![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitOLOCTI_56avGd9J-xegQ3zRg6Wx0BsGLOIGAc2N0sQ0fGu8Pu_pFEa33BRiHLcNKAuaIu_-UoNNVvu0Fab3Zmd7qlaqAExyXHc7x4wOu_Nl9ynRQPSXic-UA-0lqfhMtzWiA_XMaSRg/s1600/Ku+Pinjam+Cahayamu.png)
Telemovie khas sempena Hari Guru bertajuk Ku Pinjam Cahayamu malam ini jam 10 malam di TVAlhijrah. Drama ini diarahkan oleh Ramli Long terbitan Radius One Sdn Bhd. Antara barisan pelakonnya ialah Zamarul Hisham, Zalif Sidek, Mikail Andre dan Syawal Ruslan.
JUDUL : Ku Pinjam Cahayamu
TARIKH : Jumaat, 16 Mei 2014, 10 malam
SIARAN : TVAlhijrah
PENGARAH : Ramli Long
PENERBIT : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Zamarul Hisham, Zalif Sidek, Mikail Andre dan Syawal Ruslan
VIDEO PROMO
SINOPSIS KU PIJAM CAHAYAMU
Selepas 16 tahun berlalu, akhirnya tiga sahabat baik iaitu Anas lakonan Zalif Sidek, Fikri (Mikail Andre) dan Afiq (Syawal Ruslan) yang sekian lama terputus hubungan bertemu semula.
Masing-masing sudah berjaya dalam hidup. Anas menjadi arkitek, Fikri pula peguam dan Afiq berkhidmat sebagai pakar bedah nuerologi di sebuah hospital terkemuka.
Meskipun sudah berjaya, yang pasti mereka tidak pernah melupakan kisah lalu.
Masih segar di ingatan masing-masing, jasa dan pengorbanan seorang insan yang cukup besar dalam hidup mereka iaitu Cikgu Borhan atau dipanggil ‘cikgu Bob’ (Zamarul Hisham) adalah individu penting di belakang kejayaan mereka.
Ketika bersekolah, Anas, Fikri dan Afiq adalah tiga pelajar bermasalah yang tidak suka belajar dan selalu ponteng sekolah. Mereka bertiga tiada hala tuju hidup kerana dihimpit masalah keluarga.
Datang dari latar keluarga berbeza, ketiga-tiganya memiliki kisah dan masalah sendiri. Cuma, kehadiran cikgu Bob yang tidak pernah jemu melayan kerenah nakal mereka membuatkan akhirnya Anas, Fikri dan Afiq berubah.
Mereka yang dulunya malas dan tidak suka belajar mendapat suntikan semangat baru daripada cikgu Bob yang dianggap seperti ibu bapa sendiri.
Apatah lagi, demi membantu anak didiknya cikgu Bob sanggup melakukan apa saja.
Bagi memastikan Fikri dan Anas mempunyai alat tulis, cikgu Bob sanggup menjual basikal tuanya. Begitu juga, pengorbanan paling besar dilakukan cikgu Bob apabila membuat keputusan tidak mahu berkahwin demi komited pada karier sebagai pendidik.
Fikri yang rajin mengutus surat kepada cikgu Bob bagaimanapun berasa hairan kerana sejak beberapa tahun lalu, suratnya sudah tidak berbalas. Begitu juga Anas yang hairan apabila cikgu Bob tidak dapat dihubungi.
Apakah yang sebenarnya berlaku pada cikgu Bob? Segala misteri kehilangan cikgu Bob hanya akan terjawab dalam telefilem istimewa Ku Pinjam Cahaya Mu yang sarat dengan pengajaran dan pengorbanan seorang guru kepada anak didiknya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar