Peristiwa misteri kehilangan seorang remaja di Villa Nabila pernah menjadi siulan di kalangan masyarakat dan ianya difilemkan di layar perak hasil usaha pengarah muda Syafiq Yusof. Syafiq Yusof sebelum ini pernah menghasilkan dua buah filem hebat iaitu SAM dan Abang Long Fadil. Filem Villa Nabila bakal ditayangkan di pawagam mulai 15 Januari 2015 lakonan Pekin Ibrahim dan Tisha Shamsir.
TAJUK : VILLA NABILA
Tarikh Tayangan : 15 Jan 2015
Genre : Seram / Dokumentari
Pengarah : Syafiq Yusof
Pelakon : Pekin Ibrahim, Tisha Shamsir
Terbitan : Viper Studios
VIDEO TRAILER
Sinopsis Filem Villa Nabila
Filem ini berdasarkan kisah-kisah seram yang berlaku di sebuah rumah terbiar di Johor yang dinamakan Villa Nabila. Pengarah Syafiq Yusof memilih untuk menyampaikan kisah benar mengenai rumah tersebut dalam bentuk dokumentari. Filem ini bermula dengan kehilangan seorang remaja di rumah tersebut dan Syafiq menemubual beberapa individu yang mendakwa pernah mengalami peristiwa misteri di Villa Nabila untuk menjadikannya sebuah filem.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar