Drama telemovie terbaru berjudul "30 HARI CINTA" bakal menemui penonton pada hari Sabtu ini, 15 Februari 2014 di slot Panggung 1 saluran TV1 (RTM). 30 HARI CINTA menampilkan gandingan pasangan kekasih iaitu Amyra Rosli dan Dazrin Kamarudin. Mengisahkan konflik percintaan pasangan suami isteri yang ingin berpisah dalam jangka masa 30 hari akibat adanya pihak ketiga. Mampukah pertalian mereka dapat bertahan?
Saksikan drama "30 HARI CINTA" pada hari Sabtu, 15 Februari 2014 jam 2.00 petang di TV1.
JUDUL : 30 HARI CINTA
Pukul : 2.00 petang
Waktu Siaran : Sabtu, 15 Februari 2014
TV : RTM TV1 di Slot Pangung 1
Pengarah : Adam Azhar
PELAKON : Dazrin Kamarudin, Amyra Rosli, Sharifah Sakinah dan Talha Harith
SINOPSIS DRAMA 30 HARI CINTA
Mengisahkan watak Fendy (Dazrin Kamarudin) dan Emylia (Amyra Rosli) telah berkahwin selama 2 tahun. Fendy merupakan seorang usahawan muda yang sedang naik manakala Emylia merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Oleh demikian, Fendy selalu perlu bekerja luar daerah dan meninggalkan isterinya.
Pada suatu hari, Fendy menerima setiausahanya yang baru bernama Suzana (Sharifah Sakinah). Suzana kerap menemani Fendy membuat kerja luar sehingga hubungan mereka menjadi semakin rapat dan mesra. Lama-kelamaan Fendy tidak dapat menipu hatinya. Fendy menyedari dirinya sudah menyukai Suzana dan ingin berkahwin dengan Suzana. Suzana bersetuju untuk berkahwin dengan Fendy tetapi dengan syarat Fendy menceraikan Emylia.
Walaupun Fendy berasa serba salah, namun diterimanya oleh kerana perasaan sayang yang mendalam terhadap Suzana, Emylia berasa terkejut apabila Fendy menyampaikan hasratnya ingin berpisah. Walaupun berasa sedih, namun Emylia tetap bersetuju tetapi meletakkan syarat bahawa Fendy perlu bersamanya selama 30 hari sepertimana kehidupan mereka pada awal perkahwinan dan sewaktu bercinta. Permintaan itu amat mengejutkan Fendy tetapi Fendy bersetuju kerana ingin segera berpisah dengan Emylia. Keesokkannya, Emylia meminta Fendy mengucup, memeluk dan mendukungnya seperti pada awal perkahwinan mereka, walaupun pada mulanya berasa agak janggal, dan tidak selesa, namun lama-kelamaan dia menjadi selesa.
Pada satu hari, apabila bangun dari tidur, Fendy melihat Emylia tiada disisinya, dan apabila beliau pergi ke ruang tamu, terlihat Emylia selamba menonton TV, sehingga Fendy pergi kerja, Emylia masih tidak menghiraukan Fendy. Akhirnya, baru Fendy sedar, tempoh 30 hari telah tamat pada hari tersebut.
Kemudian Suzana muncul di pejabat, Fendy menyatakan ingin berpisah dengan Suzana, Suzana berasa marah lalu meninggalkan Fendy, tiba-tiba Fendy mendapat mesej daripada Emylia meminta izin keluar rumah. Fendy terkejut dan bergegas pulang ke rumah, setibanya di rumah, Emylia sudah tiada, Fendy menangis, tiba-tiba Emylia muncul memberitahu dia keluar rumah sebentar bagi membeli barangan dapur untuk makan malam ulang tahun perkahwinan mereka ke-3. Fendy tersenyum lalu memeluk Emylia.
GAMBAR PELAKON DRAMA 30 HARI CINTA
Tidak ada komentar:
Posting Komentar