Telemovie Luth Mahfuz bakal bersiaran di TV3 sempena sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada 14 Januari 2014 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1435. Telefilem Luth Mahfuz akan menemui penonton pada hari Isnin, 13 Januari pada pukul 10.00 malam. Ia membaiskan pelakon tersohor sepertu Sit Saleha dan Fizz Fairuz.
JUDUL: LUTH MAHFUZ
Jam : 10.00 malam
Tarikh : Isnin, 13 Januari 2014
Pelakon: Siti Saleha, Fizz Fairuz, Raja Ilya, Wan Sharmila, Arash Mohammad, Puteri Syasya.
SINOPSIS LUTH MAHFUZ
Sinopsis: Eyma mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin menumpukan perhatian terhadap anaknya, Aqish yang mengalami lemah jantung. Eyma terkejut apabila tiba-tiba suaminya, Haziq telah menyatakan hasrat untuk bercerai dan menyerahkan kertas tentang pembahagian harta sepencarian mereka. Namun, Eyma tidak mahu sebarang harta sebaliknya Eyma cuma meminta Haziq melayannya dengan kasih sayang serta melakukan aktiviti romantik seperti mereka baru berkahwin selama empat puluh hari. Selama empat puluh hari Haziq juga disuruh untuk mengikut sunnah-sunnah nabi sebagai amalam hariannya. Haziq menunaikan permintaan itu kerana baginya ianya hanya tempoh yang singkat dan selepas itu dia boleh kembali bersama bekas kekasihnya. Doktor yang melawat Aqish selalu menceritakan perihal kes pesakitnya di dalam blog. Eyma terharu sekurang-kurangnya masih ada lagi insan lain yang mengambil berat tentang Aqish sementara suaminya sendiri mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Saksikan kisah pengorbanan seorang ibu dan isteri yang taat kepada suaminya meskipun hatinya sendiri tiada siapa ambil peduli.
!Nantikan di TV3.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar