Pada 10 hingga 17 Februari 2014 nanti Istana Budaya akan diserikan dengan persembahan teater berjudul Bidasari. Dilakonkan oleh Nur Fathia, Aiman Hakim Ridza, Raja Azura, Dato’ Jalaluddin Hassan, Radhi Khalid dan ramai lagi. Harga tiket antara RM30 hingga RM250. Boleh dapatkan di kaunter Istana Budaya atau layari http://redtix.airasia.com/Events/Bidasari. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-87754666
JUDUL : BIDASARI
Tarikh : 10 hingga 17 Februari 2014
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Pelakon:
NUR FATHIA
RAJA AZURA
AIMAN HAKIM RIDZA
DATO' JALALUDDIN HASSAN
RADHI KHALID
SINOPSIS TEATER BIDASARI
Bidasari merupakan anak angkat kepada Saudagar Amir Abdullah. Saudagar Amir Abdullah telah berjumpa dengan Bidasari semasa beliau masih kecil didalam sebuah jalur (sampan). Saudagar sedar bahawa Bidasari sebenar nya berkembar dengan saekor ikan.
Jika ikan tersebut tidak berjumpa air, maka Bidasari tidak akan bernyawa lagi. Sementara di Negeri Zamin Ambar, tempat tinggal Saudagar, Sultan nya beristeri baru bernama Permaisuri Laila Sari dan cantik pula. Dan Sultan mempunyai seorang anak yang sudah dewasa bernama Tengku Indra. Permaisuri Laila Sari mempunyai sifat cemburu yang amat kuat, beliau tidak suka jika ada sesiapa perempuan yang lebih cantik dari nya. Satu hari seorang pelukis memberi tahu Permaisuri bahawa terdapat seorang gadis yang sungguh cantik jelita serta kaya dengan budi bahasa.
Permaisuri mempunyai “cermin sakti”. Dari situ Permaisuri mengetahui bahawa benar ada seorang yang cantik dari nya. Permaisuri bagitu marah dan berusaha untuk mengetahui siapa gerangan perempuan tersebut. Dan akhirnya Permaisuri tahu, perempuan tersebut bernama “Bidasari”.
Satu hari Permaisuri menjemput Bidasari keistana, untuk membuat persembahan di Istana. Ketika inilah Tengku Indra terpandang akan kecantikkan Bidasari, sementara Permaisuri meminta izin pada saudagar agar Bidasari tinggal di Istana bersamanya. Maka disini lah bermula. Bila mana sebenarnya Permaisuri amat membenci Bidasari. Pelbagai cara digunakan dengan menyiksa agar Bidasari tidak cantik lagi.
Tapi siapa sebenarnya Bidasari ini, disebalik rantai yang dipakai semasa bayi yang masih disimpan oleh saudagar. Apa terjadi pada Tengku Indra yang telah jatuh hati kali pertama terhadap Bidasari.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar