya menahan Afina di hadapan biliknya. Dia cuba provoke Afina untuk terima Adrian. Katanya hanya perempuan bodoh sahaja yang tidak mahu terima Adrian, seorang yang hensem dan kaya raya serta digilai ramai wanita. Afina menjawab yang dia tidak pernah memandang itu semua kalau perangai lelaki itu sendiri macam buaya. Fisya hanya ketawa dan berkata dia tak kisah pun kalau Afina kahwin dengan Adrian kerana yang penting dia dah ‘rasa’ Adrian dahulu. Petang itu Fisya sedang berjalan dengan seorang lelaki di shopping complex. Ketika sedang memilih baju Fisya minta diri ke tandas. Ketika ke tandas itulah dia bertembung dengan Nazri. Nazri tersengih-sengih pandang Fisya namun Fisya buat bodo je. Nazri tunggu sampai Fisya keluar tandas dan menegur Fisya. Nazri minta number telefon Fisya tetapi di balas dengan hinaan. Fisya cakap tak mungkin dia terima ‘sotong’ jadi boyfriend dia, tambahan pula setakat kerja sebagai promoter nak suruh beli lipstik dia pun tak mampu agaknya.
Episode 8 - KHAMIS, 21 NOVEMBER
Puan Sri dan Tan Sri tersenyum gembira mengantung frame gambar perkahwinan Adrian dan Afina. Mereka berdua telah berkahwin dalam satu majlis yang grand di sebuah hotel mewah. Sementara di dalam bilik tidur pula, Adrian membuat pengakuan di depan Afina yang dia tidak pernah teringin pun dengan perempuan macam Afina tetapi dia terpaksa ikutkan semua kehendak Puan Sri dan Tan Sri semata-mata kerana mahu menjadi CEO syarikat. Selepas semua saham dipindah milik ke atas namanya dan dia di lantik menjadi CEO, perkahwinan mereka akan difikirkan semula. selepas Adrian keluar dari bilik, Afina menangis. Namun dalam hati dia bertekad untuk cuba sehabis mungkin memikat hati Adrian dan menjadi isteri yang taat. Adrian memberitahu Puan Sri dan Tan Sri yang dia telah membeli sebuah apartment mewah dan mahu belajar hidup berdikari. Petang itu juga Adrian membawa Afina pindah dari rumah Tan Sri ke apartment mereka. Adrian bijak berlakon.
Episode 9 - ISNIN, 25 NOVEMBER
Adrian mengamuk sakan di office apabila mengetahui PA nya di pecat lagi oleh Puan Sri. Puan Sri memberi alasan dia tidak berkenan dengan PA Adrian yang seksi. Puan Sri berkata mulai hari itu Puan Sri sendiri akan mencarikan PA untuk Adrian dan Adrian harus akur dengan siapa sahaja pilihan Puan Sri. Untuk seketika waktu itu tugas sebagai PA Adrian akan di pangku oleh Kak Hajar. Kak Hajar adalah PA Tan Sri yang sangat baik. Telah lama dia berkhidmat dengan Kiara Emas. Sebelah malamnya Puan Sri berbincang dengan Tan Sri seandainya dia boleh menawarkan jawatan PA itu kepada Afina. Ini boleh dijadikan sebagai usaha mereka untuk merapatkan hubungan antara Adrian dengan Afina. Tan Sri tidak membantah sebaliknya menyuruh Puan Sri tidak mendesak Afina sekiranya Afina tidak mahu menerima tawaran itu.
Episode 10 - SELASA , 26 NOVEMBER
Adrian berdebar menunggu PA baru yang dipilih oleh Puan Sri. Ke hulu ke hilir dia di dalam pejabat. Ini adalah kali pertama Puan Sri masuk campur dalam urusan memilih PA. Seketika kemudian pintu biliknya di buka dan Afina masuk bersama Kak Hajar. Kak Hajar memberitahu atas arahan Puan Sri, Afina akan menjadi PA Adrian. Selepas Kak Hajar keluar, Adrian memarahi Afina semahunya sehingga dia meludah wanita itu. Afina bersabar dalam hati. Dia sedih. Demi mengurangkan rasa sedih itu, ketika makan tengahari Afina ke Cinta Florist sambil membawa makanan. Kak Faz dapat merasa yang Afina seperti berpura-pura sedang bahagia. Kak Faz sengaja menasihatkan Afina dan Syaf yang seorang isteri amat mudah untuk masuk syurga hanya perlu taat pada suami, jaga solat, jaga puasa dan jaga kehormatan diri di akhirat kelak pilihlah mana-mana pintu untuk masuk ke syurga. Namun begitu ketaatan itu adalah selagi tidak bercanggah dengan agama dan tidak memudaratkan diri sendiri.
Episode 11 - RABU , 27 NOVEMBER
Mengisahkan Afina, seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Adrian seorang playboy.Pelbagai perkara terjadi diawal perkenalan mereka berdua. Ibu Adrian tertarik dengan penampilan Afina maka dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan ingin menarik diri .Akhirnya Afina dan Adrian berkahwin kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri. Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Perkara yang tidak diduga berlaku, Afina telah terlibat dalam kemalangan. Semuanya mula berubah. Apakah yang berlaku kepada pasangan ini?
Episode 12 - KHAMIS, 28 NOVEMBER
Afina mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala dan koma selama dua minggu. Sehari selepas Afina accident, Fisya memberitahu yang dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ada rakannya di New Zealand yang menguruskan semuanya. Fisya pura-pura sedih kerana tidak dapat menunggu sehingga Afina sedar. Azizah dan Rahim terpaksa melepaskan Fisya pergi walaupun Rahim lebih suka Fisya menyambung belajar di dalam negara sahaja. Doktor Fadhil mengesahkan yang Afina hilang separuh ingatan akibat kemalangan itu. Sepanjang Afina koma, Puan Sri menyuruh Adrian menjaga Afina di wad. Namun begitu ketika Afina sedar, Afina tidak mengenali Adrian pula. Ingatannya terbatas sehingga selepas dia tamat pengajian sahaja. Apa sahaja yang berlaku selepas itu dia langsung tidak ingat. Puan Sri kelihatan sangat sedih namun tetap berusaha membantu Afina mengingat siapa Adrian.
Episode 13 - ISNIN, 2 DISEMBER
Afina termenung seorang diri di rumah. Dia tidak percaya bagaimana dia boleh membiarkan dirinya terjebak dalam permainan perkahwinan dengan Adrian. Dan Afina juga bingung untuk apa dia meminjam 50 ribu dari Adrian. Afina mahu bertanya kepada Azizah tetapi dia takut Azizah juga tidak tahu dan tidak pasal-pasal mungkin akan membocorkan satu rahsia pula. Afina teringatkan Syaf. Syaf menyambut Afina dengan pelukan apabila Afina tiba-tiba muncul di Cinta Florist. Syaf meminta maaf kepada Afina kerana tidak sempat melawat Afina di hospital ketika Afina sedar dari koma kerana ketika itu ibunya juga menjalani pembedahan di hospital. Syaf mengucapkan terima kasih kepada Afina dan Adrian kerana memberikan 50 ribu kepadanya tempoh hari. Dari kata-kata Syaf, Afina lega kerana persoalannya tentang 50 ribu terjawab juga. Afina kemudiannya bertanya kepada Syaf samada dia tahu bagaimana dirinya boleh berkahwin dengan Adrian? Syaf terkejut.
Episode 14 - SELASA, 3 DISEMBER
Di dalam kereta Puan Sri tersentak apabila Afina bertanya kepadanya bagaimana dirinya boleh berkahwin dengan Adrian. Menurut Puan Sri jawapan kepada persoalan itu hanya ada pada diri Afina sahaja. Apapun menurut Puan Sri mereka berdua mempunyai misi yang sama iaitu mahu menarik Adrian keluar dari dunia gelapnya. Dan atas dasar itulah Afina menerima kerja sebagai PA Adrian dahulu. Puan Sri merayu kepada Afina untuk kembali menjadi PA Adrian sekali lagi. Afina terkejut, selepas itu barulah dia faham ‘PA baru’ yang di sebutkan Puan Sri pada Adrian adalah dirinya sendiri. Puan Sri membawa Afina untuk bersarapan di sebuah coffee house mewah. Ketika dia mahu ke tandas dia telah terlanggar Dalia, seorang lagi girlfriend Adrian. Dalia kenal Afina sebagai PA King. kemudian Dalia dengan gediknya berlagak menyuruh Afina mengangkat glassesnya yang terjatuh ke lantai. Afina bengang, dia tidak angkat sebaliknya menendang glasses itu ke arah Dalia.
Episode 15 - RABU , 4 DISEMBER
Adrian menarik Afina masuk ke dalam biliknya dengan wajah masam. Kemudian kedengaran dia seperti bertekak dengan Puan Sri di telefon kerana dia kecewa Puan Sri janji nak berikan PA yang baru. Dia tidak mahu Afina bekerja di situ. Selepas terpaksa mengalah dengan Puan Sri, Adrian serang Afina pula. Dituduhnya macam-macam kononnya Afina baik dengan mummy dia semata-mata mahu mengikis harta keluarga mereka. Mereka berdua bertegang leher masing-masing tidak mahu mengalah. Adrian pula bertambah bengang kerana Afina kini sudah pandai melawan. Kalau dahulu hendak dengar suara pun susah. Pertengkaran mereka di bawa sampai ke rumah. Ada sahaja perkara yang menimbulkan pertengkaran pada mereka. Adrian pula sengaja mahu memalukan Afina dengan mengatakan yang dahulu Afina selalu menggodanya. Afina sakit kepala untuk ingat semua itu tetapi dia membalas kembali kalau dia cuba goda Adrian sekalipun tidak kisahlah sebab diakan isteri Adrian. Ketika itu Adrian hilang kata-kata.
