Oh My English! menjelajah ke Amerika apabila membuat rakaman telefilem berjudul Oh My English! – Hello America yang akan disiarkan pada 15 Januari 2014, jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak berdefinisi tinggi di Astro Maya HD (Saluran 135).
PELAKON : Barisan guru seperti Henry Middleton (Zain Saidin), Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah), Cikgu Malik (Aaron Aziz), Encik Mohd Salleh (Harun Salim Bachik) dan para pelajar kelas 3 Merah seperti Azlin (Izara Aishah), See Yew Soon (Roax Tan), Jibam (Akhmal Nazri), Mazlee (Zhafir Muzani) and Anusha (Kaameshaa Ravindran)
SINOPSIS Oh My English! – Hello America
Kisah Hello America kali ini bermula apabila SMK Ayer Dalam telah terpilih sebagai juara untuk pertandingan filem pendek dan mereka telah memenangi pakej lawatan ke Amerika Syarikat. Lantaran itu, pengembaraan para pelajar Kelas 3 Merah bersama guru-guru mereka pun bermula merentasi benua terus ke kota New York. Di sana mereka membuat lawatan ke sebuah sekolah menengah di Amerika, merasai pengalaman bermain sukan ragbi Amerika serta mengunjungi lokasi-lokasi terkenal seperti Times Square dan Statue of Liberty.
Namun begitu, konflik peleraian mula tercetus apabila See Yew Soon dan Jibam terpisah jauh daripada kumpulan rombongan dan mereka hanya menyedarinya apabila tiba di Washington DC. Mereka berdua hanya mempunyai beberapa jam untuk kembali ke New York dan bersatu semula bersama kumpulan rombongan kerana jika tidak, mereka mungkin akan terlepas penerbangan untuk pulang ke Malaysia. Adakah mereka akan sempat pulang pada masanya? Adakah guru-guru mereka akan dapat mencari semula pelajar yang hilang? Dapatkah mereka mengatasi konflik perbezaan bahasa dan budaya di sana tatkala kemahiran Bahasa Inggeris yang mereka pelajari diuji.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar