cooltext1867925879

~~ Mudahnya peluang usaha ~~

SUSU KAMBING ETAWA BUBUK 2015

E.A.P Teknologi BPTP YOGYAKARTA

header

1419847472700532415 ETAA  

Untuk itu awali tahun baru Anda dengan berwirausaha dan kembangkan bakat kewirausahaan Anda dengan bergabung bersama

header

~~SUSU KAMBING ETAWA BUBUK Ijin Edar LPPOM 12040002041209 E.A.P Teknologi BPTP YOGYAKARTA ~~

Halal MUI

Ibu Eri Sulistyowati Telp/sms 089651095115 Pin 28823f03

~~ PELUANG USAHA 2015 ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~

  1. Bisnis paling menjanjikan dengan laba 100% milik sendiri tentunya akan sangat menarik untuk dijalani. ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~
  2. sebuah usaha kemitraan yaitu ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~
  3. membuka sebuah penawaran paling hot di Awal tahun 2015 yaitu paket kerjasama kemitraan dengan anggaran biaya @20.000 /kotak' (partai ecer) Untuk grosir bisa MendapatkanHarga hingga @15.000 WOOOW dengan mendapatkan benefir semua kelengkapan usaha.
  4. Anda bisa langsung usaha ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~ dengan investasi yang ringan.
  5. Pada tahun 2015 banyak diprediksi bahwa usaha ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~ masih sangat menjanjikan.
  6. Disamping pangsa pasar yang luas jenis usaha ~~ SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~ juga banyak diminati. Konsumen yang tiada habisnya akan banyak menyedot perhatian bagi pemilik investasi.
  7. Untuk itu jangan buang kesempatan ini, mari segera bergabung bersama kami dan rasakan sendiri manfaat laba untuk Anda.

Tunggu apalagi, ambil telepon Anda dan hubungi kami melalui sms,bbm maupun email susukambingeta@gmail.com. Jika Anda masih ragu, konsultasikan dahulu dengan kami dan akan kami jelaskan mekanismenya. Proses yang sangat mudah dan tidak berbelit-belit akan memudahkan Anda dalam menjalani usaha ini. Kami tunggu Anda sekarang untuk bermitra bersama kami dan semoga kita biosa menjadi mitra bisnis yang saling menguntungkan. Koperasi Etawa Mulya didirikan pada 24 November 1999 Pada bulan Januari 2011 Koperasi Etawa Mulya berganti nama menjadi Etawa Agro Prima. Etawa Agro Prima terletak di Yogyakarta. Agro Prima merupakan pencetus usaha pengolahan susu yang pertama kali di Dusun Kemirikebo. Usaha dimulai dari perkumpulan ibu-ibu yang berjumlah 7 orang berawal dari binaan Balai Penelitian dan Teknologi Pangan (BPTP) Yogyakarta untuk mendirikan usaha pengolahan produk berbahan susu kambing. Sebelum didirikannya usaha pengolahan susu ini, mulanya kelompok ibu-ibu ini hanya memasok susu kambing keluar daerah. Tenaga kerja yang dimiliki kurang lebih berjumlah 35 orang yang sebagian besar adalah wanita. Etawa Agro Prima membantu perekonomian warga dengan mempekerjakan penduduk di Kemirikebo.

~~ Mudahnya peluang usaha ~~

SUSU KAMBING ETAWA BUBUK 2015

Ibu Eri Sulistyowati Telp/sms 089651095115 Pin 28823f03

~~ PELUANG USAHA 2015 ~~

~~SUSU KAMBING ETAWA BUBUK ~~

cooltext1867925879
application apk free download: Januari 2014

Kamis, 30 Januari 2014

Lagu Tema Piala Dunia 2014


Fifa dan Sony Music telahpun mengeluarkan Lagu rasmi untuk kejohanan bolasepak Piala Dunia 2014 berjudul We Are One (Ole Ola). Lagu ini dinyanyikan oleh Pitbull, Jeniffer Lopez dan Claudia Leitte.





LIRIK LAGU  akan dikemaskini

Rabu, 29 Januari 2014

CINTA JANGAN PERGI (Drama TV3)


Drama bersiri Cinta Jangan Pergi yang pernah ditayangkan di saluran TV9 kini kembali diulang di Slot Azalea TV3. Drama ini akan bersiaran mulai hari Rabu, 5 Februari 2014 selepas berakhirnya drama bersiri Kalimah Jiwa.

JUDUL : CINTA JANGAN PERGI
TARIKH : 5 Februari 2014
SIARAN : Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang di Slot Azalea TV3
TERBITAN : Filmscape Production
PELAKON : Tiz Zaqyah (Lea Soraya), Remy Ishak (Kalil), Josiah Hogan (Hud)


SINOPSIS CINTA JANGAN PERGI 

Cinta Jangan Pergi mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri. 

Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali dan menghabiskan masa bersama, bibit-bibit cinta mula terbit di hati dan mereka mula mengikat janji. Kalil akan membuktikan cintanya bukan hanya untuk semusim dan cintanya hanya untuk Lea. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil.

GAMBAR PELAKON DRAMA CINTA JANGAN PERGI 









Drama Janji Jaslina (TV3)


Satu lagi drama di slot Azalea TV3 berjudul Janji Jaslina akan menemui penonton di kaca tv pada tahun ini. Drama ini dilakonkan oleh Eira Syazira, Norman Hakim, Almy Nadia, Nizen Ayob, dan ramai lagi. Dibawah arahan Emi Suffian terbitan Orangetree Production. Saksikan drama JANJI JASLINA disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang bermula 31 Mac 2014.

JUDUL : Janji Jaslina
EPISOD : 20 Episod
TARIKH : 31 Mac 2014 (Setiap Isnin hingga Khamis)
WAKTU : 4.00 petang
SIARAN : Slot Azalea TV3
PENGARAH : Emi Suffian
SKRIP : Azmy Mohd Arif
TERBITAN : Orangetree Production
PELAKON : Eira Syazira (Jaslina), Norman Hakim (Johan), Almy Nadia (Rahayu), Nizen Ayob (Dr Arif), Ana Dahlia (Atira), Shaharudin Thamby (Pak Ayob), Fadilah Mansor (Mak Kiah), Mustafa Kamal (Dato Kamal’), Raja Emma (Datin Nora), Erry Putra (Fiq) dan adik Wafiy Irfan Ariffin (Iman).



SINOPSIS JANJI JASLINA

JANJI JASLINA mengisahkan pasangan suami isteri, Jaslina dan Johan yang dianugerahkan 2 orang anak, Nina dan Iman. Jaslina berkahwin dengan Johan pada usia yang muda. Apabila Nina disahkan mengidap penyakit asma pada umur 10 tahun, Jaslina telah berhenti kerja bagi menjaga anaknya tetapi dimarahi oleh Johan. Tanpa diketahui oleh Jaslina, Johan masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya, Rahayu.

Rahayu sering bertandang ke rumah Johan. Jaslina tidak menyimpan prasangka buruk terhadap Rahayu. Tambahan pula, Rahayu pandai berlakon dan berpura-pura rapat dengan Nina. Suatu hari, Rahayu dengan sengaja tidak memberikan inhaler kepada Nina yang diserang asma. Tindakannya telah menyebabkan Nina gagal mendapat rawatan segera dan meninggal dunia.

Kematian Nina telah mengakibatkan Jaslina menghadapi tekanan emosi. Tambahan pula, Johan telah berkahwin dengan Rahayu dan tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan adil. Jaslina dibiarkan terkapai-kapai mencari kehidupan sendiri. Penderitaan Jaslina bertimpa-timpa apabila anaknya Iman disahkan mengidap penyakit leukemia. Wang yang diberikan oleh Johan tidak diserahkan oleh Rahayu kepada Jaslina telah menyebabkan Jaslina hidup dalam kesempitan. Johan tidak sedar akan niat sebenar Rahayu berkahwin dengannya.

Ketika menjalankan tugasnya di Sabah, Johan telah diculik dan Jaslina terus hilang punca sumber kewangan. Jaslina terpaksa keluar dari rumah setelah rumahnya dilelong oleh pihak bank. Jaslina terpaksa menumpang di rumah Pak Ayob dan Mak Kiah. Namun, Pak Ayob mengambil kesempatan atas wang yang didermakan oleh orang ramai untuk kos perubatan Iman. Malah, Pak Ayob juga cuba menggoda Jaslina dan ingin mengahwininya.


Akhirnya, Jaslina meninggalkan rumah Pak Ayob dan bertemu dengan Dr. Arif. Apakah bantuan yang diberikan oleh Dr. Arif ikhlas untuk membantu Jaslina? Kepulangan Johan secara tiba-tiba telah menimbulkan pelbagai persoalan sementara Rahayu juga menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya, Fiq. Apakah yang Johan bakal lakukan selepas rahsia Rahayu terbongkar? Siapakah jodoh sebenar Jaslina?

GAMBAR PELAKON DRAMA JANJI JASLINA











Bila Biniku Gongxi (Cerekarama TV3)



Sempena menyambut tahun baru Cina, telefilem khas berjudul Bila Biniku Gongxi akan bersiaran slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu, 1 Februari 2014 . Diarah oleh Mohd Azaromi Ghozali. Pelakon utam ialah Soo Wincci dan Iqram Dinzly.

Saksikan Bila Biniku Gongxi Cerekarama TV3 pada hari Sabtu, 1 Februari 2014 jam 10 malam di TV3


Tajuk : Bila Biniku Gongxi
Tarikh : 1 Februari 2014
Siaran : 10 malam di Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Mohd Azaromi Ghozali (MAG) 
Penerbit : Metrowealth Pictures
Pelakon: Soo Wincci, Iqram Dinzly, Adeline Tsen, Mandy Chong, Chew Kin Wah, Sarissa Chong.




SINOPSIS DRAMA BINI-BINIKU GONGXI

Sejak kecil lagi,  hubungan Tina Abdullah dan  adiknya, Jenny Tan kurang baik. Permusuhan ini memuncak apabila Tina berkahwin dengan bekas teman lelaki Jenny. Ketika Tahun Baharu Cina pada tahun-tahun sebelumnya, Tina dan Jenny akan menghubungi ibu bapa, dan memastikan mereka pulang pada tarikh yang berlainan, supaya tidak bertemu. Ibu bapa mereka, Aunty Mei dan Uncle Tong mengimpikan untuk ‘Makan Besar’ bersama-sama. Aunty Mei dan Uncle Tong berpakat untuk mendapatkan bantuan menantu mereka dengan alasan palsu bahawa Uncle Tong sakit tenat....
.

GAMBAR PELAKON BILA BINIKU GONGXI












Sinopsis Emergency Couple


JUDUL : Emergency Coupl aka Emergency Man and Woman
SIARAN : tvN, 24 Januari 2014
PELAKON : Song Ji-Hyo, Choi Jin-Hyuk, Lee Pil-Mo, Choi Yeo-Jin, Clara

Sinopsis Emergency Couple / Emergency Man and Woman

Jin-Hee (lakonan Song Ji-Hyo) kehidupan yang memuaskan sebagai pakar sains makanan. Dia kemudian bertemu pelajar sekolah perubatan Chang-Min (lakonan Choi Jin-Hyuk). Walaupun dibangkang kuat oleh keluarga, Jin-Hee dan Chang-Min mengambil keputusan untuk berkahwin. Keluarga Chang-Min semua bekerjaya sebagai doktor. Chang-Min tekad untuk berhenti berlajar dalam bidang perubatan dan mula bekerja sebagai jurujual farmasi. Kehidupan perkahwinan mereka tidak sebahagia seperti diimpikan. Keluarga Chang-Min tidak begitu menyukai Jin-Hee dan Chang-Min juga mula berubah. Chang-Min dan Jin-Hee akhirnya bercerai. 

Selepas perceraian mereka, Jin-Hee menjadi seorang pelajar perubatan dan kini bekerja sebagai pelatih. Chang-Min yang lulus dari sekolah perubatan juga sudah mula bekerja sebagai pelatih. Satu hari, mereka bertemu di dalam bilik kecemasan sebuah hospital di mana kedua-dua mereka akan bekerja bersama-sama. Dapatkah mereka berkerjasama? Masihkah ada lagi perasaan kasih sayang antara mereka?



Selasa, 28 Januari 2014

Najwa Latif Hilang



Single terbaru Najwa Latif berjudul Hilang. Lagu ini telah pun diperdengarkan dalam rancangan Meletop. Nantikan lagu ini keudara di corong-corong radio.

LIRIK LAGU HILANG - NAJWA LATIF

Aku hilang diriku
Sementara mengejar kamu
Aku hilang nyawaku
Kerna ku mahu cintamu

Dan aku hilang
Hilang

Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya

Milikmu oh milikmu

Aku ingin kau tahu
Dan sedar kewujudanku
Aku inginkan kamu
Lebih dari yang kau tahu

Dan aku hilang
Hilang

Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya

Milikmu oh milikmu

Dan mungkin kau takkan pernah sedari aku
Dan mungkin kau takkan sedar kewujudanku
Tapi ku ingin kau tahu
Ku akan mencintaimu

Dan aku hilang
Hilang

Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya

Milikmu oh milikmu

Senin, 27 Januari 2014

Encik Mimpi - Ayuh Tinggalkan Dia



ENCIK MIMPI yang sekarang ini popular dengan lagu "Rindukanlah" bakal mengeluarkan single terbarunya berjudul 'AYUH TINGGALKAN DIA'. Nantikan lagu ini diputarkan di radio.




Lirik Lagu Encik Mimpi - Ayuh Tinggalkan Dia

Dah berkali-kali ku terfikir dan tertanya
Entah bagaimana kau sanggup bersamanya
Aku lihat dia taklah sekacak mana
Ai geram hati ku rasa

Di sini ku sedia menggantikan tempatnya
Kan ku buktikan ku lebih hebat darinya
Ayuh sayang jangan tangguh-tangguhkan masa
Janganlah tunggu lama-lama

Oh sayang sayang sayang sayang
Sejuta kali sayang
Tiada yang ku sayang selain kamu sayang
Sayang ku pada kamu takkan menghilang

Oh rindu rindu rindu rindu
Sejuta kali rindu
Hanya diri kamu yang selalu aku rindu
Setiap masa pun kamu dalam kalbuku

Sayang, ku kan setia
Akan ku pastikan kamu bahagia
Takkan ku biarkan kamu menderita
Tanpa rasa cinta

Sayang ku kan mencinta
Lebih dari apa kau dapat darinya
Ku janji kaukan pasti rasa sempurna
Tinggalkan lah dia
Ayuh~
Tinggalkan lah dia

Akan ku binakan mu istana bahagia
Ku lantik diriku menjadi panglima cinta
Yang akan melindungi kamu setiap masa
Kerna kamu sang puterinya


Minggu, 26 Januari 2014

Anak Aku Bukan Milik Aku (Drama Festival KL)


Telemovie Anak Aku Bukan Milik Aku bakal ditayangkan di Slot Festival TV3 pada hari Ahad, 2 Februari 2014 jam 10 malam. Drama ini dibintangi oleh Nabila Huda dan Remy Ishak sebagai pelakon utama.

Judul : Anak Aku Bukan Milik Aku 
Tarikh : Ahad, 2 Februari 2014
Siaran : 10.00 malam di Slot Festival TV3
Pengarah : Azma Aizal Yusoof
Penerbit : Pena Kreatif

Pelakon :
Nabila Huda
Remy Ishak
Zamarul Hisham
Elizadsharifuddin
Zarynn Min
Fauziah Nawi

VIDEO PROMO




SINOPSIS ANAK AKU BUKAN MILIK AKU

Walaupun berkahwin selama bertahun-tahun, Maya dan Daud tidak mempunyai anak. Mereka merancang untuk mengambil anak angkat, ibu kepada pelajar universiti yang hamil bernama Ema, dengan syarat bahawa dia tidak akan meminta anaknya kembali.

GAMBAR PELAKON ANAK AKU BUKAN MILIK AKU





Teater BIDASARI


Pada 10 hingga 17 Februari 2014 nanti Istana Budaya akan diserikan dengan persembahan teater berjudul Bidasari. Dilakonkan oleh Nur Fathia, Aiman Hakim Ridza, Raja Azura, Dato’ Jalaluddin Hassan, Radhi Khalid dan ramai lagi. Harga tiket antara RM30 hingga RM250. Boleh dapatkan di kaunter Istana Budaya atau layari http://redtix.airasia.com/Events/Bidasari. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-87754666

JUDUL : BIDASARI 
Tarikh : 10 hingga 17 Februari 2014 
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya

Pelakon:
NUR FATHIA
RAJA AZURA
AIMAN HAKIM RIDZA 
DATO' JALALUDDIN HASSAN 
RADHI KHALID 


SINOPSIS TEATER BIDASARI

Bidasari merupakan anak angkat kepada Saudagar Amir Abdullah. Saudagar Amir Abdullah telah berjumpa dengan Bidasari semasa beliau masih kecil didalam sebuah jalur (sampan). Saudagar sedar bahawa Bidasari sebenar nya berkembar dengan saekor ikan.
Jika ikan tersebut tidak berjumpa air, maka Bidasari tidak akan bernyawa lagi. Sementara di Negeri Zamin Ambar, tempat tinggal Saudagar, Sultan nya beristeri baru bernama Permaisuri Laila Sari dan cantik pula. Dan Sultan mempunyai seorang anak yang sudah dewasa bernama Tengku Indra. Permaisuri Laila Sari mempunyai sifat cemburu yang amat kuat, beliau tidak suka jika ada sesiapa perempuan yang lebih cantik dari nya. Satu hari seorang pelukis memberi tahu Permaisuri bahawa terdapat seorang gadis yang sungguh cantik jelita serta kaya dengan budi bahasa.

Permaisuri mempunyai “cermin sakti”. Dari situ Permaisuri mengetahui bahawa benar ada seorang yang cantik dari nya. Permaisuri bagitu marah dan berusaha untuk mengetahui siapa gerangan perempuan tersebut. Dan akhirnya Permaisuri tahu, perempuan tersebut bernama “Bidasari”.

Satu hari Permaisuri menjemput Bidasari keistana, untuk membuat persembahan di Istana. Ketika inilah Tengku Indra terpandang akan kecantikkan Bidasari, sementara Permaisuri meminta izin pada saudagar agar Bidasari tinggal di Istana bersamanya. Maka disini lah bermula. Bila mana sebenarnya Permaisuri amat membenci Bidasari. Pelbagai cara digunakan dengan menyiksa agar Bidasari tidak cantik lagi.

Tapi siapa sebenarnya Bidasari ini, disebalik rantai yang dipakai semasa bayi yang masih disimpan oleh saudagar. Apa terjadi pada Tengku Indra yang telah jatuh hati kali pertama terhadap Bidasari.

Sabtu, 25 Januari 2014

Gambar Juan Mata Manchester United

Juan Mata Manchester United

Juan Mata berumur 25 tahun telah pun berpindah arah dari Chelsea kepada pasukan Manchester United dengan melengkapkan yuran perpindahan  sebanyak 37 juta pound (RM204 juta) sekaligus menjadi rekod pembelian termahal club Machester United. Berikut antara gambar-gambar khas Juan Mata menyertai pasukan Manchester United.


Gambar Juan Mata Manchester United