Cerekarama sempena sambutan Maulidur Rasul berjudul PINTU LAIN KE SYURGA akan menemui penonton Sabtu ini, 11 Januari di TV3. Telefilem lakonan Remy Ishak, Amyza Aznan dan Fizz Fairuz.
CEREKARAMA: PINTU LAIN KE SYURGA
Jam : 10.00 malam
Tarikh : Sabtu, 11 Januari 2014
Pelakon: Remy Ishak, Amyza Aznan, Fizz Fairuz, Aida Khaleda, Datuk Ahmad Tarmimi, Leez Rosli,
SINOPOSIS PINTU LAIN KE SYURGA
Selepas 5 tahun dipenjarakan atas kesalahan menagih dadah, Haris dibebaskan tetapi dia takut untuk pulang ke pangkuan keluarganya berdepan dengan ayahnya yang menyebabanya meringkup kedalam longkap. Penduduk kampung memandang serong terhadapnya. Walaupun kehadirannya diterima oleh ibu, kakak (Odah) dan adiknya (Nani) tetapi tidak bagi abang iparnya, Nasir. Nasir melayan Haris dengan buruk lantaran merasa terbeban kerana terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga setelah kematian bapa Haris. Odah juga sering menjadi mangsa kemarahan Haris yang bengang kerana Odah tidak mampu melayan permintaannya kerana penyakit rahim yang dihidapinya. Sementara itu, Suri kekasih lama Haris masih setia kepadanya namun perhubungan itu ditentang keluarga Suri. Haris menyedari sikap Nani yang kini tidak lagi bersekolah, seperti tidak ceria dan seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Apakah pengakhiran pergolakan yang melanda kehidupan keluarga ini?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar