Mulai 5 Februari 2014, TV3 akan menyiarkan drama terbaru berjudul MIRANDA. Drama ini menampilkan semula pelakon yang lama menyepi iaitu Fasha Sandha bergandingan dengan Dazrin Kamarudin. Nantikan drama ini setiap hari Rabu jam 9 malam di TV3.
Tajuk : Miranda
Mulai : Rabu, 5 Februari 2014
Waktu Siaran: Setiap hari Rabu, 9.00 malam
Waktu Siaran: Setiap hari Rabu, 9.00 malam
Penerbit : Enuja Production Sdn Bhd
Pengarah : Along Kamaludin
Pelakon : Dazrin Kamarudin (Ammar) dan Fasha Sandha (Miranda), Mardiana Alwi (Melly)
SINOPSIS DRAMA MIRANDA
Drama ini mengisahkan Miranda yang melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas memutuskan pertunangan dengan Izwan iaitu pemuda pilihan ibu tirinya, Salimah.
Izwan cuba merogol Miranda tetapi Salimah tidak percaya dan menganggap Miranda cuba memfitnah Izwan. Malah Salimah memaksa Miranda dengan Izwan bernikah secepat mungkin namun Izwan acuh tak acuh malah lebih kerap mahu mengambil kesempatan terhadap Miranda.
Miranda kemudian menumpang di rumah bapa saudaranya Datuk Shukri buat seketika. Namun, kemunculannya mengejutkan anak-anak Shukri iaitu Ammar dan Melly. Isterinya, Datin Rina walaupun tidak senang dengan kedatangan Miranda, dia tidak menunjukkan perasaannya tetapi selalu mempersoalkan kepada Shukri.
Akhirnya Rina menghalau Miranda dari rumah mereka dan merahsiakan perkara itu daripada Shukri. Dia pura-pura kesal kerana menunjukkan rasa tidak suka kepada Miranda. Selepas keluar dari rumah Shukri, Miranda menumpang pula di rumah rakannya, Mazita yang bekerja di stesen minyak.
Dengan pertolongan Mazita, Miranda berjaya mendapatkan pekerjaan di situ. Bagaimanapun, Shukri berjaya menemuinya di situ manakala Izwan terus mencarinya.
Mampukah Miranda lari daripada takdir hidupnya?
GAMBAR PELAKON DRAMA MIRANDA
Tidak ada komentar:
Posting Komentar