Selasa, 04 Februari 2014
Episod Akhir Menjinak Ombak
Episod akhir drama Menjinak Ombak akan bersiaran pada 28 Februari 2014. Berikut sinopsis untuk tiga episod terakhir drama Menjinak Ombak. Selepas berakhirnya Menjinak Ombak, drama terbaru berjudul 'Kifarah' pula akan bersiaran pada 7 Mac 2014. Baca artikel disini
Sinopsis Episod Akhir Drama Menjinak Ombak
Menjinak Ombak Episode 11
Persiapan pernikahan Syakinah dan Fatah sedang dibuat secara sederhana oleh Imam Ismail dan Halimah. Entah kenapa Syakinah dapat merasakan yang dia tidak gembira dan ingatannya amat kuat terhadap Firhad.
Menjinak Ombak Episode 12
Khadeeja jatuh dan kemudian dipukul sehingga pengsan oleh Fatah. Sebaik sahaja Khadeeja membuka mata dia telah berada di sebuah rumah kosong dan di hadapannya berdiri Fatah dengan pandangan yang menakutkan.
Menjinak Ombak Episode 13
Syakinah benar-benar terperanjat dan seakan tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh Firhad. Syakinah tahu tidak mungkin sesiapa yang waras akan percaya cerita dari Firhad. Syakinah mula meragui cerita Firhad.
Apakah watak sebenar Fatah? Adakah Syakinah sudah mula jatuh hati kepada Firhad? Sama-sama kita nantikan
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar