cooltext1867925879

~~ Mudahnya peluang usaha ~~

SUSU KAMBING ETAWA BUBUK 2015

E.A.P Teknologi BPTP YOGYAKARTA

header

1419847472700532415 ETAA  

Untuk itu awali tahun baru Anda dengan berwirausaha dan kembangkan bakat kewirausahaan Anda dengan bergabung bersama

header

~~SUSU KAMBING ETAWA BUBUK Ijin Edar LPPOM 12040002041209 E.A.P Teknologi BPTP YOGYAKARTA ~~

Halal MUI

Ibu Eri Sulistyowati Telp/sms 089651095115 Pin 28823f03

~~ PELUANG USAHA 2015 ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~

  1. Bisnis paling menjanjikan dengan laba 100% milik sendiri tentunya akan sangat menarik untuk dijalani. ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~
  2. sebuah usaha kemitraan yaitu ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~
  3. membuka sebuah penawaran paling hot di Awal tahun 2015 yaitu paket kerjasama kemitraan dengan anggaran biaya @20.000 /kotak' (partai ecer) Untuk grosir bisa MendapatkanHarga hingga @15.000 WOOOW dengan mendapatkan benefir semua kelengkapan usaha.
  4. Anda bisa langsung usaha ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~ dengan investasi yang ringan.
  5. Pada tahun 2015 banyak diprediksi bahwa usaha ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~ masih sangat menjanjikan.
  6. Disamping pangsa pasar yang luas jenis usaha ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~ juga banyak diminati. Konsumen yang tiada habisnya akan banyak menyedot perhatian bagi pemilik investasi.
  7. Untuk itu jangan buang kesempatan ini, mari segera bergabung bersama kami dan rasakan sendiri manfaat laba untuk Anda.

Tunggu apalagi, ambil telepon Anda dan hubungi kami melalui sms,bbm maupun email susukambingeta@gmail.com. Jika Anda masih ragu, konsultasikan dahulu dengan kami dan akan kami jelaskan mekanismenya. Proses yang sangat mudah dan tidak berbelit-belit akan memudahkan Anda dalam menjalani usaha ini. Kami tunggu Anda sekarang untuk bermitra bersama kami dan semoga kita biosa menjadi mitra bisnis yang saling menguntungkan. Koperasi Etawa Mulya didirikan pada 24 November 1999 Pada bulan Januari 2011 Koperasi Etawa Mulya berganti nama menjadi Etawa Agro Prima. Etawa Agro Prima terletak di Yogyakarta. Agro Prima merupakan pencetus usaha pengolahan susu yang pertama kali di Dusun Kemirikebo. Usaha dimulai dari perkumpulan ibu-ibu yang berjumlah 7 orang berawal dari binaan Balai Penelitian dan Teknologi Pangan (BPTP) Yogyakarta untuk mendirikan usaha pengolahan produk berbahan susu kambing. Sebelum didirikannya usaha pengolahan susu ini, mulanya kelompok ibu-ibu ini hanya memasok susu kambing keluar daerah. Tenaga kerja yang dimiliki kurang lebih berjumlah 35 orang yang sebagian besar adalah wanita. Etawa Agro Prima membantu perekonomian warga dengan mempekerjakan penduduk di Kemirikebo.

~~ Mudahnya peluang usaha ~~

SUSU KAMBING ETAWA BUBUK 2015

Ibu Eri Sulistyowati Telp/sms 089651095115 Pin 28823f03

~~ PELUANG USAHA 2015 ~~

~~SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~

cooltext1867925879
application apk free download: Desember 2013

Selasa, 31 Desember 2013

Yusry & Lisa Kekasih Abadi


Single pertama keluaran KRU Music tahun 2014. Lagu berjudul Kekasih Abadi nyanyian pasangan suami isteri iaitu Yusry Abdul Halim & Lisa Surihani. Lagu ciptaan Edry ini akan digunakan sebagai lagu tema bagi sebuah program TV "Pasport Cinta Yusry Lisa’ yang bakal disiarkan di RTM 2 mulai bulan Mac 2014 nanti. Nantikan lagu ini dicorong radio dan YouTube KRU Music pada 8 Januari 2014. Pendengar boleh dapatkan lagu sekarang di iTunes.

LIRIK LAGU KEKASIH ABADI - YUSRY & LISA SURIHANI

Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh kau hiasi dunia
Syukur kerana Dia mendengar doa-doaku

Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
Semua impian yang ku damba menjadi nyata

Tak perlulah lagi ku bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
Untuk kekal sehidup semati

Tak perlulah ku memeluk angan
Kini kau ada erat di dalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih abadi

Jika ditakdirkan pergi bersama
Ambillah hembus nafas terakhirku
Agar tak merasa bagaimana hidup tanpamu

Bersama kita cekal membina
Sebuah istana yang terindah
Di sana kasih kita bersemadi


*best kan lagu ni

Minggu, 29 Desember 2013

Drama Besan 3 Segi (TV3)


Drama terbaru berjudul Besan 3 Segi bakal menemui penonton di kaca TV tidak lama lagi. Drana ini akan mula bersiaran di saluran TV3 mulai 6 Januari 2014. Cerita ini mengisahkan kehidupan yang penuh dengan onak dan duri dalam hidup berkeluarga.


JUDUL : Besan 3 Segi
EPISOD : 20 Episod
BERMULA : 6 Januari 2014
SIARAN : Setiap Isnin dan Selasa di TV3
JAM : 10.30 pagi
PELAKON : 


PELAKON 













Sabtu, 28 Desember 2013

Drama KALIMAH JIWA (TV3)



Drama siri terbaru berjudul “Kalimah Jiwa” akan mula bersiaran mulai 1 Januari 2014 di Slot Azalea TV3. Drama diarahkan oleh Mohd Fadli ini dilakonkan oleh Nazim Othman, Nabila Dally, Amar Baharin, Raja Ilya dan ramai lagi. Drama siri 20 episod yang diterbitkan oleh Rumah Karya Citra. Saksikan drama KALIMAH JIWA menerusi slot Azalea setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang hanya di TV3. Boleh juga menyaksikan drama ini di www.tonton.com.my.

Judul : Kalimah Jiwa
Episod : 20 episod
Siaran : Slot Azalea TV3
Hari : Isnin hingga Khamis
Jam : 4.00 petang
Pengarah : Mohd Fadli
Skrip : Erma Fatima
Pelakon : Nazim Othman, Nabila Dally, Amar Baharin, Raja Ilya
Terbitan : Rumah Karya Citra

SINOPSIS Drama KALIMAH JIWA 

“Kalimah Jiwa” berkisar tentang persengketaan antara Aniq dan adiknya Afiq yang melibatkan perebutan harta. Ibu mereka iaitu Puan Akila lebih mempercayai Aniq kerana Aniq berjaya membawa syarikatnya menjadi syarikat paling berjaya di Malaysia. Manakala, syarikat yang dikendalikan oleh Afiq mengalami kerugian teruk dan terpaksa menanggung hutang yang banyak. Semuanya adalah kerana Afiq tidak serius dan lebih banyak menghabiskan masa berpoya-poya.

Aniq mempunyai kekasih bernama Aina Sofea. Ketika tarikh majlis pernikahan Aniq dan Aina semakin hampir, Tiara muncul dan mengaku sebagai kekasih Aniq. Malah Tiara turut memberitahu bahawa dia kini sedang hamil hasil hubungan dengan Aniq. Seluruh ahli keluarga terkejut dengan pengakuan Tiara. Majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan dan Aniq pula menghilangkan diri ke Europe untuk mencari ketenangan diri.

Musibah yang berlaku ini menyebabkan Afiq disuruh berkahwin dengan Aina demi mengelakkan keluarga kedua-dua belah pihak malu. Afiq menerima Aina bukanlah atas dasar cinta tetapi kerana dendam Afiq pada Aniq yang sentiasa sempurna di mata ibunya. Dengan mendapatkan Aina, Afiq begitu yakin bahawa syarikat yang diteraju oleh abangnya akan jatuh ke tangannya.

Selepas berkahwin, Afiq mula menyedari Aina adalah seorang wanita yang baik. Afiq mula jatuh cinta pada Aina dalam diam. Tambahan pula, sikap Afiq juga dilihat semakin berubah menjadi lebih baik apabila Aina disahkan mengandung.

Sementara itu, Tiara telah pergi ke Europe untuk bertemu Aniq. Rupanya Tiara merupakan pelayan kelas atasan dan dia telah dibayar oleh Aniq untuk membuat pengakuan tipu di hadapan keluarga Aniq dan Aina. Tiara sememangnya tidak tahu mengapa Aniq sanggup melukakan hati keluarganya dan Aina. Apabila Aina mengekori Aniq, barulah dia tahu sebenarnya Aniq pergi ke Europe untuk mendapatkan sum-sum tulang yang sesuai untuk dirinya kerana jangka hayat Aniq semakin pendek akibat mengalami penyakit kanser darah.

Tiara rasa bersalah dengan upah yang diterimanya. Memang selama ini dia bekerja untuk duit tapi kali ini dia tidak mampu menerima duit Aniq atas kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh Aniq. Kemudian,  Tiara membuat keputusan untuk sentiasa berada di sisi Aniq dan membantu Aniq melalui hari hari sukarnya sepanjang dia berada di Europe.

Penyakit Aniq semakin tidak stabil. Sehingga kini masih tidak ada pemindahan yang sesuai untuk membantu mengubati kanser darah yang dihidap oleh Aniq. Kemudian Aniq membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga sebelum menghembuskan nafas terakhir. Selain itu, Aniq juga merasakan ada sesuatu yang harus dilakukannya untuk keluarganya. Setibanya Aniq di rumah, semua ahli keluarga gembira dengan kepulangan Aniq yang mengejut itu. Tetapi tidak bagi Afiq. Afiq mula rasa terancam dan merasakan Aniq pulang untuk merampas haknya serta ingin menuntut cinta Aina.

Keadaan bertambah runcing apabila Aniq tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup. Afiq pula perasan dengan perubahan sikap Aina sejak Aniq muncul semula. Adakah Aina masih setia mencintai Aniq? atau cinta Aina sudah beralih arah pada suaminya? Dapatkah Aniq diselamatkan dari derita penyakit kanser darah?




Sabtu, 21 Desember 2013

Drama Aku Ada Wali (TV Alhijrah)


Drama bersiri Aku Ada Wali akan memulakan penyiaran mulai 14 Januari 2014 di Tv AlHijrah. Berbeza mengikut trend kini yang mengadaptasi Novel kepada drama, drama sebanyak 13 episod ditayangkan terlebih dahulu sebelum novelnya dikeluarkan di pasaran. Penulis novelnya ialah Fatimah Syarha Mohd. Noordin yang juga seorang penulis novel Seindah Mawar Berduri. Drama ini menampilkan beberapa pelakon tersohor seperti Siti Saleha dan Zahiril Adzim. Menarik juga boleh diperhatikan melalui drama ini, dimana lokasi pengambaran dilakukan diluar negara iaitu Seoul dan Busan. Pengarah drama ini ialah Aidilfitri Mohamed Yunos. 

Tajuk : Aku Ada Wali
Masa : Setiap Selasa pukul 10 malam.
Episod : 13 episod
Tarikh : 14 Januari 2014
Saluran : TV Alhijrah
Pelakon : Siti Saleha, Shawal Ruslan, Aida Jebat, Zahiril Adzim, Zoey Rahman, Sabhi Sadhi, Kathy Azian, Puteri Chi Chi
Pengarah: Aidil Fitri Mohamed Yunos
Penerbit: Tsar Asia Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif: Wan Sariah & Aidil Fitri MY


SINOPSIS AKU ADA WALI

Aku Ada Wali berkisarkan mengenai cara mengurus cinta yang tiba belum pada masanya. Ia juga berkisarkan mengenai persahabatan dan kekeluargaan. Seorang gadis yang baik dalam persahabatan sentiasa membimbing, menyelesaikan masalah dan mengambil berat perihal kawan. Rakan-rakan bukan Muslim juga sangat menyenanginya.

Gadis yang dimaksudkan ialah Khazinatul Asrar yang juga pemimpin pelajar yang rutinnya sangat sibuk dengan pelajaran, program persatuan, usrah dan sukan. Dia meletakkan prioriti di alam kampus untuk fokus mencintai Allah. Cinta Agung itu menjadi sumber penggerak untuknya bermotivasi tinggi mencintai ilmu, menggilap kepimpinan diri dan memimpin warga kampus.

Dia menjadi kegilaan rakan sekelasnya, Tsabit kacukan Libya-Melayu yang mencuba memikatnya dengan pelbagai taktik. Namun Khazinatul Asrar berjaya menolaknya. Dia juga disukai seorang pelajar perubatan, Mukhlisin. Jejaka ini menggunakan Hijriah, rakan sebilik Khazinatul Asrar untuk menghantar nota misteri kepadanya.

Bagaimanapun, Khazinatul Asrar tidak memberi peluang kepada lelaki itu untuk berkawan dengannya. Asraf, keluarga angkat gadis ini pula sering menghantar surat dari Turki tetapi sampai ke tangan Hijriah. Surat itu dibalas Hijiriah kerana dia tidak mahu sesiapa menjadi penghalang antara Khazinatul Asrar dengan Mukhlisin.

Khazinatul Asrar juga diuji dengan tingkah laku Hijriah, namun tanpa rasa jemu dan bosan, dia membimbing Hijriah supaya kembali ke pangkal jalan.






FORTEEN Tidak Pernah Berjumpa


Tidak Pernah Berjumpa merupakan lagu track ke-2 yang terdapat pada album terbaru kumpulan Forteen berjudul Kita. Di dalam album mereka terdapat 6 buah lagu

Tracklist Kita - EP | FORTEEN
1. Kita
2. Tidak Pernah Berjumpa
3. Dikau Saja
4. Berdua Bersatu
5. Ketika Ini
6. Seperti Dulu

MAXIS CRT
Verse: 341851
Chorus: 341849

DIGI CT
Verse: 1307417
Chorus: 1307416


CELCOM CMT
Verse: 204192
Chorus: 204191


U MOBILE CT
Verse: 507339
Chorus: 507338


LIRIK LAGU Tidak Pernah Berjumpa - FORTEEN

Andainya kita tidak pernah berjumpa
Mungkin bisakah aku mengenali cinta cinta
Andainya kita tidak pernah bertemu
Mungkin bisakah aku tahu erti rindu tahu erti rindu

Sayangku
Wooooo

Andainya kita tidak pernah berjumpa
Mungkin bisakah aku berasa bahagia...berasa bahagia...

Wooo

Andainya kita tidak pernah berjumpa

Tak kenal cinta
Tahu erti rindu
Terasa bahagia

Wooo

Andainya kita tidak pernah berjumpa

Tidak pernah berjumpa




Jumat, 20 Desember 2013

Drama Aku Bukan Mistress (TV3)


Aku Isterinya merupakan tajuk awal drama adaptasi daripada Novel Aku Bukan Mistres sebelum ditukar kembali kepada nama asal novel terbsebut. Drama ini akan bersiaran di slot Akasia TV3 mulai 2 April 2014. Kisah percintaan ini pastinya ditunggu peminat novel dan juga penonton setia slot Akasia. Pelakon utama drama ini ialah Izzue Islam dan Anzalna Nasir hasil arahan Fairuz Loy. Drama ini akan bersiaran selepas berakhirnya drama Jika Itu Takdirku di Slot Akasia. Jangan lupakan nantikan Drama Aku Bukan Mistres  setiap Isnin hingga Khamis di TV3.

*Tajuk awal drama ini 'Aku Isterinya' digunakan semula kerana tajuk novel 'Aku Bukan Mistress' tidak dibenarkan kerana penggunaan bahasa campur.

TAJUK : Aku Isterinya
TARIKH : 2 April 2014
EPISOD : 28 episod
SIARAN : ISNIN hingga KHAMIS, Slot AKASIA di TV3
MASA : 7pm - 8pm
PENGARAH : Fairuz Loy
PENULIS NOVEL : Acik Lana
TERBITAN : Global Station
PELAKON : Izzue Islam, Anzalna Nasir, Syazwan Zulkifli, Eizlan Yusof, Marissa Jasmin, Mardiana Alwi, Siti Elizad, Shakilla Khoriri, Mohd Fazren

LAGU TEMA OST : Sebuah Maksud
ARTIS : Sixth Sense

WATAK PELAKON:
Mikail - Izzue Islam
Mya Arlissa - Anzalna Nasir
Adam - Syazwan Zulkifli
Lisa - Elizad Sharifuddin
Datuk Luthfi - Eizlan Yusof
Datin Adiba - Marissa Jasmin
Mardiana Alwi


VIDEO PROMO





SINOPSIS AKU ISTERINYA :

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

GAMBAR PELAKON DRAMA AKU ISTERINYA aka AKU BUKAN MISTRESS






















Kamis, 12 Desember 2013

Starship Planet Snow Candy English Translation Lyrics


Lagu gabungan K.Will & Sistar & Boyfriend

Starship Planet 2013 (스타쉽플래닛)
Release Date: 2013.12.13
Genre: Pop
Language: Korean
Bit Rate: MP3-320kbps
Track List:
01. 눈사탕 (Snow Candy)

02. 눈사탕 (Snow Candy) (inst.)

Starship Planet – Snow Candy English Translation Lyrics

Mon, Tues, Wed, Thurs, Fri, Sat, Sun – a whole week isn’t even enough
I beg you to meet me several times a day

Even when I stub my toe on the corner of a wall, I laugh by myself
Is this what they call love? Like a hidden picture puzzle, I’ve waited
To fall in love with the magical you

Why did we meet now? Where were you and what were you doing?
I looked all over the world for you, for my love
You’re sweet like candy and dazzling like a gem
I found you, the love of my dreams

Your white and shining face becomes even whiter when winter comes boy
We made a snowman with the snow on the playground like a toy
I want to tightly hold your hand inside your jacket without being jealous of anyone else
I want to stand tall and walk this white street with you

Like finding treasure underneath a tree when I was a kid
I found you out of the many people

I love you

What have you been doing? Where have you been hiding?
I looked all over the world for you, for my love
You’re sweet like candy and dazzling like a gem
I found you, the love of my dreams

Our love can be expressed as a hidden picture puzzle
I found the reason why I couldn’t see in front of me no matter how hard I tried
It’s slightly cringe-worthy and embarrassing but because I’m a man
I’ll be a man and confidently say
It’s because you are shining in front of me

In order to recognize you, I practiced love for all that time
Look at me
It was all you

I will also only look at you and only love you
I looked all over the world for you, for my love

You’re sweet like candy and dazzling like a gem
I found you, the love of my dreams


Rabu, 11 Desember 2013

GAMBAR EMMA MAEMBONG BERTUDUNG


Emma Maembong atau nama sebenar Fatimah Rohani binti Ismail merupakan pelakon dan model yang kian meningkat dikenali. Pelakon cantik manis ini dilahirkan pada 27 March 1992. Emma Maembong berasal dari Terengganu mula dikenali dengan drama Kau Yang Terindah. 

Baru-baru ini Emma Maembong mula mendapat perhatian ramai apabila berpenampilan berhijab. Emma Maembong mula kelihatan bertudung untuk watak  dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!. 

GAMBAR EMMA MAEMBONG BERTUDUNG


































Cantik, anggun, muslimah