![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCrZNa0a4hwwxew0WQbjv7vlbk5-vY6E9-4n2VrW3lzJqktduITNazqZkZg0bRZfJV5nOj4oGjVIcwQmZ9gN0kyUoPS4yzg2a1jqnsKxgQPqoBfP-5g5zwck6sCwjJ_L39gMhynk-oQ5Qi/s640/Muhammadku+TV3.jpg)
MUHAMMADKU TV3
Program Ilmiah MUHAMMADKU Bersiaran Setiap Jumaat, 5.00 Petang bermula 4 Oktober ini, setiap hari Jumaat menggantikan Al Kulliyyah yang bakal berehat sebentar. Penonton yang terlepas menyaksikan MUHAMMADKU boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my
Program ini membawa penonton merasai dan mencontohi insan agung Rasulullah SAW junjungan mulia melalui pelbagai topik-topik akhlak menarik yang akan disampaikan setiap minggu. Antara keperibadian Rasulullah SAW yang bakal diceritakan termasuklah sifat solat Baginda, perjalanan haji mabrur dan banyak lagi kisah akhlak terpuji Rasulullah SAW meliputi setiap disiplin kehidupan yang perlu dan wajib diketahui dan diteladani oleh umat Baginda.
Menampilkan pendakwah terkenal iaitu Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid sebagai pemimpin progam. Sepanjang perkongsian ilmu rancangan 13 episod ini, setiap episod MUHAMMADKU juga diserikan dengan persembahan Kumpulan Ahbabul Habib mengalunkan kegermisikan Qasidah puji-pujian kepada junjungan besar ke atas Baginda SAW yang juga selama ini alunannya semakin dilupakan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar