Slot Akasia TV3 akan diserikan pula dengan drama adaptasi novel Aku Bukan Mistress karya Acik Lana. Drama bersiri terbaru ini akan menggunakan tajuk AKU ISTERINYA yang bakal menghiasi kaca televisyen bermula 31 Mac 2014 menggantikan drama Jika Itu Takdirku. Drama siri romantik ini dibintangi oleh dua pelakon utama iaitu Izzue Islam sebagai Mikail dan Anzalna Nasir sebagai Mya Arlissa. Diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Fairuz Loy hasil terbitan Global Station. Drama ini akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3.
*penyiaran drama Aku Isterinya ditunda sehingga drama Jika Itu Takdirku menamatkan siarannya selepas memberi laluan dan simpati tragedi mh370. Aku Isterinya dijangka akan bersiaran pada hari Rabu, 2 April 2014.
JUDUL : AKU ISTERINYA
EPISOD : 28 episod
MULAI : 2 April 2014
SIARAN : Setiap Isnin hingga Khamis
WAKTU : 7.00 malam - 8.00 malam
SALURAN : Slot AKASIA TV3
PENGARAH : Fairuz Loy
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENERBIT EKSEKUTIF : Zetty Alia Dato' Ramly
PENERBIT : Datin Zaiton Muhd Jiwa
PENERBIT EKSEKUTIF : Zetty Alia Dato' Ramly
PENERBIT : Datin Zaiton Muhd Jiwa
TERBITAN : Global Station
SENARAI PELAKON : Izzue Islam (Mikail), Anzalna Nasir (Mya Arlissa), Syazwan Zulkifli (Adam), Eizlan Yusof (Datuk Luthfi), Marissa Jasmin (Datin Adiba), Mardiana Alwi, Elizad Sharifuddin (Lisa), Shakilla Khoriri, Mohd Fazren
OST Aku Isterinya
Judul : Sebuah Maksud | Artis / Kumpulan : Sixth Sense
Judul : Pelarian | Artis / Kumpulan : Sakura Band & Adi 6ixth Sense -
VIDEO PROMO
SINOPSIS AKU ISTERINYA
“AKU ISTERINYA” mengisahkan Mya Arlissa yang dibesarkan oleh neneknya dan menumpang di rumah makciknya sejak kematian ibubapanya. Bukan sahaja sentiasa dibuli oleh makciknya dan sepupunya, Mya juga hidup dalam ketakutan kerana suami makciknya, Abang Murad menyimpan niat jahat terhadapnya. Akhirnya, Mya telah dijual oleh Murad kepada David yang menjalankan kegiatan pelacuran sehingga Mya bertemu dengan Mikail dimana Mikail telah menebus Mya dari tauke kelab malam.
Walaupun sudah 2 tahun Mya hidup bersama-sama Mikail, mereka tidak pernah berkongsi kisah peribadi dan tidak mengenali hati budi masing-masing. Mikail menganggap Mya tiada bezanya dengan perempuan murahan yang sanggup menggadaikan diri demi kemewahan. Namun, selama mereka tinggal sebumbung, tidak pernah Mya meminta apa-apa daripadanya. Segala keperluan Mikail dijaga dengan teliti oleh Mya.
Pada satu malam selepas Mikail mabuk dan tidak sedar diri, kawan baiknya, Adam telah mengambil kesempatan untuk merogol Mya. Apabila Mya meronta-ronta dan merayu, Adam telah menempelak Mya tidak perlu berlagak suci kerana Mikail juga menganggapnya sebagai pelacur semata-mata. Keesokan harinya, Mikail berang apabila mengetahui Mya dirogol. Mya hanya mendiamkan diri kerana dia tahu Mikail tidak akan percaya jika Mya memberitahu Adam telah merogolnya. Hati Mya remuk kerana Mikail mengelak pertanyaan Mya benarkah Mikail menganggapnya sebagai seorang pelacur. Mya sedar bahawa dirinya tidak suci dan tidak layak meletak sebarang harapan pada Mikail.
Mya mula mencari arah hidupnya dan tidak mahu hidup dalam dosa. Mikail sakit hati dengan kehendak Mya untuk dilepaskan tetapi dia sendiri tidak pasti jika dia mempunyai perasaan sayang kepada Mya. Mikail masih dihantui dengan kisah silamnya apabila kekasihnya, Lisa berkahwin dengan ayahnya, Datuk Lutfi sehingga memecah-belahkan keluarganya kerana kakaknya, Mufiza telah membawa diri ke Australia. Ibu Mikail, Datin Adiba pula hidup dalam kesunyian dan hanya ditemani oleh anak bongsunya, Mimi.
Mikail meletakkan syarat kepada Mya untuk membayar RM50 ribu balik kepadanya sekira mahu dirinya dilepaskan. Pada waktu yang sama, Mikail telah menyorokkan telefon bimbit Mya kerana tidak mahu Mya meminjam duit daripada sesiapa. Mikail tahu Mya tidak mempunyai sesiapa kecuali kenalan lamanya, iaitu Nadia. Mikail pasti yang dia tidak mahu kehilangan Mya tetapi mungkinkah perasaan cinta sudah hadir dalam hubungan mereka tanpa disedari?
Bekas kekasih Mikail, Suzanne kembali meraih cinta dari Mikail dan sentiasa menghasut Datin Adiba supaya membenci Mya. Keadaan menjadi keruh apabila bekas kekasih Mya, Shamil datang menagih janji lama. Apakah akhirnya Mya akan menemui sinar bahagia dan ketenangan dalam hidupnya?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar