BAJET 2014 MALAYSIA akan dibentangkan pada 25 Oktober ini oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak bertajuk "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji" di Dewan Rakyat. Bajet 2014 memberi tumpuan kepada lima teras utama iaitu merancakkan aktiviti ekonomi , mengukukuhkan pengurusan fiskal, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar serta mensejahterakan kehidupan rakyat.
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2014 berjumlah RM264.2 bilion dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus berkembang kukuh, mengurangkan defisit fiskal, memakmurkan negara dan mensejahtera rakyat dalam proses Malaysia menuju status negara maju berpendapatan tinggi.
RM217.7 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus
RM46.5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
RM63.3 bilion dikhaskan untuk emolumen
RM36.6 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan
RM114.5 diperuntuk kepada pemberian dan kenaan bayaran tetap, sejumlah
RM1.4 bilion untuk pembelian aset
RM1.5 bilion untuk perbelanjaan lain.
RM29 bilion disediakan untuk sektor ekonomi
RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan
RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).
Peruntukan RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian
RM1.6 bilion bagi pembangunan 5 wilayah Koridor
RM540 juta disediakan untuk bantuan persekolahan
RM2.2 bilion bantu kos pembelajaran pelajar
BR1M dinaikkan kepada RM650, RM300
Bayaran Bantuan Khas Kewangan untuk pesara RM250
Kakitangan awam terima bonus setengah bulan gaji, minimum RM500 pada Januari 2014
Kerajaan peruntuk RM1.9 bilion bina rumah mampu milik
Kerajaan sedia kit rawatan CAPD percuma kepada pesakit buah pinggang
Subsidi gula dimansuhkan berkuatkuasa esok - Najib
Kerajaan cadang tingkat sumbangan SP1M daripada 5 kepada 10 peratus
Bantuan persekolahan RM100, baucar buku RM250 diteruskan
RM450 juta diperuntukkan untuk NKRA Pengurangan Jenayah
GST dilaksanakan 1 April 2015, kadar 6 peratus
Perkhidmatan pengangkutan, Kerajaan dikecualikan GST
GST tidak dikenakan kepada barangan asas
Pembayar cukai tidak perlu kemuka borang nyata cukai pendapatan mulai 2014
Pinjaman RM50 juta disediakan untuk Usahawan Siswazah
Projek HSBB fasa kedua dilaksanakan, kos RM1.8 bilion
Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan RM2 bilion disediakan
Akta perlindungan data peribadi lindungi maklumat peribadi orang ramai
Aktiviti ekonomi di perairan Sabah kembali pulih dengan tertubuhnya ESSCOM
Jawatankuasa Khas ditubuhkan siasat laporan Ketua Audit Negara
Program kebajikan rakyat 1Malaysia manfaatkan 514,066 kumpulan sasar
Pengguna Internet Malaysia cecah 25 juta orang pada 2015
Ekonomi Malaysia berkembang 5.0 hingga 5.5 peratus tahun depan
Pejabat Pembangunan Usahawan Negara diwujudkan
Pelan Induk Sektor Perkhidmatan 2014 diperkenalkan
2015 diisytiharkan “Year of Festival”
Pendapatan perkapita negara bagi tahun 2014 dijangka mencecah RM34,126 iaitu 37 peratus lebih tinggi berbanding RM24,879 pada 2009.
TEKS UCAPAN BAJET 2014 [ Download Link ]
Intipati / Teks Ucapan / Ringkasan Bajet 2014 Malaysia akan dikemaskini
Tidak ada komentar:
Posting Komentar