Episode 16 - KHAMIS, 5 DISEMBER
Pagi itu Afina tersedar dari tidurnya apabila telefonnya tidak henti berdering. Dia tengok jam baru pukul 6 pagi. Afina terpaksa mengangkat panggilan itu kerana di skrin tertera nama mummy. Sebaik angkat telefon terus Puan Sri tanya samada Adrian dah bangun dari tidur atau belum. Afina yang tengah mamai pula terus je jawab tak tahu. Ketika itu Puan Sri terkejut dan hampir sahaja bocor rahsia yang mereka tidak tinggal sebilik. Menyedari kesilapannya, Afina cepat-cepat memberitahu dia nak check Adrian dalam bilik air dan akan telefon Puan Sri semula. Puan Sri hanya nak pastikan Adrian pergi meeting pagi itu kerana Adrian selalu tidak mahu pergi meeting di tempat jauh. Afina terpaksa masuk ke bilik Adrian. Dia lihat Adrian tiada di katil. Dia mahu menjengah ke bilik air dan ketika itu Adrian pun keluar. Adrian marah sebab Afina masuk ke biliknya namun dia semakin terpikat pula apabila melihat rambut Afina yang sudah panjang. Sebelum ini Afina lebih banyak berkurung di bilik.
Episode 17 - ISNIN, 9 DISEMBER
Adrian asyik moody sahaja sepanjang di office. Dia teringatkan hubungan mesra Afina dengan Fahmi. Sekejap-sekejap dia tekan interkom suruh Afina masuk ke biliknya. Ada sahaja yang disuruh Afina buat. Dia suruh Afina kemaskan fail sedangkan semua fail sudah tersusun. Kemudian dia suruh Afina vakum dalam biliknya padahal itu semua kerja cleaner. Afina ikut je arahan Adrian, malas nak bertekak. Sebenarnya semasa Afina buat kerja, Adrian akan mencuri pandang ke arah Afina. Ketika Afina sedang berehat di mejanya, Fahmi datang dengan membawa sekeping sampul surat. Di dalamnya ada beberapa keping gambar kandid Afina semasa konvo tempoh hari. Fahmi kemudiannya bertanya kepada Afina samada Afina sudah mempunyai boyfriend atau belum. Afina mahu menjelaskan yang dia sudah beristeri tetapi belum sempat dia habis cakap, seorang staf datang memanggil Fahmi.
Episode 18 - SELASA, 10 DISEMBER
Afina bersarapan seorang diri di cafe syarikat mereka. Ketika dia bangun dari kerusi, dia bertembung dengan Adrian. Mereka berdua terpaku. Menyedari ada beberapa orang lelaki menjeling-jeling ke arah Afina, Adrian pun segera memegang tangan Afina. Mereka berjalan beriringan menuju ke lif untuk ke pejabat. Afina mahu menarik tangannya tetapi di pegang kemas oleh Adrian. Adrian memberi alasan yang Tan Sri sudah pulang dari Jepun dan masuk office hari ni jadi dia tidak mahu Tan Sri nampak mereka seperti anjing dan kucing. Ketika menunggu lif, Fahmi nampak hubungan mesra Afina dan Adrian dan ketika itu Afina berharap yang Fahmi dapat menerima statusnya sebagai isteri Adrian dan tidak lagi mengganggunya. Sampai di atas, kak Hajar tidak henti-henti mengusik Afina kononnya dia nampak Afina dan Adrian berseri-seri seperti baru berkahwin.
Episode 19 - RABU, 11 DISEMBER
Kejadian di pejabat Datuk Hashim menjadi trauma pada Afina. Dia selalu meracau dalam tidur dan Adrian akan memeluk dia dan mententeramkan dia. Adrian berasa sangat bersalah di atas apa yang telah berlaku. Situasi sebegitu sebenarnya telah menambahkan rasa kasih sayang antara mereka cuma masing-masing takut untuk mengakuinya. Selagi Afina tidak masuk pejabat, selagi itu juga Adrian tidak sedap hati mahu ke pejabat. Di rumah, Tan Sri menyuruh Puan Sri pergi melawat Afina kerana Adrian beritahu Afina tidak sihat dan alasan itulah dia juga tidak pergi kerja. Keesokkan harinya, Puan Sri pun melawat Afina di rumah, ketika itu Adrian keluar membeli makan. Afina merahsiakan apa yang telah terjadi dan memberitahu yang dia hanya demam biasa. Puan Sri pula spontan pegang perut Afina, meneka kalau-kalau Afina mengandung. Menurut Puan Sri, dia perasan yang Adrian sudah berubah sedikit. Tidak ada lagi girlfriend-girlfriendnya yang datang ke rumah atau mencarinya di pejabat seperti dahulu.
Episode 20 - KHAMIS, 12 DISEMBER
Afina mengalami luka di bahagian dahi dan terpaksa tinggal seminggu di wad. Tanpa sesiapapun tahu sebaik sahaja Afina sedar dia sudah pulih sepenuhnya dari amnesia. Menurut Dr. Fadhil ini adalah sesuatu yang menakjubkan dan terjadi dengan kuasa Allah kerana dia sendiri tidak menyangka Afina akan pulih secepat ini. Bagaimanapun Afina meminta Dr. Fadhil merahsiakan perkara itu dari semua ahli keluarganya. Afina mula mengingat kembali bagaimana dia boleh berkahwin dengan Adrian. Jawapan yang hanya ada pada dirinya sahaja. Semuanya bermula ketika dia mendapat tahu Adrian adalah pemilik kepada ketiga-tiga rumah anak yatim yang Cinta Florist dapat tender untuk hantar hamper. Ketika itu kak Sal, pengetua rumah itu yang memberitahu. Menurut kak Sal, Adrian seorang yang amat penyayang. Dalam seminggu dia akan pastikan dia melawat rumah itu sebanyak tiga kali dan anak-anak di situ sangat sayangkan dia.
Episode 21 - ISNIN, 16 DISEMBER
Afina mula resah apabila botol yang selalu dia tanam tidak berada di situ. Puas dia menggali di serata kawasan itu tetapi tidak juga jumpa.
Episode 22 - SELASA, 17 DISEMBER
Adrian menceritakan siapa sebenarnya Sarah dan bagaimana dia boleh berubah menjadi seorang buaya darat.
Episode 23 - RABU, 18 DISEMBER
Afina duduk di mejanya sambil menangis. Bayangan cuba diperkosa oleh Datuk Hashim menganggu fikiran membuatkan dia sedikit trauma. Kak Hajar membantu Afina untuk bertenang.
Episode 24 - KHAMIS, 19 DISEMBER
Adrian yakin Dalia yang menghantar bunga kepada Afina dengan rancangan supaya Adrian curiga pada Afina. selepas Dalia keluar dari Cinta Florist, Adrian terus masuk ke dalam dan bertanya adakah perempuan itu yang menjelaskan bil bunga untuk Afina?
Episode 25 - ISNIN, 23 DISEMBER
Keluarga Rahim menerima Fisya kembali dengan penuh kesyukuran tambahan pula Fisya memberitahu yang dia berfikir untuk balik terus ke malaysia. Katanya dia mahu menghabiskan pengajiannya di malaysia sahaja
Episode 26 - SELASA, 24 DISEMBER
Pergerakan Fisya di rumah itu diperhatikan oleh Nazri dari jauh. Di tangannya dia pegang gambar Fisya dan kemudiannya seperti orang psiko, Nazri ambil sebatang pen dan mencucuk ke muka Fisya.
Episode 27 - RABU, 25 DISEMBER
Afina terbang ke penang berjumpa dengan Syaf. Syaf mengagak yang Afina mempunyai masalah rumahtangga dengan Adrian tetapi buat masa itu Afina tidak bersedia untuk menceritakan apa-apa kepada Syaf.
Episode 28 - KHAMIS, 26 DISEMBER
Syaf telah mengambil alamat emel Adrian di youtube dan berhasrat untuk menghantar emel kepada Adrian. Dalam hatinya, Syaf mahu menceritakan segala-galanya pada Adrian. Dia sudah tidak sanggup melihat Afina merana disebabkan oleh Fisya.
GAMBAR GAMBAR PELAKON PLAYBOY ITU SUAMI AKU (TV3)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7TxVnZERUXMsV8PMmaqGujsUqSanmJ5qFY0F2pcFSAbo5vc0lN5iGbJ0AnAcINgFEgsJ0OP3xlVbrAJtxBVasR4wzaBtKBKV4s9oeZZvsA9ZicOjSuYhNKWjieT2dI_i8jOtGxOvhtco9/s1600/Playboy+Itu+Suami+Aku.png)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar