![Jika Itu Takdirku](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCjUU8N2TR2fGLLtrfwK0-0vaQflceVPDre9FaOsjjFAE-G-jTP7YKYLUfmF74A8o8sMDLp0KCTejsSyveCKjeJm1da-t1WXLsJ85qQXf0r2oVb4EFLcGQdqR2m2mo5vE5o6BZ_8jRihpU/s1600/Jika+Itu+Takdirku+drama.jpg)
Drama Jika Itu Takdirku bakal menemui penonton di slot Akasia TV3 mulai 17 Februari 2014 selepas berakhirnya drama Ariana Rose. Drama romantik arahan Eoon Shuhaini dibintangi oleh Shah Iskandar Mahfuz (Hakimi Ehsan) dan Intan Ladyana (Seri Umairah) sebagai pelakon utama. Mengisahkan tentang Hakimi (Shah Iskandar) yang menghidap amnesia selepas kemalangan jalan raya dan dirawat oleh Dr. Hamza (Arash Mohd). Dr. Hamza pula mempunyai seorang anak iaitu Umairah (Intan Ladyana) yang juga seorang doktor. Hakimi mula jatuh cinta kepada Umairah yang mana sebelum ini terdapat kisah silam diantara mereka.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9dUdj2QvgvTSXrgU3JOFopIImHD-5zwR7_WCNGj7MQtknawznfb7uh77shZI6Rl25Jb5vNh3EJsQwDd6-cJcZ_-h4T7zRGEHf0Fv4TLoPoe8jJMT6nCIUVBjfH9Bn2ytP_cSjXM2OpQ9W/s1600/JIKA+ITU+TAKDIRKU.jpg)
Judul : Jika Itu Takdirku
Episod : 24 episod
Tarikh : Mulai 17 Februari 2014
Jadual : Setiap Isnin hingga Khamis
Pukul : 7.00pm - 8.00pm
Saluran : Slot Akasia, TV3
Pengarah : Eoon Shuhaini
Skrip : Faten Syamimie
Skrip : Faten Syamimie
Terbitan : MIG Production Sdn Bhd
Pelakon : Shah Iskandar Mahfuz (Hakimi Ehsan) dan Intan Ladyana (Seri Umairah)
Nina Iskandar, Adibah Yunus (Sarah), Shukri Yahaya, Jasmin Hamid (Datin Jasmin), Arash Mohd (Dr. Hamza), Azwan Kombos
PROMO
SINOPSIS DRAMA JIKA ITU TAKDIRKU
Walaupun Hakimi (Shah Iskandar) tidak mempunyai sebarang ingatan tentang Umairah (Intan Ladyana), namun dia telah jatuh cinta dan bertindak untuk melamarnya sebagai isteri. Dr Hamza (Arash Mohd) dan isterinya, Puan Zainah menerima baik lamaran Hakimi. Umairah bingung dengan tindakan Hakimi kerana hakikatnya mereka berdua mempunyai kisah silam yang telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidup Umairah. Umairah tidak pasti jika Hakimi hanya mahu mempermainkannya atau mempunyai muslihat lain. Kisah silam itu juga telah menyebabkan Umairah menjadi seorang yang pendiam dan pintu hatinya sukar terbuka untuk mempercayai cinta lagi.
Akhirnya, Umairah bersetuju kerana dia masih menyayangi Hakimi dan mereka telah ditakdirkan bersama selepas musibah yang terjadi pada 7 tahun lepas. Umairah sering terganggu dengan kenangan pahit dan menjauhkan diri daripada Hakimi. Hakimi tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Umairah dan memberi ruang kepada Umairah untuk menyesuaikan diri dan mencintainya seperti pasangan suami isterinya.
Hakimi terserempak dengan Azri (Shukri Yahaya), seorang kawan lama yang cuba memberitahu hubungan Hakimi dan Umairah pada masa lalu. Hakimi bertanya kepada Umairah. Umairah enggan memberikan sebarang jawapan sehingga Hakimi mula menggeledah barang-barang lama Umairah. Umairah bengang dengan tindakan Hakimi dan dia telah bertindak keluar dari rumah apabila Hakimi memaksanya menceritakan hal yang sebenar.
Hakimi merayu supaya Umairah memaafkannya dan memberikan peluang untuk menebus kembali penderitaan yang dialami oleh Umairah. Hakimi juga meminta bantuan Umairah supaya mengingatkan kisah silam mereka dan memulakan hidup baharu dengannya. Umairah terlalu takut untuk berterus terang kerana bimbang Hakimi akan berubah fikiran selepas mengetahui hal yang sebenar. Selepas melihat kesungguhan Hakimi, akhirnya Umairah mengalah dan bersetuju untuk memulakan hidup baharu bersama-sama Hakimi.
Selepas 2 bulan, Hakimi gembira apabila Umairah telah mengandung. Bekas teman wanita Hakimi, Qistina (Nina Iskandar) kembali menagih cinta dan berusaha untuk memerangkap Hakimi. Kali ini, hati Umairah dilukai lagi dan dia menjadi pasrah dengan Hakimi yang kembali dengan perangai lama yang suka berpoya-poya. Masih ada peluang buat Hakimi dan Umairah?

GAMBAR PELAKON JIKA ITU TAKDIRKU
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWQYLyYu4AXthrP0ADwMz5WRhB7QoN_957CjmGZmns6eAOcWGitEEgjsuasLwq75p3uEhTkkzJIeO_ZFCmfWbwAt5du4FNWbsWwsFY30TfGRWtNw0G28GB9dcG3bMf80wUlJ940VeXe5Q7/s1600/Jika-Itu-Takdirku.png)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar