Single pertama keluaran KRU Music tahun 2014. Lagu berjudul Kekasih Abadi nyanyian pasangan suami isteri iaitu Yusry Abdul Halim & Lisa Surihani. Lagu ciptaan Edry ini akan digunakan sebagai lagu tema bagi sebuah program TV "Pasport Cinta Yusry Lisa’ yang bakal disiarkan di RTM 2 mulai bulan Mac 2014 nanti. Nantikan lagu ini dicorong radio dan YouTube KRU Music pada 8 Januari 2014. Pendengar boleh dapatkan lagu sekarang di iTunes.
LIRIK LAGU KEKASIH ABADI - YUSRY & LISA SURIHANI
Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh kau hiasi dunia
Syukur kerana Dia mendengar doa-doaku
Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
Semua impian yang ku damba menjadi nyata
Tak perlulah lagi ku bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
Untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah ku memeluk angan
Kini kau ada erat di dalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih abadi
Jika ditakdirkan pergi bersama
Ambillah hembus nafas terakhirku
Agar tak merasa bagaimana hidup tanpamu
Bersama kita cekal membina
Sebuah istana yang terindah
Di sana kasih kita bersemadi
*best kan lagu ni
Tidak ada komentar:
Posting Komentar