![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieilSVSKkYsKqUsNxdvuNVhHirU0MsbubXBDtbTPk7Ggc0FR43LmduGEBu-7y-GBZfv39vPOjdtihtEpnodflqPPTiLMidq1KCWfNCcBNpD3ofbqV1Pi-AuhF0mUWKcJFvQrIoUk5OBf3n/s1600/PARASIT-drama.png)
Saksikan telemovie terbaru berjudul 'Parasit' yang akan bersiaran di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu, 15 Mac 2014 jam 10.00 malam di TV3. Telefilem penuh emosi ini dibawah arahan Murali Abdullah dan Skrip oleh Liza Mior Rashdi. Dibintangi oleh Riezman Khuzaimi, Rita Rudaini, Syazwan Zulkifli, Wan Sharmila dan Puteri Balqis.
Telefilem: Parasit
Tarikh : Sabtu, 15 Mac 2014
Waktu : 10.00 malam
Siaran : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Murali Abdullah
Skrip : Liza Mior Rashdi
Terbitan : Sha’s Media Sdn Bhd
Pelakon : Riezman Khuzaimi (Firdaus), Rita Rudaini (Atirah), Syazwan Zulkifli (Badri), Wan Sharmila (Azie), Puteri Balqis (Badrisya)
VIDEO PROMO
)
SINOPSIS
Suasana dalam kediaman pasangan suami isteri, Atirah (Rita Rudiani) dan Firdaus (Riezman Khuzaimi) agak tegang apabila Azie (Wan Sharmila) enggan membenarkan Atirah menamakan bayi yang baru dilahirkannya dengan nama Nur Fatihah.
Azie yang kononnya sudah tidak dipedulikan suami pada mulanya bersetuju untuk menyerahkan bayinya sebagai anak angkat kepada Atirah dan Firdaus yang tidak mempunyai anak selepas 10 tahun berkahwin. Namun, kemunculan semula suami Azie iaitu Badri (Syazwan Zulkifli ) mengubah keadaan. Termasuk perangai Azie yang pada mulanya nampak baik mahu dilayan seperti permaisuri termasuk cuba menggoda Firdaus.
GAMBAR
Tidak ada komentar:
Posting Komentar