Kadar baharu RM150 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berkuat kuasa bagi saman dikeluarkan selepas 18 September lalu, manakala saman sebelum tarikh itu masih menggunakan kadar lama iaitu RM300.
Kadar baharu tersebut berasaskan ’Lagi Lewat Dibayar, Lagi Banyak Perlu Dibayar” iaitu saman RM150 bagi kesalahan melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat akan meningkat kepada RM200 jika tidak dibayar dalam tempoh 14 hari dan RM300 jika tidak dibayar dalam tempoh 60 hari.
Tempoh 14 hari itu bermula hari ini dan pembayaran bole mulai hari ini. Jika saman itu tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya tiga bulan, pemilik saman itu akan dihadapkan ke mahkamah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar