Malam ini, TV AL Hijrah akan membawakan telefilem terbaru berjudul SEJERNIH HATI KHADIJAH yang mengisahkan pengorbanan dan kasih sayang seorang penjaga terhadap anak jagaaanya. Drama ini dibintangi oleh Eja, Noorkhiriah, Hisyam Hamid dan ramai. Diarahkan oleh Shuhaimi Lua Abdullah. Saksikan SEJERNIH HATI KHADIJAH jam 10 malam di TV Al-Hijrah.
JUDUL : SEJERNIH HATI KHADIJAH
TARIKH : Jumaat, 21 Februari 2014
SIARAN : TV Al-Hijrah
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
PELAKON : Eja (Siti Shahrizah), Noorkhiriah, Hisyam Hamid, Azza Zawari, A.r. Saud, Adik Nur Amalin, Adik Nurul Fatea, Adik Daniel Ilham
SINOPSIS DRAMA SEJERNIH HATI KHADIJAH
Kisah bermula dengan watak Siti Khadijah berusia 40-an yang menjadikan rumahnya sebagai pusat penjagaan kanak-kanak gelandangan berbekalkan duit simpanan dan hasil peniagaan kedai dobinya. Walaupun menghadapi cabaran dari segi kesihatan mereka dan pandangan sesetengah masyarakat, dia tetap tabah mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehinggalah diakui jiran-jirannya.
Selepas mendengar desas desus berkenaan Siti Khadijah, Qalisha ibu kepada Intan berhasrat menyerahkan anaknya kepada Siti Khadijah akibat masalah kewangan yang dihadapinya dan berjanji untuk menghubungi Siti Khadijah di kemudian hari.
Siti Khadijah tidak sampai hati untuk menolak permintaan Qalisha meskipun menghadapi pelbagai masalah dalam memelihara anak-anak gelandangan bawah jagaannya. Tetapi sepanjang berada di bawah jagaan Siti Khadijah, Intan berperangai pelik dan gemar memencilkan diri walau dia puas mencuba pelbagai cara untuk mengembirakan hati Intan. Qalisha pula senyap tanpa khabar berita.
Semasa mereka bermain di luar rumah, Intan pengsan secara tiba-tiba dan dikejarkan ke hospital. Dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang yang kritikal dan hanya mempunyai masa kurang dari tiga bulan untuk meneruskan kehidupan. Siti Khadijah terkejut bukan kepalang dan sebak memikirkan nasib Intan yang terpaksa mengharungi dugaan seberat itu di usia yang terlalu muda.
Siti Khadijah buntu. Dia berasa seolah-olah ujian ini terlalu sukar untuk ditempuh. Dia berusaha untuk redha dan yakin kepada Ilahi namun, doktor menjelaskan bahawa bukan duit yang mampu menyelamatkan Intan tetapi dia perlu mencari buah pinggang yang sesuai untuk Intan. Dia berhasrat untuk menderma salah sebuah buah pinggang miliknya tetapi bagaimana pula nasib anak-anak jagaannya kelak. Dia hanya mampu bertawakal.
Sementara itu, Qalisha telah diterima bekerja di Melaka. Dia selalu memikirkan Intan sehinggakan selalu termimpikan yang pelik-pelik mengenai anaknya. Dalam mimpinya, Intan sudah meninggal dunia dan memanggilnya datang menziarahi kubur. Qalisha gusar memikirkan mimpinya.
Adakah mimpi itu petunjuk daripada Tuhan? Betulkah ramalan ibu Intan, Qalisha? Berjaya atau tidak pembedahan itu nanti? Bagaimana nasib Siti Khadijah dan Intan?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar