Astro akan menayangkan drama terbaru berjudul Dendam 5 Beradik yang akan bersiaran mulai 1 Mac di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat. Drama besiri 6 episod ini diarahkan oleh Along Kamaludin menampilkan beberapa pelakon hebat seperti Datuk Eizlan Yusof, Shah Jaszle, Ana Dahlia, Shukri Yahaya, Sharifah Sakinah dan Sobri Anuar. Drama ini lebih mengisarkan mengenai kisah kisah penyiasatan dalam menyelesaikan kes jenayah. Menariknya setiap episod untuk drama ini berdurasi 110 minit menyamai sebuah filem. Pengguna boleh melanggan drama ini di saluran 200.
JUDUL : Dendam 5 beradik
TARIKH : Mulai 1 Mac
SIARAN : Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 953)
PENGARAH : Along Kamaludin
PELAKON : Datuk Eizlan Yusof, Shah Jaszle, Ana Dahlia, Shukri Yahaya, Sharifah Sakinah dan Sobri Anuar
SINOPSIS DRAMA DENDAM 5 BERADIK
Dendam 5 Beradik mengisahkan mengenai lima beradik iaitu Suffian lakonan Datuk Eizlan Yusof, Haniff (Shah Jaszle), Watie (Ana Dahlia), Mikhail (Shukri Yahaya), Sally (Sharifah Sakinah) dan Ray (Sobri Anuar) yang melakukan satu perancangan paling rapi untuk menuntut bela di atas kematian bapa mereka. Bapa mereka dibunuh kejam di depan mereka ketika masing-masing masih kecil. Ia mengakibatkan dendam menguasai diri lima beradik itu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar