Drama bersiri Cinta Jangan Pergi yang pernah ditayangkan di saluran TV9 kini kembali diulang di Slot Azalea TV3. Drama ini akan bersiaran mulai hari Rabu, 5 Februari 2014 selepas berakhirnya drama bersiri Kalimah Jiwa.
JUDUL : CINTA JANGAN PERGI
TARIKH : 5 Februari 2014
SIARAN : Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang di Slot Azalea TV3
TERBITAN : Filmscape Production
PELAKON : Tiz Zaqyah (Lea Soraya), Remy Ishak (Kalil), Josiah Hogan (Hud)
SINOPSIS CINTA JANGAN PERGI
Cinta Jangan Pergi mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri.
Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali dan menghabiskan masa bersama, bibit-bibit cinta mula terbit di hati dan mereka mula mengikat janji. Kalil akan membuktikan cintanya bukan hanya untuk semusim dan cintanya hanya untuk Lea. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil.
GAMBAR PELAKON DRAMA CINTA JANGAN PERGI
Tidak ada komentar:
Posting Komentar