cooltext1867925879

~~ Mudahnya peluang usaha ~~

SUSU KAMBING ETAWA BUBUK 2015

E.A.P Teknologi BPTP YOGYAKARTA

header

1419847472700532415 ETAA  

Untuk itu awali tahun baru Anda dengan berwirausaha dan kembangkan bakat kewirausahaan Anda dengan bergabung bersama

header

~~SUSU KAMBING ETAWA BUBUK Ijin Edar LPPOM 12040002041209 E.A.P Teknologi BPTP YOGYAKARTA ~~

Halal MUI

Ibu Eri Sulistyowati Telp/sms 089651095115 Pin 28823f03

~~ PELUANG USAHA 2015 ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~

  1. Bisnis paling menjanjikan dengan laba 100% milik sendiri tentunya akan sangat menarik untuk dijalani. ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~
  2. sebuah usaha kemitraan yaitu ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~
  3. membuka sebuah penawaran paling hot di Awal tahun 2015 yaitu paket kerjasama kemitraan dengan anggaran biaya @20.000 /kotak' (partai ecer) Untuk grosir bisa MendapatkanHarga hingga @15.000 WOOOW dengan mendapatkan benefir semua kelengkapan usaha.
  4. Anda bisa langsung usaha ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~ dengan investasi yang ringan.
  5. Pada tahun 2015 banyak diprediksi bahwa usaha ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~ masih sangat menjanjikan.
  6. Disamping pangsa pasar yang luas jenis usaha ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~ juga banyak diminati. Konsumen yang tiada habisnya akan banyak menyedot perhatian bagi pemilik investasi.
  7. Untuk itu jangan buang kesempatan ini, mari segera bergabung bersama kami dan rasakan sendiri manfaat laba untuk Anda.

Tunggu apalagi, ambil telepon Anda dan hubungi kami melalui sms,bbm maupun email susukambingeta@gmail.com. Jika Anda masih ragu, konsultasikan dahulu dengan kami dan akan kami jelaskan mekanismenya. Proses yang sangat mudah dan tidak berbelit-belit akan memudahkan Anda dalam menjalani usaha ini. Kami tunggu Anda sekarang untuk bermitra bersama kami dan semoga kita biosa menjadi mitra bisnis yang saling menguntungkan. Koperasi Etawa Mulya didirikan pada 24 November 1999 Pada bulan Januari 2011 Koperasi Etawa Mulya berganti nama menjadi Etawa Agro Prima. Etawa Agro Prima terletak di Yogyakarta. Agro Prima merupakan pencetus usaha pengolahan susu yang pertama kali di Dusun Kemirikebo. Usaha dimulai dari perkumpulan ibu-ibu yang berjumlah 7 orang berawal dari binaan Balai Penelitian dan Teknologi Pangan (BPTP) Yogyakarta untuk mendirikan usaha pengolahan produk berbahan susu kambing. Sebelum didirikannya usaha pengolahan susu ini, mulanya kelompok ibu-ibu ini hanya memasok susu kambing keluar daerah. Tenaga kerja yang dimiliki kurang lebih berjumlah 35 orang yang sebagian besar adalah wanita. Etawa Agro Prima membantu perekonomian warga dengan mempekerjakan penduduk di Kemirikebo.

~~ Mudahnya peluang usaha ~~

SUSU KAMBING ETAWA BUBUK 2015

Ibu Eri Sulistyowati Telp/sms 089651095115 Pin 28823f03

~~ PELUANG USAHA 2015 ~~

~~SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~

cooltext1867925879
application apk free download: tvalhijrah
Tampilkan postingan dengan label tvalhijrah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tvalhijrah. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 November 2014

Telemovie Anak Mejar Azlan


Saksikan telefilem Anak Mejar Azlan malam ini di TVAlhijrah. Menampilkan lakonan Norman Hakim, Julia Ziegler, Melly Amalin, Muntazar Ghani, dan ramai lagi. Anak Mejar Azlan bersiaran pada 14 November, jam 10 malam di slot TeleJumaat saluran TVAlhijrah.

JUDUL : Anak Mejar Azlan 
TARIKH : 14 November 2014 (10.00 malam) 
SIARAN : TeleJumaat TVAlhijrah
PENGARAH : Abd Latiff Ismail
TERBITAN : AR Factor Resources Sdn Bhd
PELAKON : Norman Hakim, Julia Ziegler, Melly Amalin, Muntazar Ghani, Putri Syasya 

SINOPSIS ANAK MEJAR AZLAN

Telefilem menarik dan sarat pengajaran ini mengisahkan ketegasan Mejar Azlan dalam mendidik tiga anaknya iaitu Azifa, Azim dan Aiza sejak kehilangan isteri tercinta. Cara Mejar Azlan yang tegas dan begitu teliti mengatur jadual harian anak-anaknya menjadi bualan rakan dan jiran tetangga. Dari pagi sebaik bangun hinggalah ke malam harinya, segala aktiviti harian Azifa, Azim dan Aiza sudah diatur dan mereka tiada alasan untuk tidak melakukannya. Didikan ala tentera yang digunakan Mejar Azlan dalam mendidik anak-anaknya cukup menekan jiwa Azifa, Azim dan Aiza. Tambahan pula, mereka perlu bersedia menerima sebarang hukuman jika ada yang tidak kena atau melanggar aturan jadual ditetapkan. 

Bagi menyelamatkan diri, mereka bertiga perlu memastikan sentiasa berada di dalam keadaan kemas dan mengikut segala piawaian yang sudah ditetapkan itu. Sikap terlalu tegas Mejar Azlan yang ada kalanya tidak kena tempat itu bagaimanapun membuatkan anak-anaknya bosan dan memberontak dengan cara didikan bapa mereka. Pernah juga mereka mengadakan mogok untuk mengubah sikap tegas Mejar Azlan itu, namun tidak berjaya. Bahkan, wang saku masing-masing turut dipotong. 

Bagaimanapun, perubahan mula berlaku dalam hidup Azifa, Azim dan Aiza sejak mereka mengenali Sofea. Hubungan mereka menjadi rapat. Azifa, Azim dan Aiza sering ke rumah Sofea selepas waktu persekolahan tanpa pengetahuan bapa mereka. Pun begitu, sikap ganjil anak-anaknya mula dihidu Mejar Azlan. Bagi mengetahui apa yang dilakukan tiga anaknya itu, Mejar Azlan mengambil keputusan mengintai aktiviti dilakukan mereka. Apakah yang dilakukan Azifa,Azim dan Aiza bersama Sofea? Siapakah wanita itu yang akhirnya mampu menyedarkan Mejar Azlan?



Selasa, 05 Agustus 2014

Drama Kalau itu Jodoh Kita


Drama adaptasi novel berjudul 'Kekasih Halal' akan menemui penonton di saluran TV Alhijrah. Drama bersiri diberi tajuk 'Kalau itu Jodoh Kita' ini menampilkan pelakon seperti Uqasha Senrose, Qi Razali, Anzalna Nasir, Pekin Ibrahim dan ramai lagi. Saksikan drama ini mulai 12 Ogos 2014 pada setiap hari Selasa jam 10.0 malam di TV Alhijrah. 

JUDUL : Kalau itu Jodoh Kita
NOVEL ADAPTASI : Kekasih Halal
TARIKH : 12 Ogos 2014 
SIARAN : Setiap Selasa, 10.00 malam di TVALHIJRAH
SKRIP : Amaz Mazilan
PENGARAH : M.P Roslin
TERBITAN : Hyper Pictures
PELAKON : Uqasha Senrose, Qi Razali, Anzalna Nasir, Pekin Ibrahim


SINOPSIS KALAU ITU JODOH KITA

Mempamerkan kehidupan pasangan suami isteri yang masih muda dan diuji dengan pelbagai ujian. Perkahwinan antara mereka telah diaturkan oleh orang tua mereka. Pelbagai dugaan yang dihadapi dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mempertahankan rumahtangga mereka. Akhirnya, Feroz sedar yang Lutfa adalah cinta pertamanya dan seorang isteri yang cukup sempurna. Feroz dan Lutfa sedar bahawa restu pilihan kedua orang tuanya adalah pilihan yang terbaik bagi mereka.

Saksikan bagaimana mereka yang berkahwin diusia muda menempuh dugaan dalam liku-liku kehidupan yang akhirnya membawa kebahagiaan dalam drama 'Kalau Itu Jodoh Kita'


Kamis, 05 Juni 2014

Drama Matahari Terbit Lagi


Saksikan telefilem istimewa mengisahkan kehidupan dua generasi berlainan agama di bawah satu bumbung dalam MATAHARI TERBIT LAGI malam ini di TVAlhijrah bersiaran pukul 10.00 malam. Drama arahan Azeli Mohamad terbitan AL Hidayah Production. Menampilkan pelakon hebat seperti Chew Kin Wah, Sharisa Haris Chong, dan Akid Ieman Tay.

JUDUL : MATAHARI TERBIT LAGI
TARIKH : 6 Jun 2014 (10.00 malam)
SIARAN : Slot Telejumaat, TVAlhijrah
PENGARAH : Azeli Mohamad
PELAKON : Chew Kin Wah, Sharisa Haris Chong, Akid Ieman Tay, Adam Corrie 
TERBITAN : AL Hidayah Production Sdn Bhd

VIDEO PROMO


SINOPSIS MATAHARI TERBIT LAGI

Alina seorang mualaf yang baru kematian suami. Dia terpaksa bekerja dan meninggalkan anaknya, Haikal bersama Simon, bapanya yang berlainan agama. Pada mulanya, Simon berasa kekok untuk tinggal bersama Haikal, namun dia cuba menyesuaikan diri dengan rutin harian cucunya yang beragama Islam. Bagaimanakah kehidupan Simon selepas kehadiran Haikal? 


Jumat, 16 Mei 2014

Ku Pinjam Cahayamu (TVAlhijrah)


Telemovie khas sempena Hari Guru bertajuk Ku Pinjam Cahayamu malam ini jam 10 malam di TVAlhijrah. Drama ini diarahkan oleh Ramli Long terbitan Radius One Sdn Bhd. Antara barisan pelakonnya ialah Zamarul Hisham, Zalif Sidek, Mikail Andre dan Syawal Ruslan.

JUDUL : Ku Pinjam Cahayamu
TARIKH : Jumaat, 16 Mei 2014, 10 malam
SIARAN : TVAlhijrah
PENGARAH : Ramli Long
PENERBIT : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Zamarul Hisham, Zalif Sidek, Mikail Andre dan Syawal Ruslan

VIDEO PROMO




SINOPSIS KU PIJAM CAHAYAMU

Selepas 16 tahun berlalu, akhirnya tiga sahabat baik iaitu Anas lakonan Zalif Sidek, Fikri (Mikail Andre) dan Afiq (Syawal Ruslan) yang sekian lama terputus hubungan bertemu semula.

Masing-masing sudah berjaya dalam hidup. Anas menjadi arkitek, Fikri pula peguam dan Afiq berkhidmat sebagai pakar bedah nuerologi di sebuah hospital terkemuka.

Meskipun sudah berjaya, yang pasti mereka tidak pernah melupakan kisah lalu.
Masih segar di ingatan masing-masing, jasa dan pengorbanan se­orang insan yang cukup besar dalam hidup mereka iaitu Cikgu Borhan atau dipanggil ‘cikgu Bob’ (Zamarul Hisham) adalah individu penting di belakang kejayaan mereka.

Ketika bersekolah, Anas, Fikri dan Afiq adalah tiga pelajar bermasalah yang tidak suka belajar dan selalu ponteng sekolah. Mereka bertiga tiada hala tuju hidup kerana dihimpit masalah keluarga.

Datang dari latar keluarga berbeza, ketiga-tiganya memiliki kisah dan masalah sendiri. Cuma, kehadiran cikgu Bob yang tidak pernah jemu melayan kerenah nakal mereka membuatkan akhirnya Anas, Fikri dan Afiq berubah.

Mereka yang dulunya malas dan tidak suka belajar mendapat suntikan semangat baru daripada cikgu Bob yang diang­gap seperti ibu bapa sendiri.

Apatah lagi, demi membantu anak didiknya cikgu Bob sang­gup melakukan apa saja.
Bagi memastikan Fikri dan Anas mempunyai alat tulis, cikgu Bob sanggup menjual basikal tuanya. Begitu juga, pengorbanan paling besar dilakukan cikgu Bob apabila membuat keputusan tidak mahu berkahwin demi komited pada karier sebagai pendidik.

Fikri yang rajin me­ngutus surat kepada cikgu Bob bagaimanapun berasa hairan kerana sejak beberapa tahun lalu, suratnya sudah tidak berbalas. Begitu juga Anas yang hairan apabila cikgu Bob tidak dapat dihubungi.

Apakah yang sebenarnya berlaku pada cikgu Bob? Segala misteri kehilangan cikgu Bob hanya akan terjawab dalam telefilem istimewa Ku Pinjam Cahaya Mu yang sarat dengan pengajaran dan pengorbanan seorang guru kepada anak didiknya.

Sabtu, 12 April 2014

Drama Ku Pinjam Cahaya Mu (TV AlHijrah)


Nantikan telemovie istimewa sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini berjudul 'Ku Pinjam Cahaya Mu'. Telefilem ini diterbitkan bagi mengingati jasa dan pengorbanan guru yang berkhidmat kepada anak bangsa. Ianya dihasilkan daripada kisah benar yang pernah dilalui penulis skripnya iaitu Siti Halawani Haron. Drama terbitan Radius One Sdn Bhd ini diarahkan oleh Ramli Long akan ditayangkan di TV AlHijrah. 

JUDUL : Ku Pinjam Cahaya Mu
TARIKH : 16 Mei 2014
SIARAN : TV AlHijrah
PENGARAH : Ramli Long
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Zamarul Hisham, Zalif Sidek, Mikail Andre dan Syawal Ruslan

SINOPSIS KU PINJAM CAHAYA MU

Selepas 16 tahun berlalu, akhirnya tiga sahabat baik iaitu Anas lakonan Zalif Sidek, Fikri (Mikail Andre) dan Afiq (Syawal Ruslan) yang sekian lama terputus hubungan bertemu semula. 

Masing-masing sudah berjaya dalam hidup. Meskipun sudah berjaya, yang pasti mereka tidak pernah melupakan kisah lalu. Masih segar di ingatan masing-masing, jasa dan pengorbanan se­orang insan yang cukup besar dalam hidup mereka iaitu Cikgu Borhan atau dipanggil ‘cikgu Bob’ (Zamarul Hisham) adalah individu penting di belakang kejayaan mereka.

Rabu, 09 April 2014

Drama Warkah kehidupan (AL-Hijrah)


Saksikan telemovie berjudul Warkah Kehidupan yang akan disiarkan pada hari Ahad minggu depan, 13 April 2014 jam 10 malam di TV Al-Hijrah. Drama ini dilakonkan oleh Remy Ishak, Mustapha Kamal, Syatilla Melvin dan Kamariah MD.DOM.

JUDUL : Warkah kehidupan
TARIKH : 13 April 2014 (10 malam)
SIARAN : Slot Ahad10Malam di TV-Alhijrah
PELAKON : Remy Ishak, Mustapha Kamal, Syatilla Melvin dan Kamariah MD.DOM

VIDEO PROMO



SINOPSIS WARKAH KEHIDUPAN
Mengisahkan seorang graduan muda iaitu Amin yang berusaha merubah nasib diri dan keluarga setelah kematian ayahnya, namun beberapa kali gagal. Akhirnya dengan berkat usaha dan sokongan keluarga beliau berjaya dalam perniagaannya.

Senin, 07 April 2014

Drama Walau Sedetik Cuma (AlHijrah)


Saksikan sebuah drama siri islamik terbaru berjudul WALAU SEDETIK CUMA akan muncul di kaca TV anda mulai APRIL, setiap hari SELASA, jam 10.00 malam, hanya di saluran 114 TV ALHIJRAH. Saksikan gandingan mantap Zul Arifin, Sheera Iskandar, Zain Saidin, Nur Risteena, Hairi Safwan dan ramai lagi.

JUDUL : WALAU SEDETIK CUMA
TARIKH : Setiap hari SELASA mulai 22 April 2014
SIARAN : 10.00 malam di TV ALHIJRAH
PELAKON : Zul Arifin, Sheera Iskandar, Zain Saidin, Nur Risteena, Hairi Safwan
TERBITAN : Zeel Production

VIDEO PROMO WALAU SEDETIK CUMA 

Jumat, 04 April 2014

Drama Bermulanya Di Sini (TVALhijrah)


Saksikan telemovie Bermulanya Di Sini malam ini, 4 April jam 10 malam di saluran TVAlhijrah. Drama ini menampilkan pelakon hebat Hairul Azreen, Ustaz Nazrul, Ramona Zamzam dan penampilan istimewa Faizal Hussein.

JUDUL : BERMULANYA DI SINI
TARIKH : 4 April 2014
SIARAN : 10 malam, TVAlhijrah
PELAKON : Hairul Azreen, Ustaz Nazrul, Ramona Zamzam dan penampilan, Faizal Hussein.

SINOPSIS BERMULANYA DI SINI

TeleJumaat malam ini mengisahkan seorang ketua kampung yang hampir putus asa menangani gejala remaja kampungnya yang suka melakukan aktiviti membuang masa. Sehinggalah dia dipertemukan dengan Ustaz Musa yang mempunyai pendekatan tersendiri terhadap remaja sebegini.

Jumat, 07 Maret 2014

SIRAT AL-MUSTAQIM (TV AlHijrah)


Saksikan telemovie SIRAT AL-MUSTAQIM jam 10 malam ini di slot TeleJumaat saluran TVAlhijrah.

JUDUL : SIRAT AL-MUSTAQIM
TARIKH : Jumaat, 7 Mac 2014
WAKTU : 10.00 malam

VIDEO PROMO



SINOPSIS SIRAT AL-MUSTAQIM

Maryam bertekad untuk mengabdikan seluruh jiwa dan raganya pada anak tunggalnya Adam, yang ditimpa kemalangan dan terlantar koma di hospital. Kehadiran Izzati, seorang kanak-kanak perempuan yang dimasukkan ke wad bersebelahan dengan katil Adam telah banyak mengubah pendirian Maryam. Apakah yang Maryam belajar dari Izzati? Dapatkah Adam diselamatkan? 

Jumat, 21 Februari 2014

Drama SEJERNIH HATI KHADIJAH


Malam ini, TV AL Hijrah akan membawakan telefilem terbaru berjudul SEJERNIH HATI KHADIJAH yang mengisahkan pengorbanan dan kasih sayang seorang penjaga terhadap anak jagaaanya. Drama ini dibintangi oleh Eja, Noorkhiriah, Hisyam Hamid dan ramai. Diarahkan oleh Shuhaimi Lua Abdullah. Saksikan SEJERNIH HATI KHADIJAH jam 10 malam di TV Al-Hijrah. 

JUDUL : SEJERNIH HATI KHADIJAH 
TARIKH : Jumaat, 21 Februari 2014
SIARAN : TV Al-Hijrah
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
PELAKON : Eja (Siti Shahrizah), Noorkhiriah, Hisyam Hamid, Azza Zawari, A.r. Saud, Adik Nur Amalin, Adik Nurul Fatea, Adik Daniel Ilham 

SINOPSIS DRAMA SEJERNIH HATI KHADIJAH 

Kisah bermula dengan watak Siti Khadijah berusia 40-an yang menjadikan rumahnya sebagai pusat penjagaan kanak-kanak gelandangan berbekalkan duit simpanan dan hasil peniagaan kedai dobinya. Walaupun menghadapi cabaran dari segi kesihatan mereka dan pandangan sesetengah masyarakat, dia tetap tabah mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehinggalah diakui jiran-jirannya. 

Selepas mendengar desas desus berkenaan Siti Khadijah, Qalisha ibu kepada Intan berhasrat menyerahkan anaknya kepada Siti Khadijah akibat masalah kewangan yang dihadapinya dan berjanji untuk menghubungi Siti Khadijah di kemudian hari.

Siti Khadijah tidak sampai hati untuk menolak permintaan Qalisha meskipun menghadapi pelbagai masalah dalam memelihara anak-anak gelandangan bawah jagaannya. Tetapi sepanjang berada di bawah jagaan Siti Khadijah, Intan berperangai pelik dan gemar memencilkan diri walau dia puas mencuba pelbagai cara untuk mengembirakan hati Intan. Qalisha pula senyap tanpa khabar berita. 

Semasa mereka bermain di luar rumah, Intan pengsan secara tiba-tiba dan dikejarkan ke hospital. Dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang yang kritikal dan hanya mempunyai masa kurang dari tiga bulan untuk meneruskan kehidupan. Siti Khadijah terkejut bukan kepalang dan sebak memikirkan nasib Intan yang terpaksa mengharungi dugaan seberat itu di usia yang terlalu muda.

Siti Khadijah buntu. Dia berasa seolah-olah ujian ini terlalu sukar untuk ditempuh. Dia berusaha untuk redha dan yakin kepada Ilahi namun, doktor menjelaskan bahawa bukan duit yang mampu menyelamatkan Intan tetapi dia perlu mencari buah pinggang yang sesuai untuk Intan. Dia berhasrat untuk menderma salah sebuah buah pinggang miliknya tetapi bagaimana pula nasib anak-anak jagaannya kelak. Dia hanya mampu bertawakal.

Sementara itu, Qalisha telah diterima bekerja di Melaka. Dia selalu memikirkan Intan sehinggakan selalu termimpikan yang pelik-pelik mengenai anaknya. Dalam mimpinya, Intan sudah meninggal dunia dan memanggilnya datang menziarahi kubur. Qalisha gusar memikirkan mimpinya. 

Adakah mimpi itu petunjuk daripada Tuhan? Betulkah ramalan ibu Intan, Qalisha?  Berjaya atau tidak pembedahan itu nanti? Bagaimana nasib Siti Khadijah dan Intan?