![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhl09pjoJvedjLsluFPmTkpZw5pDrEbJZVeddK20ZLYsVSMoowGgLfnycRMYU3PpKE5HQxpsRP3a1QIU6PoQCsNhcm-kpQe23WB8XNxf7ePusnWNLA96a2IZwL2dOaoSVXJ5_5PpRLHZGs/s1600/Yes+Boss+Raya.jpg)
Telemovie khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bertajuk 'Yes, Boss! Raya' akan ditayangkan pada 8 Ogos jam 9.00 malam di TV3. Menampilkan lakonan Fahrin Ahmad, Emma Maembong, dan Nur Risteena. Sebelum ini TV3 pernah menyiarkan drama bersiri Yes, Boss terbitan Zeel Production
JUDUL : Yes, Boss! Raya
TARIKH : 9 Ogos 2014
SIARAN : 9.00 malam di TV3
SKRIP : Mufid Suhami
PENGARAH : Emi Suffian
TERBITAN : Zeel Production
PELAKON : Fahrin Ahmad, Emma Maembong, Nur Risteena
Sinopsis Yes, Boss! Raya
Apakah yang akan berlaku apabila Aryana dan Irham bertukar perwatakan selepas mereka berkahwin? Aryana menjadi ‘bossy’ manakala Irham hanya mengikut kehendak Aryana. Aryana enggan berkerja dengan Irham dan lebih selesa menjadi suri rumah sepenuh masa. Irham sering meluahkan masalah kepada pembantu peribadi baharunya, Nisya. Irham mula rapat dengan Nisha yang lemah lembut hingga timbul pergaduhan dalam rumah tangganya. Dapatkah rumah tangga mereka diselamatkan? Akankah Ariana pulang ke kampung halamannya pada Hari Raya?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar