![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh92xszL_rwoom5VoYwusSVyiR5a7vjppdsuE0G5cYwf5ahswBx7SBh3-JILizo7e6ACqFHygZJRCh2bORWAqZm8q88mM92Mbn0ZWwbFbcifca4gOPfmgvp75ihmRUZ5fDPE3XQz5Pwgu8/s1600/Cahaya+Malaika.jpg)
Telefilem pertama untuk slot cerekarama TV3 bertajuk Cahaya Malaika akan menemui penonton pada hari Sabtu ini. Antara barisan pelakonnya ialah Que Haidar, Sharifah Shahora, Adik Luvvna dan ramai lagi. Saksikan telemovie yang meruntun jiwa ini bersiara pada 3 Januari 2015, jam 9.00 malam di TV3.
JUDUL : CAHAYA MALAIKA
TARIKH : 3 Januari 2015
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Ellyna Ahmad
PENGARAH : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
TERBITAN : Enuja Productions Sdn Bhd
PELAKON : Que Haidar, Sharifah Shahora, Adik Luvvna, Normah Damahuri,Riz Azmin, Roy Azman, Ku Faridah & Shazmeer Rasheed.
VIDEO PROMO
SINOPSIS CAHAYA MALAIKA
Mengisahkan Ezra (Que Haidar) seorang penulis yang menghadapi saat sukar untuk menghasilkan novel seterusnya dibebani hutang yang sekaligus mengheret isterinya Lily dan anak mereka Hanna hidup dalam kesusahan.
Ezra memulakan kehidupan baru dengan membawa keluarganya tinggal di kampung rumah peninggalan arwah ibunya, sekaligus menyelamatkan diri daripada ancaman Along. Namun dia tidak mengetahui yang Mak Ngah, adik kepada arwah ibunya mahukan rumah peninggalan itu untuk dijadikan rumah inap.
Kehidupan Ezra semakin sukar, dia gagal menyiapkan novelnya dan isterinya Lily pula mengambil keputusan meninggalkan Ezra dan Hanna untuk mengejar kekayaan dengan menjadi 'high class escort' di bandar.
Ezra mula rasa tertekan dengan kepayahan menjadi bapa tunggal membesarkan anaknya, ditambah dengan Mak Ngah yang mula bencikan Ezra hanya kerana rumah peninggalan tersebut. Dugaan Ezra tidak berhenti disitu, apbila beliau disahkan mengidap barah otak. Ezra bertekad untuk menghabiskan novelnya untuk menjamin masa hadapan Hanna dan dalam masa yang sama mahu terus melawan sakit dan haknya pada rumah peninggalan rumah arwah ibunya itu.
Akhirnya isterinya Lily menyedari akan kesilapannya meninggalkan Ezra dan Hanna mula merasakan kekayaan tidak menjamin kebahagiaannya. Dia mahu kembali semula kepada Ezra namun semuanya sudah terlambat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar