![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnHLxwNO1IWbnnbtBb-JWg-Cc7y9MWB23LAcf4k9ZRjiQhvgUBjuaVes6TMOMwK6VIHu0eh45uCC-tsrMsVzvKsQNLUcdMP2KweK0gyq0c3xjUcVo7yl9Ckjb6If4L5zrMBei5WHZ3KOA/s1600/Monoloque+Moreh.jpg)
Sempena sambutan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, monoloque menampilkan single terbaru berjudul ‘Moreh’ yang dilancarkan pada 13 Julai. Lagu berinstrumen muzik 'Minimalis' ini khas untuk umat Islam menjalani ibadah puasa. Lagu Moreh boleh dimuat turun secara percuma pada 13 hingga 14 Julai di lawan sesawang monoloque.com.
Lagu : Moreh
Artis : Monoloque
Lirik Lagu Moreh - Monoloque
Setiap rumah setiap dapur
Pukul 4 pasti makan sahur
Lepas subuh ada yang kembali tidur
Ada yang bergegas ke Kuala Lumpur
Dari pagi hingga ke petang
Terngiang-ngiang makanan yang bakal terhidang
Matahari terbenam hilang
Perut kenyang berat tulang
Pasti moreh
Walau badan letih tetap pergi terawih
Tenaga pasti pulih
Lepas terawih sama-sama makan moreh
Tingkatkan produktiviti
Jangan leka tengok tv
Cakap banyak pun tak guna
Apa kata kita sama-sama cuba
Dari pagi hingga ke petang
Terngiang-ngiang makanan yang bakal terhidang
Matahari terbenam hilang
Perut kenyang berat tulang
Mesti moreh
Walau badan letih tetap pergi terawih
Tenaga pasti pulih
Lepas terawih sama-sama makan moreh
Walaupun kita berpuasa
Tak bermakna kita hilang kuasa
Cuma bertukar suasana
Tiba raya kita juara
Harap maafkan
Kalau ada terkurang atau terlebih
Selamat berpuasa
Hari raya yang mulia pasti tiba jua
Selamat berpuasa
Selamat berpuasa
Selamat berpuasa
Raya kan menjelma
Tidak ada komentar:
Posting Komentar