cooltext1867925879

~~ Mudahnya peluang usaha ~~

SUSU KAMBING ETAWA BUBUK 2015

E.A.P Teknologi BPTP YOGYAKARTA

header

1419847472700532415 ETAA  

Untuk itu awali tahun baru Anda dengan berwirausaha dan kembangkan bakat kewirausahaan Anda dengan bergabung bersama

header

~~SUSU KAMBING ETAWA BUBUK Ijin Edar LPPOM 12040002041209 E.A.P Teknologi BPTP YOGYAKARTA ~~

Halal MUI

Ibu Eri Sulistyowati Telp/sms 089651095115 Pin 28823f03

~~ PELUANG USAHA 2015 ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~

  1. Bisnis paling menjanjikan dengan laba 100% milik sendiri tentunya akan sangat menarik untuk dijalani. ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~
  2. sebuah usaha kemitraan yaitu ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~
  3. membuka sebuah penawaran paling hot di Awal tahun 2015 yaitu paket kerjasama kemitraan dengan anggaran biaya @20.000 /kotak' (partai ecer) Untuk grosir bisa MendapatkanHarga hingga @15.000 WOOOW dengan mendapatkan benefir semua kelengkapan usaha.
  4. Anda bisa langsung usaha ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~ dengan investasi yang ringan.
  5. Pada tahun 2015 banyak diprediksi bahwa usaha ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~ masih sangat menjanjikan.
  6. Disamping pangsa pasar yang luas jenis usaha ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~ juga banyak diminati. Konsumen yang tiada habisnya akan banyak menyedot perhatian bagi pemilik investasi.
  7. Untuk itu jangan buang kesempatan ini, mari segera bergabung bersama kami dan rasakan sendiri manfaat laba untuk Anda.

Tunggu apalagi, ambil telepon Anda dan hubungi kami melalui sms,bbm maupun email susukambingeta@gmail.com. Jika Anda masih ragu, konsultasikan dahulu dengan kami dan akan kami jelaskan mekanismenya. Proses yang sangat mudah dan tidak berbelit-belit akan memudahkan Anda dalam menjalani usaha ini. Kami tunggu Anda sekarang untuk bermitra bersama kami dan semoga kita biosa menjadi mitra bisnis yang saling menguntungkan. Koperasi Etawa Mulya didirikan pada 24 November 1999 Pada bulan Januari 2011 Koperasi Etawa Mulya berganti nama menjadi Etawa Agro Prima. Etawa Agro Prima terletak di Yogyakarta. Agro Prima merupakan pencetus usaha pengolahan susu yang pertama kali di Dusun Kemirikebo. Usaha dimulai dari perkumpulan ibu-ibu yang berjumlah 7 orang berawal dari binaan Balai Penelitian dan Teknologi Pangan (BPTP) Yogyakarta untuk mendirikan usaha pengolahan produk berbahan susu kambing. Sebelum didirikannya usaha pengolahan susu ini, mulanya kelompok ibu-ibu ini hanya memasok susu kambing keluar daerah. Tenaga kerja yang dimiliki kurang lebih berjumlah 35 orang yang sebagian besar adalah wanita. Etawa Agro Prima membantu perekonomian warga dengan mempekerjakan penduduk di Kemirikebo.

~~ Mudahnya peluang usaha ~~

SUSU KAMBING ETAWA BUBUK 2015

Ibu Eri Sulistyowati Telp/sms 089651095115 Pin 28823f03

~~ PELUANG USAHA 2015 ~~

~~SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~

cooltext1867925879
application apk free download: Juli 2014

Kamis, 31 Juli 2014

Telemovie Atie Setan


JUDUL : Atie Setan
TARIKH : Jumaat, 1 Ogos, 2 petang
SIARAN : Astro Prima & Maya HD
PELAKON : Remi Ishak, Yana Samsudin, Mia Ahmad



SINOPSIS ATIE SETAN

Mengisahkan Atie, seorang agdis yang telah lama meninggalkan kampong halaman telah kembali untuk menyambut Ramadan dan aidilfitri bersama neneknya. Tetapi pertemuan semual dirinya dengan Firdaus Helmi yang selalu emmbulinya sewaktu kecil dahulu telah mengembalikan kenangan silamnya dan Atie nekad untuk membalas dendam.


Rabu, 30 Juli 2014

Telemovie Ada Apa Dengan Raya?


JUDUL : Ada Apa Dengan Raya?
TARIKH : Khamis, 31 Julai, 2 petang
SIARAN : Astro Prima & Maya HD 
PELAKON : Zul Ariffin, Sariyanti, Namron, Norlia Ghani & Anzalna

SINOPSIS ADA APA DENGAN RAYA?

Azlan dan Athira adalah kembar tetapi mereka tidak mempunyai wajah yang sama. Mereka belajar di tempat yang sama. Walau bagaimanapun, ibu bapa mereka tinggal di Paris untuk bekerja. Mereka merancang untuk kembali ke kampung halaman mereka di Kedah untuk menyambut raya. Beberapa kesilapan telah membuatkan perjalanan Raya mereka sukar dilupakan.

Senin, 28 Juli 2014

MLM : Haji Pilus Tak Nak Raya



JUDUL : MLM : Haji Pilus Tak Nak Raya
TARIKH : Rabu, 30 Julai, 9 malam
SIARAN : Astro Warna & Mustika HD
PELAKON : Shuib, Shiro, Bocey, Pak Yus, Rahim, SYJ



Sinopsis MLM : Haji Pilus Tak Nak Raya

Haji Pilus duda yang kedekut dan tak nak beraya. Baginya menyambut Hari Raya akan mengalami kerugian yang besar. Sifat kedekutnya membuat anak dan pekerjanya makan hati. Dari mimpi buruknya, Haji Pilus dapat kesedaran dan buat perubahan y

Telefilem Warna Simpul Raya



JUDUL : Warna: Simpul Raya
TARIKH : Rabu, 30 Julai, 12 t/hari
SIARAN : Astro Warna & Mustika HD
PELAKON : Jambu, Rahim & Emelda Rosmila






Sinopsis Warna: Simpul Raya

Telemovie tentang usaha Yus mencari jodoh sebelum pulang kekampung agar ibunya berpuashati untuk tidak menjodohkan beliau dengan pilihan ibunya sendiri yang merupakan kakak kepada Tauke

Telemovie Ecah Cookies VS Tipah Tailor



JUDUL : Ecah Cookies VS Tipah Tailor
TARIKH : Rabu, 30 Julai, 2 petang
SIARAN : Astro Prima & Maya HD 
PELAKON : Yasmin Hamid, Enot, Dotty, Raja Ilya & Azhan Rani



Sinopsis Ecah Cookies VS Tipah Tailor

Mak Ecah dan Mak Tipah sentiasa bersaing dengan satu sama lain untuk mencapai matlamat peribadi terutama sekali dalam bulan perayaan. Tetapi tidak lama selepas mereka menyedari banyak insiden berlaku. Mereka kemudian sedarsikap cemburu dan bersaing antara satu sama lain tidak akan membawa mereka ke hadapan.


Sabtu, 26 Juli 2014

Telefilem Ustaz Ku Takut Kau Datang



JUDUL : Ustaz Ku Takut Kau Datang
TARIKH : Selasa, 29 Julai, 10 pagi
SIARAN : Astro Ria & Maya HD
PELAKON : Ajak Shiro, Yus Jambu



SINOPSIS USTAZ KU TAKUT KAU DATANG

Shuib dan Harun merupakan dua orang sahabat baik yang nakal sifat mereka, tetapi sedang mencuba berhijrah menjadi orang yang baik. Shuib seorang Mat Despatch sementara Harun seorang bekas penyeluk saku yang sudah insaf.

Telemovie Novel Fana


JUDUL : Novel Fana
SIARAN : Selasa, 29 Julai, 2 petang, Astro Prima &  Maya HD
PELAKON : Aeril Zafril, Wawa Zainal



SINOPSIS NOVEL FANA

Sebuah cerita mengenai seorang ahli perniagaan kampung yang sentiasa gagal dengan kasih sayang. Setelah perundingan bapanya, dia bersetuju untuk berkahwin dengan anak perempuan imam. Dia adalah seorang gadis beragama yang sentiasa memakai purdah (tudung) sehingga hanya mendedahkan matanya. Kedua-dua tidak pernah bertemu sebelum ini dan hanya menunjukkan dirinya pada malam perkahwinan pertama dan dia terkejut, tidak berpuas hati dan berasa ditipu. Dan melarikan diri dari rumah dan perjalanannya untuk mencari erti cinta dan kebahagiaan bermula.

Jumat, 25 Juli 2014

Telefilem Ketupat Rendang Keju



JUDUL : Ketupat Rendang Keju
SIARAN : Selasa, 29 Julai, 12 t/hari, Astro Warna & Mustika HD
PELAKON : Siti Saleha, Remy Ishak, Zila Bakarin, Kaza



SINOPSIS  

Perkahwinan Adam dan Alysa yang berlainan latar mengalami pelbagai konflik sehingga berlarutan di bulan puasa dan raya. Alysa tidak suka cara hidup di kampung tapi terpaksa juga teruskan. Adam yang ada sikap jimat cermat dan suka membantah sering membuatkan mereka berkelahi. Sebenarnya Adam sedang buatkan satu rumah batu seperti impian Alysa. Di hari raya, Adam tunjukan Alysa apa yang dia masak iaitu Ketupat dan Rendang Keju. Adam melambangkan yang kehidupan mereka suami isteri seperti makanan itu. Walaupun nampak pelik tapi sedap kalau di makan

Telefilem Mujibur Mari


JUDUL : Mujibur Mari
SIARAN : Isnin, 28 Julai, 12 t/hari, Astro Warna & Mustika HD
PELAKON : Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Ilya Senario, Yasha Eliza, Pak Chu Raja Lawak


SINOPSIS MUJIBUR MARI

Dari Bangladesh, akhirnya cita-cita Mujibur untuk bekerja di Malaysia berjaya. Dia kini bekerja sebagai penjual karpet di kedai milik Babu dan antara tugasnya ialah menghantar karpet menaiki motor EX5, dan adakalanya membawa van bersama rakan-rakan Bangladeshnya. Mujibur jatuh cinta kepada kepada Nina ,kepada Aja). Nina suka kepada Mujibur kerana sifat Mujibur yang kelakar, jujur dan tak pernah tinggal solat dan rajin kerja. Namun begitu hubungan ini telah ditentang sekeras kerasnya oleh kerana enggan mendapat adik ipar Bangla! Ajak mempunyai banyak hutang telah melakukan pelbagai cara untuk memisahkan hubungan mereka. Mujibur kecewa dan mahu balik Bangladesh.Ajak pula diugut percepat bayar hutang! Jika tidak seluruh keluarga jadi mangsa.Nina takut dan bagi tahu Mujibur. Secara senyap, Mujibur bayarkan tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Nina. Hasil jualan karpet itulah Mujibur korbankan untuk bayarkan hutang Ajak

Drama 20 SEN (TV9)


JUDUL : 20 SEN
SIARAN : Hari Raya Ketiga, 2.30 petang, TV9
PELAKON : adik-adik Idola Kecil, Alif Satar, Cikgu Delly

SINOPSIS 20 SEN

20 Sen merupakan drama yang dilakonkan oleh adik-adik Idola Kecil termasuklah tenaga pengajar Cikgu Delly dan pengacara Alif Satar. Kisah lucu ini bermula dengan Aleeya yang mempunyai tabiat pelik iaitu mengumpul duit syiling 20 sen yang lama. Aleeya yang berusia 10 tahun sememangnya seorang kanak-kanak yang rajin dan setiap kali diberi upah, dia akan memastikan orang itu memberikannya duit syiling 20 sen sahaja. Aleeya mempunyai seorang kembar lelaki bernama Bell (Ben) yang suka menyakat Aleeya. Ramai tertanya-tanya tentang perangai pelik Aleeya. Kemusykilan ini membuatkan Ben dan kawan-kawannya Kecik (Alif), Ajaq (Ajaq) dan Dani (Dani) berusaha mencari jawapan. Malahan, Mat Rock yang dilakonkan oleh AG Coco, turut merasa kepelikan Aleeya dan turut berusaha mencari rahsia sebenar Aleeya. Apakah rahsia di sebalik syiling 20 sen itu?





Kamis, 24 Juli 2014

Telefilem Superstra (TV9)


JUDUL : SUPERSTRA
SIARAN : Raya Ketiga, 12.30 tengahari, TV9
PELAKON :Anas Ridzuan, Johan As’ari, Mira Amnas, Mustaqim Bahadon, Aziz M. Osman dan Afdlin Shauki

SINOPSIS SUPERSTRA

Superstra mengisahkan tentang Norman, seorang pelakon tambahan yang ingin menjadi pelakon terkenal. Dia berlakon dalam sebuah produksi sebagai pelakon tambahan bersama dengan kawan baiknya Johan. Di lokasi, Norman bertemu dengan seorang pelakon tambahan wanita bernama Illyana dan mereka menjadi baik. Pelbagai insiden berlaku di lokasi pengambaran termasuk perselisihan antara Norman dan pelakon utama drama tersebut iaitu Amin.

Norman terasa terkilan apabila mereka diasingkan ketika masa rehat atau makan dengan pelakon utama. Keadaan ini sebaliknya, membuatkan Norman berusaha untuk mengambil hati pengarah supaya dia diberi watak penting dalam drama itu. Rancangan Norman berjaya apabila dia dapat memulihkan hubungan pengarah dengan isterinya yang sebelum ini berantakan. Dalam pada itu,Iliyana sering didampingi oleh pelakon utama drama tersebut yang sebenarnya berniat untuk mengambil kesempatan. Norman dapat menghidu tektik Amin dan cuba menasihati Iliyana dan ini membuatkan Norman bertengkar dengan Amin. Pelbagai kisah yang berlaku membuatkan Norman hampir berputus-asa untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan. Kini Norman terfikir pula untuk menolong ibunya di bengkel kereta. Adakah Norman nekad dengan keputusannya?

Telefilem Kimchi Raya


JUDUL : KIMCHI RAYA
SIARAN : Raya Kedua, 12.30 tengahari TV9
PELAKON : Nad Zainal, Shahrul Ridzwan, Norish Karman dan Shah Iskandar.

SINOPSIS KIMCHI RAYA

Mengisahkan Jihan, bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat agensi perlancongan, sangat meminati rancangan dan drama Korea. Dia sering berangan-angan untuk berhari raya di Korea, sehinggakan suatu hari dia memenangi hadiah utama iaitu tiket penerbangan ke Korea dalam satu pertandingan. Kebetulan pula, tarikh tiket penerbangan ke Korea jatuh pada Hari Raya Aidilfitri yang pertama. Namun Jihan nekad untuk meneruskan misinya ke Korea walaupun telah dinasihati oleh keluarga.

Berlaku salah faham antara Jihan dan abangnya yang bertugas di Korea. Jihan menyangkakan yang abangnya terima mesej kepergiannya ke sana, sedangkan abangnya dalam perjalanan pulang ke Malaysia untuk berhari raya bersama keluarga. Dia tidak memberitahu keluarganya kerana ingin memberikan kejutan. Keadaan menjadi kalut apabila Jihan terpaksa berhadapan dengan budaya dan kehidupan Korea yang berbeza dari Malaysia apatah lagi ia terpaksa menghadapinya bersendirian. Namun, dia bernasib baik apabila bertemu dengan seorang lelaki campuran Melayu-Korea yang tinggal di sana. Bagaimana Jihan berhadapan dengan situasi yang terlalu asing baginya?

Pontianak Teng Teng


JUDUL : Pontianak Teng Teng
GENRE : Komedi
SIARAN : Hari Raya Pertama, 12.30 petang, TV9
PELAKON : Rita Rudaini, Mak Jah, Yus Jambu dan Shah Tapaw. 

SINOPSIS PONTIANAK TENG TENG

Pontianak Teng Teng ini mengisahkan tentang seorang janda yang jelita bernama Indah. Indah sering menjadi tarikan kerana susuk badannya yang cantik dan rupa parasnya yang menarik. Apatah lagi Indah gemar berpakaian kebaya. Ramai pemuda kampung ingin mengambil kesempatan ke atas Indah untuk mendekatinya. Indah bekerja penoreh getah di kebun Pak Seman. Kehadirannya menjadi rebutan tiga sahabat baik Wardi, Asmadi dan Taib sehingga menjejaskan persahabatan mereka.

Namun, sejak kemunculan Indah, kampung tersebut menjadi gempar dengan kematian misteri jejaka-jejaka kampung. Saban minggu akan ada seorang jejaka kampung yang mati dan ditemani lakaran teng teng di sisinya. Penduduk kampung tertanya-tanya siapakah dalangnya, namun Mak Esah, seorang wanita tua yang dianggap gila oleh penduduk kampung mengesyaki ianya ada kaitan dengan Indah. Apakah yang terjadi selanjutnya?

Jadual Sukan Komanwel Glasgow 2014


Jadual Atlet Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2014


26 JULY

BADMINTON
Mixed Team group stage
Group A
Malaysia v Sri Lanka (4pm)

BOXING
Mens's Light (60kg) - M.A. Othman (8.15pm)
Mens's Light Fly (49kg) - M.F. Mohd Redzuan (MAS) (1.30am - 27 July)
Mens's Light Welter (64kg) - K.A.Azmi (MAS) (1.50am - 27 July)

CYCLING
Women Sprint qualifying - Fatehah Mustapa (6pm)
Women 10km Scratch Race Finals - Fatehah Mustapa, Jupha Somnet (11.20pm)
Men 1000m time trial qualifying - Josiah Ng, Mohd Rizal Tisin (12.22am - 27 July)

GYMNASTICS
Hoop final - Amy Kwan, Wong Poh San (4.30pm)
Ball final - Amy Kwan, Wong Poh San (5.15pm)
Clubs final - Amy Kwan, Wong Poh San (6pm)

HOCKEY
Men : Malaysia v Canada (6pm)

JUDO
Men +100kg - M.R. Abdul Razak (5.40pm)

LAWN BOWLS
Men Triples - M.F.Abdul Jabal, Z.Redzuan, M.A.Mohammed Yusof (3.45pm)
Women Singles - S.Z. Ahmad (3.45pm)
Men Pairs - M.H. Abdul Rais, F.I. Abdul Muin (6.45pm)
Womens Fours - E.F. Saroji, N.F. Noh, N.H. Ismail, A.Arshad (6.45pm)

RUGBY
Malaysia v Wales (7pm)
Malaysia v Papua New Guinea (9.15pm)
Malaysia v Samoa (2am)

SHOOTING
Women
25m pistol - Bibiana Ng, Alia Sazana (4pm)
10m air rifle - Nur Ayuni Farhana Abdul Halim, Nur Suryani Mohd Taibi (4pm)

Men
10m air pistol - Eddy Chew, Johnathan Wong (3.45pm)
Skeet - Joseph Lee Joon Kit, Teh Chee Fei (4pm)

SWIMMING
Women
200m breaststroke - Christina Loh Yen Ling, Nadia Adrianna Redza Goh (5.50pm)
50m butterfly - Yap Siew Hui (6.30pm)

Men
50m backstroke - Tern Jian Han (6.15pm)
100m freestyle - Lim Ching Hwang, Welson Sim (6.35pm)

WEIGHTLIFTING
Men
69kg Group A final - Mohd Hafifi Mansor, Mohd Azril Huzairi Ramli (2.30am)

TABLE TENNIS
SQUASH



25 JULAI 2014

SWIMMING
Men
200m freestyle - Lim Ching Hwang, Kevin Yeap
100m breaststroke - Shaun Yap
4x100m freestyle relay - Lim Ching Hwang, Kevin Yeap, Vernon Lee Jeau Zhi, Welson Sim Wee Sheng

Women
50m freestyle - Chui Lai Kwan

WEIGHTLIFTING
Women
53kg Group A final - Azizah Fadzil, Frenceay Titus  (10.30pm)

Men
62kg Group A - Constantine Clement (2.30am)

TABLE TENNIS
Men
Group Stage
Malaysia v Saint Lucia

Women
Group Stage
Malaysia v Jamaica

HOCKEY
Women's Team
Malaysia v Scotland (9.00pm)



Telefilem Jihan Buat Rumah Terbuka


JUDUL : Jihan Buat Rumah Terbuka
TARIKH : Rabu, 30 Julai, 10 pagi
SIARAN : Astro Ria 104 & Maya HD 135
PELAKON : Jihan Raja Lawak, Wan Wala



Sinopsis Jihan Buat Rumah Terbuka

Jihan terpaksa membuat rumah terbuka untuk meyakinkan seorang pelabur supaya melabur dalam syarikat miliknya. Disebabkan rancangan Jihan, pelbagai kerenah dan perwatakan lucu telah berlaku.

Telefilem Hantu Selfie


JUDUL : Hantu Selfie
TARIKH : Ahad, 3 Ogos, 10 malam 
SIARAN : Astro Ria 104 & Maya HD 135
PELAKON : Zizan & Emma Maembong

SINOPSIS HANTU SELFIE

Saleh, seorong jejaka muda yang gemar mengambil ‘selfie’dan memuat naiknya ke internet. Suata hari, dia tertangkap gambar hantu cantik bernama Emma. Emma mahu Saleh mencari pembunuhnya dan Saleh ingin Emma monolongnya untuk menambat hati gadis idamannya Tisha.

Telefilem Tolong Aku Nak Puasa!


JUDUL : Tolong Aku Nak Puasa!
TARIKH : Isnin, 28 Julai, 10 pagi
SIARAN : Astro Ria 104 & Maya HD 135
PELAKON : Farid Kamil, Faralyna Idris

SINOPSIS TOLONG AKU NAK PUASA

‘Tolong, Aku Nak Puasa’ berkisarkan tentang AMIR seorang mat rempit yang sering berjanji ingin berubah tetapi tidak pernah berubah sehinggalah ayahnya meninggal dunia. Semua janjinya tidak membuahkan hasil yang positif. Amir masih dengan sikapnya yang tidak bersungguh dalam perkerjaan bahkan sering bertukar kerja.

Telefilem Rock Sangkut


JUDUL : Rock Sangkut
TARIKH : Isnin, 28 Julai, 2 petang
SIARAN : Astro Prima 105 & Maya HD 135
PNEGARAH : Asmawi Ani (Mawi)
TERBITAN : MW Entertainment Sdn Bhd
PELAKON : Hazama, Joey, Along, Acey, Kaza & Kamarul Yusof



SINOPSIS ROCK SANGKUT

Rock Sangkut adalah berorientasikan komedi tele dan agama. Ia adalah kisah tiga pemuda dari kampung yang bercita-cita tinggi untuk menubuhkan sebuah band rock. Mereka perlu melalui pelbagai sakit dan pahit dalam perjalanan untuk mencapai cita-cita mereka. Takdir menjadikan mereka tidak menjadi kumpulan rock, tetapi sekumpulan nasyid terkenal di Malaysia.

Selasa, 22 Juli 2014

Telemovie Spain Uoolss


TV3 akan menyiarkan telemovie terbaru sempena Hari Raya ini bertajuk 'Spain Uoolss'. Dilakonkan oleh Eirma Fatima, Nora Danish, dan Shaheizy Sam. Cerita yang mengisahkan Mak Cun yang sesat di perantauan.

JUDUL : Spain Uoolss
TARIKH : 1 Ogos 2014 (Hari Raya Kelima) 
SIARAN : 9.00 malam di TV3
PELAKON : Nora Danish, Shaheizy Sam, Eirma Fatima

Sinopsis Spain Uoolss

Mak Cun telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000 sebagai ibu tunggal terbaik di kampungnya. Dia bercadang untuk memberikan kejutan kepada anak perempuannya yang kini menetap di Sepanyol. Namun, Mak Cun berhadapan dengan masalah di Sepanyol kerana dia telah kehilangan alamat anaknya. Apa akan terjadi kepada Mak Cun?


Kampung Girl Raya (TV3)


Anugerah Syawal diraikan TV3 bersama penonton bakal menyiarkan telemovie bertajuk 'Kampung Girl Raya' pada Hari Raya ke-2 pukul 9.00 malam. Lakonan Akim Ahmad, Nad Zainal.

JUDUL : KAMPUNG GIRL RAYA
TARIKH : Selasa, 29 Julai 2014 (Hari Raya Kedua)
SIARAN : 9.00 malam, Fiesta Raya, TV3 
PELAKON : Akim Ahmad, Nad Zainal.

SINOPSIS KAMPUNG GIRL RAYA

Ain sedang sarat mengandung dan mengidam pelbagai makanan yang pelik di kampung. Asyraf cuba memenuhi permintaannya dalam mencari nangka dan daging unta walaupun terpaksa menghadapi pelbagai masalah untuk mendapatkan makanan tersebut.


Yes Boss Raya (TV3)


Telemovie khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bertajuk 'Yes, Boss! Raya' akan ditayangkan pada 8 Ogos jam 9.00 malam di TV3. Menampilkan lakonan Fahrin Ahmad, Emma Maembong, dan Nur Risteena. Sebelum ini TV3 pernah menyiarkan drama bersiri Yes, Boss terbitan Zeel Production

JUDUL : Yes, Boss! Raya
TARIKH : 9 Ogos 2014
SIARAN : 9.00 malam di TV3
SKRIP : Mufid Suhami
PENGARAH : Emi Suffian
TERBITAN : Zeel Production
PELAKON : Fahrin Ahmad, Emma Maembong, Nur Risteena

Sinopsis Yes, Boss! Raya

Apakah yang akan berlaku apabila Aryana dan Irham bertukar perwatakan selepas mereka berkahwin? Aryana menjadi ‘bossy’ manakala Irham hanya mengikut kehendak Aryana. Aryana enggan berkerja dengan Irham dan lebih selesa menjadi suri rumah sepenuh masa. Irham sering meluahkan masalah kepada pembantu peribadi baharunya, Nisya. Irham mula rapat dengan Nisha yang lemah lembut hingga timbul pergaduhan dalam rumah tangganya. Dapatkah rumah tangga mereka diselamatkan? Akankah Ariana pulang ke kampung halamannya pada Hari Raya?

Minggu, 20 Juli 2014

Drama Dosa Seorang Suami (TV3)



Drama terbaru di slot Azalea bertajuk 'Dosa Seorang Suami' akan menemui penonton pada 21 Julai 2014. Drama bersiri arahan Keoi Hj Khalid menampilkan pelakon seperti Amyza Aznan, Rusdi Ramli, Leez Rosli, Beego, Cat Farish Ramli, Watie Sadali, Nonny Nadirah, Dazrin Kamarudin, Keena Mentor dan beberapa lagi pelakon. Menggantikan drama Menantu 10 Ribu yang telah menamatkan siaran.  Saksikan drama Dosa Seorang Suami setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang di TV3

JUDUL : DOSA SEORANG SUAMI
TARIKH : 21 Julai 2014 
SIARAN : Slot Azalea TV3
PENGARAH : Keoi Hj Khalid
PELAKON : Leez Rosli, Amyza Aznan, Rusdi Ramli, Beego, Cat Farish Ramli, Watie Sadali, Nonny Nadirah, Dazrin Kamarudin, Keena Mentor, Afzan A.Rahman

WATAK PELAKON 
Amyza Aznan sebagai Shila
Leez Rosli  sebagai Sheila
Rusdi Ramli sebagai Rafiq
Beego sebagai Ustaz
Cat Farish Ramli seabgai Khamis
Watie Sadali sebagai Maya
Nonny Nadirah sebagai Lisa
Dazrin Kamarudin sebagai Ariz




Sabtu, 19 Juli 2014

Ala Emak Kahwinkan Aku (TV1)


Telemovie terbaru di TV1 berjudul 'Ala Emak … Kahwinkan Aku' akan menemui penonton pada 22 Julai depan. Telefilem terbitan Juah Corporation Sdn Bhd ini menggandingkannya pelakon Zul Huzaimy, Mardiana Alwi, Rosnah Johari, Kazar, Liza Abdullah dan Oshin. Saksikan drama ini pada 22 Julai depan, pukul 9.00 malam mengisi slot Panggung Seri di TV1.

JUDUL : Ala Emak Kahwinkan Aku 
TARIKH : 22 Julai 2014 (9.00 malam)
SIARAN : Slot Panggung Seri, TV1
PENGARAH : Zul Huzaimy
TERBITAN : Juah Corporation Sdn Bhd 
PELAKON : Zul Huzaimy, Mardiana Alwi, Rosnah Johari, Kazar, Liza Abdullah dan Oshin

SINOPSIS ALA EMAK KAHWINKAN AKU

Saksikan perjalanan cerita Alawi, suami Norihan yang selama ini tidak dapat tunaikan tanggungjawabnya sebagai bapa pada Mat Ali kerana keeganan Mat Ali menerimanya sebagai ayah tirinya, pantas menyokong kemahuan Pijo. Biarpun Pijo hadir dengan lurus dan serba kurang dalam dirinya, Alawi menyenangi Pijo sebagai anaknya. Malahan saja Alawi ambil Pijo kerja sangkar ikan miliknya.

Berlainan pula penerimaan Norihan terhadap Pijo. Norihan terus simpan rasa tak sukanya pada Pijo kerana Pijo pernah malukan dia di mata umum 5 bulan lalu. Norihan curi seutas kalung manik kerana waktu nak beli, kalung itu sudah ditempah. Pijo beritahu Tuan Gerai hal itu dan rahsia Norihan pecah. Lantas bila Norihan tahu Pijo nak kawin, dia gelak dan cebiknya mendahului segala.

Dalam masa yang sama, Pijo rapat dengan Shima. Pijo luahkan rasa sukanya pada Shima. Shima faham perasaan Pijo. Lantas dalam lembut dan untuk jaga hati Pijo, Shima gariskan dia akan selamanya tetap akan terima Pijo, tetapi sebagai kawan dan tak mungkin lebih dari itu. Pijo faham situasi namun kecewa.

Pijo terus desak Maziah. Maziah cuba berdalik dan mereka helah. Namun kemahuan Pijo kuat. Pijo merajuk. Pijo hilangkan diri. Timbul salah sangka yang mengatakan Pijo lemas di sungai. Norihan jumpa Pijo. Rasa tak suka Norihan pada Pijo bertukar jadi simpati. Lantas bila Mat Ali terlepas mulut mengatakan ada calon yang sesuai dengan Pijo, Norihan dan Alawi pantas sedia membantu.

Dalam masa yang sama, perangai buruk Mat Ali yang suka bertukar kekasih semakin menjadi-jadi. Pak Imam sarankan Alawi tegur dan nasihati Mat Ali. Mat Ali tak bena segala kata Alawi dan terus saja dengan mahunya.

Atas usaha dan bantuan Norihan bersama Alawi, Pijo diijabkabulkan dengan Faikah yang sebelum ini tinggal bersama emak saudaranya, Laili. Dalam manis rumahtangga Pijo ada juga masinnya. Maziah, Alawin dan Norihan sama bantu Pijo supaya lebih kenal tanggungjawab dan peranannya sebagai suami. Akhirnya, Pijo berjaya buktikan dirinya mampu suami yang baik dan bertanggungjawab.

Saat Pijo dan Faikah timang cahaya mata pertama. Shima naik pelamin dengan pemuda pilihan hatinya. Mat Ali terus hampakan Norihan yang mahu bermenantu dengan alasan, belum cukup sedia nak terima dan pikul tanggungjawab sebagai suami.

Jumat, 18 Juli 2014

HAK (Cerekarama TV3)


Saksikan telemovie menyayat hati bertajuk 'Hak' dalam slot Cerekarama di TV3 lakonan bersama Sara Ali, Ammar Ashraf, Rashidah Jaafar, Idris Mat Diah, Watie Elite dan beberapa lagi pelakon. Drama terbitan terbitan Maxiwork, arahan Raja Ahmad Alauddin. Telefilem ini dijangka bersiaran pada hari Sabtu, 19 Julai 2014 jam 10 malam di TV3.

JUDUL : HAK
TARIKH : 19 Julai 2014 (10 malam)
SIARAN : Slot Cerekarama di TV3
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
PELAKON : Sara Ali, Ammar Ashraf, Rashidah Jaafar, Idris Mat Diah, Watie Elite, Ayang Eta, Charlie Numan Salleh, Julia Ziegler

 SINOPSIS TELEFILEM HAK

Wanda melahirkan seorang bayi lelaki dan telah diserahkan kepada keluarga angkat melalui Jabatan Khidmat Masyarakat tetapi Wanda telah menclik anaknya dan lari ke Kuala Lumpur



Kamis, 17 Juli 2014

Pesawat MH17 Terhempas Ditembak



Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boieng 777 MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas akibat ditembak. Namun masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab sama ada dari pihak Rusia atau Ukraine.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat. Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Bbeberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Dilaporkan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS pada 23 April mengeluarkan satu "notis khas" mengenai ruang udara Ukraine kepada juruterbang-juruterbang AS dan pengangkut udara untuk menasihati mereka agar tidak terbang masuk ruang udara sekitar bandar raya Crimean Simferopol tanpa kelulusan khusus kerajaan AS.

Notis juga memberi amaran kepada pengendali-pengendali AS dan juruterbang terbang masuk bahagian lain Ukraine , termasuk Kiev, Lvov, Dnepropetrovsk dan Odessa, untuk "mengamalkan kewaspadaan yang teramat sangat kerana potensi ketidakstabilan yang berlanjutan." Amaran kekal dikuat kuasa sehingga 23 April, 2015.

VIDEO 



GAMBAR PESAWAT MH17 DITEMBAK









































Senin, 14 Juli 2014

Drama Cinta Itu Kerja Allah


RTM bakak menyiarkan sebuah drama terbaru bertajuk 'Cinta Itu Kerja Allah' yang akan bersiaran pada 15 Julai, jam 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2. Pelakon utamanya ialah Afiq Muiz, Ramona Zamzam dan Fimie Don.

JUDUL : CINTA ITU KERJA ALLAH
TARIKH : 15 Julai 2014 (10.00 malam)
SIARAN : Slot Citra di TV2
PENGARAH : Mr Murali Abdullah
PELAKON : Afiq Muiz, Ramona Zamzam, Fimie Don, Ahmad Iswazir


SINOPSIS CINTA ITU KERJA ALLAH

Mengisahkan Johar, pelajar lulusan sebuah universiti Timur Tengah kembali ke kampungnya dan dilantik sebagai tenaga pengajar khusus bagi menarik golongan muda mendekati masjid. 

Johar mengambil pendekatan berdakwah dengan cara mendekati dan terlibat dengan aktiviti golongan muda di kampungnya. Dia tidak semata-mata berceramah dan mengajar agama sebaliknya turun padang bermain bola dan mengikuti setiap aktiviti golongan muda. 

Atas persetujuan kedua belah pihak Johar di tunangkan dengan Fadilah, seorang guru KAFA di kampungnya. Pertunangan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati Samat yang telah dua kali lamarannya di tolak oleh Fadilah dan keluarganya. 

Sutinah seorang remaja yang bermasalah. Dia baru sahaja keluar dari Pusat Serenti dan berazam untuk mendalami agama bagi membuang tabiat buruknya selama ini. Ketika mengikuti kelas Fardu Ain, Sutinah pengsan dan dia dibantu oleh Johar. Kesempatan ini melalui rakaman gambar ketika kejadian, Samat menyebar fitnah yang Johar berkelakuan sumbang dengan Sutinah. 

Pertunangan Johar dengan Fadilah putus dan jawatan Johar di masjid hilang akibat fitnah. Fadilah menuduh Sutinah khianat padanya manakala Sutinah berusaha untuk membuktikan bahawa gambar yang disebar oleh Samat sudah melalui teknik superimpose. 

Johar bertindak membawa semula Samat ke zaman kanak-kanak dan alam persekolahan mereka berempat. Sebenarnya mereka berempat adalah sahabat baik dan cuma Johar sahaja yang berpeluang melanjut pelajaran ke luar negara. 

Kembali ke zaman persekolahan telah menginsafkan Samat betapa mereka adalah sahabat yang baik. Samat berazam untuk membersihkan nama Johar tetapi dia kemalangan dan doktor mengesahkan ada kesan pada otaknya. 

Ketika itu tidak siapa yang percaya apa yang diceritakan oleh Samat manakala Sutinah terus berusaha dengan bantuan rakan bagi membuktikan gambar tersebut sebenarnya superimpose. Meskipun di tuduh orang kampung sebagai kurang siuman, Samat terus berusaha membuktikan apa yang dilakukannya ke atas Johar sebelum ini adalah fitnah dan dendam. 

Fazilah juga menyesal dan ingin kembali kepada Johar. Namun Johar telah membuat keputusan untuk sambung belajar dan keluar dari kampung tersebut dengan memilih Sutinah sebagai isterinya. Samat meninggal akibat kemalangan.

Minggu, 13 Juli 2014

Monoloque - Moreh


Sempena sambutan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, monoloque menampilkan single terbaru berjudul ‘Moreh’ yang dilancarkan pada 13 Julai. Lagu berinstrumen muzik 'Minimalis' ini khas untuk umat Islam menjalani ibadah puasa. Lagu Moreh boleh dimuat turun secara percuma pada 13 hingga 14 Julai di lawan sesawang monoloque.com.  

Lagu : Moreh
Artis : Monoloque


Lirik Lagu Moreh - Monoloque

Setiap rumah setiap dapur
Pukul 4 pasti makan sahur
Lepas subuh ada yang kembali tidur
Ada yang bergegas ke Kuala Lumpur

Dari pagi hingga ke petang
Terngiang-ngiang makanan yang bakal terhidang
Matahari terbenam hilang
Perut kenyang berat tulang

Pasti moreh
Walau badan letih tetap pergi terawih
Tenaga pasti pulih
Lepas terawih sama-sama makan moreh

Tingkatkan produktiviti
Jangan leka tengok tv
Cakap banyak pun tak guna
Apa kata kita sama-sama cuba

Dari pagi hingga ke petang
Terngiang-ngiang makanan yang bakal terhidang
Matahari terbenam hilang
Perut kenyang berat tulang

Mesti moreh
Walau badan letih tetap pergi terawih
Tenaga pasti pulih
Lepas terawih sama-sama makan moreh

Walaupun kita berpuasa
Tak bermakna kita hilang kuasa
Cuma bertukar suasana
Tiba raya kita juara

Harap maafkan
Kalau ada terkurang atau terlebih
Selamat berpuasa
Hari raya yang mulia pasti tiba jua

Selamat berpuasa
Selamat berpuasa
Selamat berpuasa

Raya kan menjelma

Sabtu, 12 Juli 2014

Kembali Ramadan (Cerekarama TV3)


Telemovie 'Kembali Ramadan' bersiaran di slot Cerekamara jam 10 malam di TV3. Lakonan Zamarul Hisyam, Fauziah Ghous, Hanna Aqeela, Arifah Damanhuri, Fadhil Dani. Arahan Keoi Haji Khalid.
 
JUDUL : KEMBALI RAMADAN
TARIKH : Sabtu, 12 Julai 2014 (10.00 malam)
SIARAN : Slot Cerekemara TV3
PENGARAH : Keoi Haji Khalid
PELAKON : Zamarul Hisyam, Fauziah Ghous, Alia Farhana, Hanna Aqeela, Arifah Damanhuri, Fadhil Dani

SINOPSIS KEMBALI RAMADAN

Amran tidak bersetuju dengan cara bapa mertuanya mendidik anak-anaknya dengan kemewahan tetapi dia tidak mampu menentangnya. Saksikan kesudahan kisah mereka.




Jumat, 11 Juli 2014

Drama Rindu Awak 200% (TV3)


Creative Skill Solution membawakan drama adaptasi novel bertajuk Rindu Awak 200% hasi karya Liyana Zahim. Drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos dan skrip oleh Nieza Nahar. Menampilkan gabungan pelakon Zul Ariffin dan Ayda Jebat sebagai peneraju utama. Pelakon lain seperti Ika Nabella, Jonathan Putra, Mimi Ernida, Zuhairi dan ramai lagi. Peminat novel semestinya tertungu-tungu drama ini kerana novel Rindu Awak 200% antara novel yang paling laris dijual pada tahun 2013. Saksikan drama bersiri Rindu Awak 200% bersiaran mulai 15 Julai 2014, tayangan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.

JUDUL : Rindu Awak 200%
EPISOD : 28 Episod
TARIKH :  15 Julai 2014 (Isnin-Khamis, 7.00 malam)
SIARAN : Slot Akasia TV3
KARYA NOVELIS : Liyana Zahim
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Aidilfitri Mohamed Yunos
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Zul Ariffin, Ayda Jebat, Jonathan Putra, Karl Syafiq, Mimi Ernida, Adeline Tsen, Ika Nabila, Mia Ahmad, Zuhairi Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, Niena Bahrain, Afzan A.Rahman, Beego

LAGU TEMA / OST RINDU AWAK 200%

OST : Jaga Dia Untuk Ku
Penyanyi : Dato Siti Nurhaliza

OST : Maafkan Aku
Penyanyi : Asfan

PELAKON DAN NAMA WATAK

Zul Ariffin sebagai Zill Faezrul Iqba
Ayda Jebat sebagai Armel Aisya
Mimi Ernida sebagai Daria
Zuhairi sebagai Zahirin
Jonathan Putra  sebagai Raizil 
Adeline Tsen sebagai Irene
Karl Shafek Ibrahim sebagai Ilhan Darwisy
Afzan A.Rahman sebagai Azad 
Fazahmaddaud sebagai Raziqah
Fathildani sebagai Iqbal
Fazah Mad Daud
Ika Nabella sebagai Nazneen

VIDEO PROMO






SINOPSIS NOVEL RINDU AWAK 200%

Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. 

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. 

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! 

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

Novelis Liyana Zahim



Pelakon  Zul Ariffin




GAMBAR PELAKON RINDU AWAK 200 PERATUS