Sepanjang bulan Ramadhan nanti, Astro Oasis akan membawakan drama terbaharu bertajuk '30 Hari Puasa'. Drama sebanyak 30 episod ini dibintangi oleh ony Eusoff, Haeriyanto Hassan dan Sherie Merlis. Nantikan drama ini bersiaran mulai 28 Jun ini, setiap hari Isnin hingga Sabtu pada pukul 7 malam di saluran Astro Oasis 106.
JUDUL : 30 Hari Puasa
TARIKH : 28 Jun 2014 (Isnin-Sabtu - 7.00 malam)
SIARAN : Astro Oasis
PELAKON : Tony Eusoff, Haeriyanto Hassan & Sherie Merlis.
SINOPSIS 30 HARI PUASA
Terry, seorang bukan Islam yang menyewa rumah tumpangan mendapat kejutan apabila Berkat, tuan rumah beliau yang rumahnya ditenggelami air, memutuskan untuk memindahkan keluarganya ke rumah yang disewa Terry.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar